Sunday 30 November 2008

Pemimpin Cina Terencat

SAYA merasa sangat hairan dengan politik terencat Chua Saw Lek, timbalan presiden MCA dan ketua wanitanya Chew Mei Fun, tentang kedudukan orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini. Walaupun sesetengah orang Melayu selama ini bercakap dengan pelbagai maksud tentang kedudukan mereka termasuk dengan perkataan ketuanan Melayu, tidakkah mereka faham tentang duduk perkara tersebut, sedangkan mereka dari kalangan orang Cina yang terlibat dalam setiap perkara yang diputuskan oleh kerajaan semenjak dari negara belum merdeka lagi.

Dari sebagai kaum pendatang di negara ini, menerima kerayatan, bebas menjalankan kegiatan perniagaan dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya, boleh memilikki tanah dan harta tanpa sekatan, boleh menubuhkan persatuan dan parti politik tanpa halangan, boleh mendapat gelaran orang besar-besar, boleh dikurnia bintang kebesaran Datuk hingga kepada Tun, boleh menjadi ketua menteri, timbalan menteri, menteri kanan, speaker di parlimen dan negeri, menjawat pakar dalam pelbagai bidang, sehingga kepada yang mahu jadi perompak, pembekal dadah, peneraju sindikit pelacuran dan perjudian pun boleh. Tiada ketuanan Melayu yang menghalang. Hatta, tak mahu jadi polis dan tak mahu mati kerana negara ini pun tiada siapa yang menghalang.

Tiada siapa menghalang bukan Melayu mendapat apa yang mereka mahukan. Kalau sudah ada penerimaan sehingga kepada menjadi ketua menteri dan menteri kanan tentulah apabila tiba masanya tiada siapa juga yang akan menghalang kalau mahu menjadi perdana menteri sekalipun. Syaratnya orang ramai suka.

Saya percaya sekiranya kita bagus dan disenangi ramai kita akan diterima sebagai pemimpin walaupun kita dari kalangan yang minoriti. Penerimaan itu kini sudah ada.

Soal penerimaan orang terhadap kita adalah soal yang ada hubungkaitnya dengan diri dan budi pekerti kita sendiri. Sekiranya kaum sendiri sukar menerima tingkah laku kita, bagaimana kita akan diterima oleh kaum-kaum lain. Tanyalah mana-mana orang yang ada sahabat baik dari kaum lain, bagaimana mereka boleh menerima rakan karib mereka untuk apa sahaja kedudukan yang lebih dari mereka. Pokoknya kepercayaan terhadap kejujuran rakan. Inilah asas dalam mana-mana bentuk perkongsian.

Ahli-ahli MCA yang ramai patut membudayakan ini agar satu hari nanti Cina dari MCA diangkat sebagai perdana menteri

Friday 28 November 2008

Alahai KLIFF

SEORANG teman bertanya saya tentang KLIFF (The Kuala Lumpur International Film Festival) iaitu suatu event international di Kuala Lumpur mengenai produks popular, filem.

Pada kebiasaan kata kawan saya itu sebarang acara antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur begitu "gempak" sekali publisitinya. Di mana sahaja orang dapat melihat atau mendengar tentang program berkenaan. tetapi tidak dengan KLIFF, sedangkan KLIFF ada barang popular. Pesta lumba kuda yang dianjurkan oleh Wan Zaleha walaupun tidak memikat sebahagian besar masyarakat, lagi banyak kisahnya.

Saya memberitau beliau saya tidak terlibat dengan festival tersebut. Beliau tidak setuju, "secara langsung atau tidak langsung awak sebagai karyawan tersohor dan aktivis bidang perfileman tidak boleh berlepas tangan. Mahu tidak mahu awak terlibat"

Saya tenangkan kawan tadi. Saya kata jangan hentam sebarangan. Fahami dulu. Saya jelaskan pertama festival tersebut ialah "sebuah festival kecil yang dikendalikan oleh sebuah syarikat kecil yang masih belajar !!, bukan sebuah festival atau event yang dikendalikan oleh sebuah badan nasional". Kerajaan melalui Finas hanya membantu. Semuanya diputuskan oleh Menteri Kebudayaan yang lalu. Menteri tersebutlah yang telah memberi grant dan melantik syarikat berkenaan kerana berpendapat inilah kumpulan yang layak mengendalikan festival tersebut.

Tentang aktiviti festival pula, apabila pihak yang turut dilibatkan menjayakannya terdiri dari pihak yang itu itu juga, tentulah programnya tidak banyak berbeza dengan aktiviti festival tempatan yang lain. Sepertimana festival filem tempatan tercungap-cungap mendapatkan sokongan begitu jugalah festival filem ini. Sebagai festival bertaraf antarabangsa tentulah penyertaan antarabangsa lebih diutamakan dan barangkali kerana ini jugalah saya seperti tahun sudah tidak mendapat jemputan. Saya tidak ada masalah dengan soal tiada jemputan ini.

Saya percaya setelah kali ke dua festival ini dianjurkan tentulah mereka yang terlibat telah mula melihat diri mereka sendiri dan dapat belajar untuk memperbaikinya di masa hadapan. Saya jusga percaya apabila masuk tahun ke lima nanti festival ini pasti akan menjadi produks terkenal di seluruh dunia, walaupun mungkin bukan sebagai barang baik.

Hari ini kita sokonglah di mana perlu.

(sambung, pukul 10.50malam)

Petang tadi saya menerima telefon dari ibu pejabat Majlis Perundingan Industri Hiburan dan Kesenian (MAHKOTA) yang mengatakan kad jemputan saya untuk menghadiri KLIFF baru diterima. Majlis pembukaannya Khamis 27 Nov (telah berlalu), dan Majlis Penutupnya malam esok 29 Nov. Malangnya saya telah berjanji dengan anak-anak saya esok (malam anugerah) dan lusa kita akan bercuti di Bukit Tinggi. Tak dapatlah saya memenuhi jemputan tersebut, kerana pada saya janji dengan keluarga mesti diberi keutamaan.

Saturday 22 November 2008

Melakar Cerita Suka Duka
(dari A Kadir Jasin.Com)

HARI
ini, izinkan saya berpuisi
Meluah rasa terbuku di hati
Melakar cerita suka dan duka
Tanah Melayu bumi ibunda
Semakin hari dibenci dikeji
Ditertawa dipersenda di desa dan kota
Kerana Melayu semakin tidak berani.

Kerana apa?
Kerana yang berkuasa
Lesu tidak bermaya
Yang diberi amanat
Dan memegang wasiat
Hilang dan sesat
Lupa sumpah dan janji
Tidur lena dibuai mimpi
Tidak peduli lagi perjuangan suci
Kerana selesa berpura-pura
Diracuni harta dan kuasa.

Yang Melayunya berkata:
“Kamilah Bumiputera
Peribumi tanah pusaka
Inilah tempat tumpah darah kami
Di sinilah kami hidup dan mati
Kerana di sinilah terkubur
Nenek moyang kami
Polis dan askar Melayu
Dan perwira-perwira dulu
Datuk Bahaman
Datuk Maharaja Lela
Tok Janggut
Dol Said
Mat Kilau
Tok Gajah
Mat Salleh
Datuk Sagor
Tok Kenali
Dan ramai lagi
Yang tumpas dan mati
Demi bumi dan pertiwi.

Orang India dan Cina
Yang asal usulnya
Pedagang dan buruh ikatan
Jauh dari seberang lautan
Pun menuntut hak yang sama
Menolak kontrak yang ada
Kononnya demi reformasi
Meritokrasi dan globalisasi
Lupa bahawa nenek moyang mereka
Kiblat mereka bumi asalnya
Aspirasinya Parti Kongres India
Kuomintang dan Parti Komunis China.

Tetapi Melayu mudah kasihan
Mudah pula diperkotak-katikkan
Maka oleh British disyaratkan
Terimalah mereka sebagai rakan
Maka dapatlah mereka
Satu juta kerakyatan
Di bumi Malaysia yang merdeka
Tanpa orang Melayu sedar dan perasan.

British hebat putar-belitnya
Mereka tidak buruh Cina dan India
Dari tanah jajahan bernama Malaya
Membanjiri bumi suci mereka
Menuntut taraf warganegara
(Seperti terjadi dengan Orang India dari Uganda)
Maka yang mereka bawa
Dari China dan India
Mereka tinggalkan di Malaya
Kerana Melayu pemurah hatinya
Dan mudah pula lupa.

Sekarang Melayu layu dan lesu
Pertahan hak sudah tidak tahu
Takut, malas dan malu
Menjadi defensif dan apologetik
Hanya berharap kepada kuasa politik
Yang gagal diartikulasi dan diisi
Kerana terlalu lama dibuai mimpi
Tidur lena kerana jenama Bumiputera
Lega dan selesa
Dengan tanah se kangkang kera
Dan panji-panji politik yang hambar warnanya.

Kalau Melayu tidak bangkit
Tidak sedar jiwanya berpenyakit
Jangan salahkan orang lain
Kalau terlondeh baju dan kain
Bogel bagaikan orang gila
Di bumi sendiri yang kononnya merdeka.

Ingatlah permata kata
Nenek moyang kita yang bijaksana
Kerana Melayu kita berbudi
Kerana Islam kita beriman
Maka jika Melayu kenal diri
Jadilah dia orang budiman
Yang harga dirinya
Bukan pada wang berjuta
Tetapi pada budi dan bahasa
Tauhid dan pekerti mulia.

Kerana Melayu mudah lupa
Apa sudah jadi kepada negara?
Bumi ini menjadi tempat buangan
Pelacur dan GRO dari Yunan
Ke bumi ini konon mencari pelajaran
Pengemis dan Shao Lin Master
Yang entah dari mana datangnya
Sepatah haram bahasa Melayu tidak tahu
Meminta sedekah hilir dan hulu.

Itu belum dikira
Pendatang haram yang berjuta
Dari Indonesia, Burma dan Afrika
Yang masuk keluar sesuka hati
Maka jadilah bumi ibunda ini
Periuk menidih yang isinya basi
Jenayah dan maksiat menjadi-jadi
Kerana birokrasi dibaham korupsi
Rasuah, pecah amanah
Salah guna kuasa dan berbagai lagi.

Melayu sudah jadi pengkhianat
Lupa kepada amanah dan wasiat
Kerana wang, kuasa dan harta
Mereka khianati bangsa dan negara.

Akhir nukilan,
Ingatkan pesanan orang tua-tua
Sesal dahulu kedapatan
Sesal kemudian tidak berguna
Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati kelaparan.

- A Kadir Jasin

Friday 21 November 2008

Tentang Majoriti...

BEBERAPA hari lalu calon naib presiden UMNO Dato' Sri Dr Rais Yatim, Menteri Luar menegaskan satu cara melindungi ketuanan Melayu ialah dengan menentukan kita ada "numbers" iaitu jumlah orang Melayu mestilah terus kekal majoriti.

Saya rasa majoriti di sini ialah majoriti sebagai pengundi. Tetapi apabila anak muda Melayu tidak kisah dengan peranan sebagai pengundi - iaitu mendaftar sebagai pengundi, kaum lain yang tidak majoriti yang begitu sistematik gerakan mereka mendaftarkan pengundi-pengundi dari generasi muda, Melayu akan menjadi "minoriti".

Mengikut The Star khamis lalu jumlah pengundi muda pada tahun 2012/13 dianggarkan seramai 6 juta orang. Merekalah golongan yang akan membuat pemilihan. Dan sekiranya sebahagian besar mereka terdiri dari kaum bukan Melayu, tentulah calon-calon bukan Melayu atau Melayu yang tidak begitu Melayu akan lebih ramai mendudukki dewan-dewan undangan negeri dan parlimen.

Dalam pilihan raya ke 12 Mac 2008 lalu, golongan wakil-wakil rakyat bukan Melayu dan Melayu yang bersekutu dengan mereka mendapat mendapat kemenangan. Sebab itu pada masa ini terdapat hampir semua kalangan pemimpin yang dikenali sebagai penentang kepada agenda Melayu atau agenda pembangunan kerajaan yang mewakili pelbagai NGOs kini berada di dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, sesetangahnya malah menjawat kedudukan kanan dalam kerajaan atau agensi kerajaan dari kumpulan yang mereka wakili.

Renungkanlah..

Sunday 16 November 2008

Matematik dan sains Melayu lebih bagus!

HISHAMUDDIN Tun Hussein,
menteri pelajaran nampak tak berani bertegas tentang sama ada hendak meneruskan atau kembalikan semula medium pembelajaran matematik dan sains dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Ini mudah dimengertikan kerana YB Menteri Pelajaran itu akan menghadapi ahli-ahli UMNO yang akan mengundi beliau sebagai naib presiden UMNO nanti. Beliau perlu bijak berkira. Kalangan perwakilan dari seluruh negara kebanyakannya adalah terdiri dari kalangan guru atau dari kalangan yang "amat Melayu" jenisnya (mungkin ini jugalah sebabnya beliau mendapat pencalonan terbanyak), Beliau memilih menggunakan "sidang meja bulat" untuk menunjukan suatu proses mendalam telah dibuat sebelum "keputusan mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris diambil". Adalah nanti alasan yang akan dikeluarkan oleh meja bulat itu tentang kenapa ketetapan "kekal bahasa Inggeris" diambil, dan barangkali adalah juga idea dan program tambahan tentang bagaimana pembelajaran bahasa Melayu telah cukup dan dijamin terus mantap. Semuanya boleh dirasionalkan dan boleh menyakinkan perwakilan yang akan mengundi nanti: Bahawa walau apapun keputusan diambil kepentingan Melayu tetap teratas. Itulah pendapat kebanyakan pemerhati yang boleh saya rumuskan.

Saya sendiri tidak begitu kisah dengan analogi dan analisis politik jenis ini. Semuanya barangkali betul. Seorang politikus yang baik ialah politikus yang pandai berkira-kira, "kelihatan" cerdik dan lebar senyumnya, di mana jua. Biarlah menteri kita jalankan kerja beliau sendiri dengan perkiraan apa pun. Kebijaksanaan seorang pemimpin menghadapi persekitaran politik dan melaksanakan citra bangsa dengan berkesan, walaupun dikelilingi pelbagai bentuk tekanan, itu yang lebih penting dan yang kita mahukan.

"Politics is the art of perception"
kata Chua Saw Lek yang telah terpelanting dari mainstream politik MCA, dan kini dipilih semula sebagai Timbalan Presiden parti, dengan orang yang memelantingkannya turut terpelanting sebahagian besarnya.

Sebagai non practicing politician yang perlu kebanyakan kita perhatikan ialah, apakah buruk baik yang akan berlaku sekiranya kita berbalik atau mengekalkan dasar belajar matematik dan sains di sekolah-sekolah kebangsaan kita itu.

Pada pendapat saya

  • Sekiranya pengajaran dan pembelajaran matamatik dan sains terus dijalankan dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu tidak akan berpeluang; saya ulangi tidak akan berpeluang menjadi bahasa komersial, bahasa ekonomi, bahasa dalam bidang teknologi dan bahasa yang digunakan oleh kalanagan profesional. Ini boleh membawa kepada pendapat "tak penting belajar bahasa Melayu" akan terjadi. Bahasa ini akhirnya kurang digunakan dan memungkinkannya lenyap perlahan-lahan akibat berkurangnya nilai sosial bahasa tersebut. Keadaan ini samalah juga dengan banyak bahasa-bahasa lain seperti bahasa sanskrit dan bahasa sawahili (bahasa bapa Barak Obama) yang telah lenyap dan kurang digunakan.
  • Kalau ada orang kata negara ini majoriti penduduknya Melayu dan kebanyakan rakyat boleh berbahasa Melayu, tak mungkin bahasa Melayu akan terhakis, pendapat itu tidak boleh diterima dengan begitu sahaja. Ia mungkin tidak tepat. Apabila bahasa Inggeris terus dominan di kalangan ekonomis, teknologis, bidang akademik, pentadbiran dan profesional pelbagai bidang, semua dokumen, laporan, bahan rujukan, penerbitan dan lain-lain khazanah penulisan akan dibuat dalam bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tidak akan digunakan dan barangkali akan hanya menjadi bahasa lisan sahaja, yang kekal digunakan di kampong dan oleh golongan "bawahan" (Lihat tulisan jawi yang menjadi sumber bacaan utama dulu kini telah lenyap kerana tiada keperluan penggunaannya dalam bidang kehidupan masyarakat).Bahasa Melayu di kampong juga akan hilang apabila ia tidak digunakan lagi kerana masyarakat sesuatu tempat lebih selesa bercakap dengan dialek daerah mereka sendiri. Dalam dua generasi sahaja lagi tulisan bahasa Melayu berkemungkinan menghadapi seperti tulisan jawi dan akan lenyap.
  • Sekiranya kerajaan merasa keperluan meneruskan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris perlu diteruskan semata-mata kerana "keputusan peperiksaan UPSR telah menunjukkan peningkatan kelulusan yang lebih baik" perkara ini juga perlu difahami dengan jelas. Penilaian tentang pentingnya sesuatu mata pelajaran itu tidak seharusnya dibuat dengan menilai tahap pencapaian kelulusan semata-mata. Ini hanya berupa hasil penilaian kebolehfahaman pembelajaran semata. Yang lebih penting ialah penilaian terhadap silibus mata pelajaran yang dinilai itu sama ada berjaya atau tidak menjadikan pelajarnya "menguasai ilmu yang dipelajari" dan "dapat menjadikan mereka generasi" yang sesuai untuk bangsa dan negara dengan ciri-ciri yang diharapkan. Saya harap aspek ini turut didalami oleh sidang meja bula berkenaan.
  • Walau apa pun keputusan yang akan dibuat kelak saya berharap ada keperluan untuk kaedah, pendekatan dan format pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu di semua sekolah dibuat penambahbaikan. Antara aspek yang patut dipertimbangkan ialah menambah masa waktu belajar dengan kandungannya meliputi aspek lakonan, apresiasi seni dan persuratan Melayu (kaedah ini meliputi elemen seni, elemen popular dan sensasi yang akan menyerap ke dalam diri pelajar dan menjadikan mereka pengamal bahasa dan budaya yang baik sepanjang hayat). Kelulusan wajib di semua peringkat penilaian dan peperiksaan sehingga ke peringkat universiti termasuk di IPTS hendaklah disyaratkan. Bahasa ini perlu terus ditentukan menjadi bahasa utama untuk negara ini seperti yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia.
  • Kalau Kementerian Pelajaran memutuskan berbalik semula kepada pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains kepada Bahasa Melayu, itulah yang sebaik-baiknya. Pengajaran bahasa Inggeris pula boleh diperkasakan dengan cara melipatgandakan waktu belajar dan mempelbagaikan kaedahnya. Ia tidak akan meremehkan kepentingan bahasa Inggeris di kalangan kita. Keadaan ini adalah baik untuk bahasa itu sendiri, baik untuk budaya hidup masyarakat kita, baik untuk perkembangan bangsa dalam bidang sains dan teknologi. Dan pastinya baik untuk perkiraan politik pak menteri sendiri.Wallah hu alam

AG's dismal record merits dismissal ?

Wanted: Attorney-General with ability to marshal strong prosecution team and achieve some degree of success in high-profile cases.

Caveat: present holder of the position need not apply.

The inability of the Attorney-General’s Chambers in even making a prima facie case against Abdul Razak Baginda in the murder trial of Mongolian model Altantuya Shaariibuu is just the latest in a long line of setbacks that Tan Sri Abdul Gani Patail has presided over since becoming the country’s top legal officer.

Here is a sampling of his list of shame.

  • The Fu Xian Juang murder trial in September 2005, where the three accused were acquitted without defence being called. High Court judge Datuk Abdul Musa said there were clear unresolved doubts and unanswered questions in the prosecution’s case. After a trial lasting 36 days and with 39 prosecution witnesses having given evidence, High Court judge Datuk Kadir Musa found that the prosecution had not brought forward any evidence which could implicate the accused in the murder and that there had been no “prima facie” case made out to warrant the defence being called to answer the charge. The prosecution had apparently omitted to call material witnesses, including the investigating officer for the case.
  • Datuk Norjan Khan Bahadar murder trial in August 2004 where the accused was acquitted when High Court judge Datuk Ian Chin noted that there was little evidence to prove that the accused knew the victim.
  • Noritta Samsuddin murder trial in July 2004 where the Court of Appeal judge Datuk Mokhtar Sidin noted that to establish a prima facie case, the prosecution had to prove that death had occurred, that the accused was responsible for Noritta’s death and that the act was done with the intention of causing her death. The Court of Appeal said the only fact proven was that Noritta was dead.
  • The corruption case involving Tan Sri Eric Chia, the former managing director of Perwaja Steel. He was acquitted after 43 days of trial without his defence being called. The High Court judge heavily criticised the conduct of the prosecution, especially their failure to call several key witnesses who had obvious knowledge of the material elements of the case. With reference to particular key witnesses from Japan, the judge questioned whether it was the Japanese witnesses who were “reluctant” to come or “the prosecution was the one reluctant to bring them here”.
  • The Altantuya Shaariibuu murder trial will also go on record as one of the longest trials in Malaysian history. After more than 150 days, Abdul Razak was cleared of abetting the murder. Two police officers have been called to enter their defence. The presiding judge said that the prosecution had not been able to make a prima facie case against Abdul Razak and had not rebutted points which he made in his affidavit.

In any other field or enterprise, such a dismal record would have merited a dismissal.

Think about it.

If the Malaysian badminton team won only friendly matches but failed miserably at the Thomas Cup, All-England, Asian Games and Olympics, there would be calls for Misbun Sidek and Rexy Mainaky to step down. Or at least, both of these coaches would have offered to resign, especially if their charges failed to clear the first round of the contest.

Losing a case without the defence being called is akin to being shown the exit in the first round. It means that the courts do not believe that the prosecution has met even the minimum standard in the case.

Veteran lawyer Raja Aziz Addruse noted recently that as it is the taxpayers’ funds that ultimately pay for all criminal prosecutions, they have a vested interest in knowing how such cases, which appear to be ill-prepared, can be brought to trial.

“It is imperative that the Attorney General’s wide powers be subject to close scrutiny and not be permitted to be exercised arbitrarily. If the government is truly serious in wanting to improve and restore public confidence in the administration of justice in this country, it must be prepared to review the presently unfettered powers of the Attorney-General… There is currently no formal mechanism requiring the Attorney-General to account for his conduct in relation to prosecutions of criminal proceedings. In spite of the wide powers he wields, he has no duty to report to the prime minister, cabinet or Parliament. There has been no call for him to account for the failure of a number of high-profile prosecutions, which commenced with much fanfare but ended up being a waste of funds.”

Raja Aziz and others believe that there should be a move to limit the powers of the AG in Malaysia, noting that he is both chief legal adviser to the government as well as public prosecutor.

This dual role opens him up to a conflict of interest situation.

The Malaysian Insider has learnt that moves to limit the powers of the AG have met with some resistance in the Cabinet and from the AG himself.

And it is unlikely that Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi — with a full plate of reforms to push through before March — will be inclined to use whatever goodwill and power he has left to re-examine legislation covering the AG’s powers in Malaysia.

But he still has the power to hire and fire. Few Malaysians will blame him for appointing a new AG to restore some confidence back in the system.

(from MalaysianInsider 15 Nov, 2008)

Friday 14 November 2008

Geli tengok wanita main politik

SAYA dan beberapa orang rakan
yang terdiri dari seorang pakar bedah tulang, seorang jurutera petrolium, seorang guru sekolah, seorang ustaz lepasan Al-Azhar dan seorang wartawan kanan sebuah akhbar tempatan terperangkap dalam pertengkaran panjang malam kelmarin, kerana merasa "geli" dengan kelaku kaum ibu UMNO yang lupa diri, dan kelihatan telah hilang santun Melayu mereka.

Ahli-ahli wanita dari seluruh negara telah membuat pencalonan untuk memilih barisan pemimpin mereka pada mesyuarat perwakilan UMNO Mac 2009, tetapi tiba-tiba exco wanita dikatakan oleh ketuanya telah memutuskan tidak ada pertandingan untuk kali ini selepas suatu mesyuarat exco yang panjang.

Ertinya, exco membuat keputusan melewati kuasa majoriti ahli-ahli

Dari "body language" dan "facial expression" serta nada suara Rafidah Aziz, Ketua Wanita yang mengumumkan keputusan mesyuarat exco itu dapat dibaca dan difahami bahawa Rafidah sebenarnya begitu sukar untuk menerima kenyataan yang beliau akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya. Itulah realitinya.

Pagi tadi dalam satu mesyuarat di Bahagian Berita RTM di Angkasapuri saya telah bercakap dengan sahabat saya Dato' Chamil Wariya tentang kekalutan yang sedang melanda UMNO masa kini sebenarnya adalah berpunca daripada sayap-sayap UMNO seperti wanita, pemuda dan puteri yang diberi jawatan tinggi dalam kerajaan. Sebab itu politiknya membunuh. Semua hendak menjadi pemimpin untuk dapat jawatan.Apa kata kalau semua pemimpin sayap wanita, pemuda dan puteri tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kerajaan. Dan hanya menjadi jentera kerja untuk menjayakan perjuangan politik di tempat masing-masing. Tidakkah ini yang dinamakan perjuangan?

Chamil merenung saya, senyum dan mengangguk-angguk sahaja. Itulah sebenarnya yang menyebabkan saya dan kawan-kawan bertengkar di kedai mamak dengan menghabiskan beberapa gelas teh tarik yang mungkin menyebabkan sugar level kami naik!

Thursday 13 November 2008




Bengkel Filem Pendek
MINGGU lalu saya menjadi facilitator bengkel "penulisan dan penerbitan filem pendek" pelajar-pelajar komunikasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama 5 hari di kampus induk USIM di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.



2o orang pelajar dalam 4 kumpulan berbengkel secara intensif menerbitkan 4 buah filem pendek, dari "skrip ke filem" . Setiap kumpulan dibimbing secara intensif dalam semua aspek penting penerbitan. Saya dibantu oleh dua orang cameramen. Hasilnya ialah 4 buah filem pendek yang meyakinkan.



Pelajar-pelajar ini ada idea dan mudah menyesuaikan diri dengan suasana dan tuntutan sebuah produksi. Daya fikir dan upaya mereka setara dengan eksekutif dan profesional (antara lain) dari TM-Net, production teams di Universiti Malaya, RTM, TV3, ASTRO dan production crew unit media pelbagai jabatan kerajaan yang pernah saya latih dalam pelbagai bengkel sebelum ini.



Mereka boleh menjadi eset dakwah (dan dakyah) masa hadapan yang berguna
SYABAS

Tuesday 11 November 2008

PM Bukan Cina di Singapura

Belum boleh lagi, kata Hsien Loong.
Asal-usul Singapura tidak menjadi pertikaian. Semasa pedagang Inggeris Stamford Raffles menjejak kakinya di pulau kecil ini pada tahun 1819, penduduknya rata-rata nelayan Melayu. Singapura pada ketika itu dtadbir oleh seorang Temenggong yang berkiblatkan Sultan Johor. Kini penduduk Melayu di Singapura hanya tinggal 14 peratus dari jumlah rakyatnya. Selain dari Yusof Ishak, teman karib Lee Kuan Yew yang menjadi Presiden pertama repablik itu, tidak ada pemimpin Melayu yang pernah sampai ke mercu kerajaan. Selama 43 tahun merdeka, Singapura telah mengenali tiga Perdana Menteri, semuanya berbangsa Cina.

Apakah kemungkinan Singapura akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri bukan Cina? Seorang Melayu? Tak kiralah samada berdarah Jawa, Boyan, Bugis, Siam, Arab, India ataupun Minang, asal jiwanya sawo matang?

PM Hsien Loong ditanya soalan ini semalam semasa berdialog dengan anggota masyarakat Melayu di Singapura.

Jawab beliau: Singapura belum bersedia untuk memilih PM bukan Cina dalam tempoh terdekat.
"Kemungkinannya ada, ini bergantung kepada cara penduduk mengundi dan siapa yang mendapat keyakinan rakyat. Adakah ini akan berlaku tidak lama lagi? Saya tidak fikir begitu ...".
Sekurang-kurangnya Hsien Loong jujur dan berterus-terang. Seorang pemimpin negara perlu pandai menjaga hati rakyat, lagi-lagi buat negara yang berbilang kaum seperti Singapura. Tapi yang lebih penting dari pandai berdiplomasi ialah kejujuran dan kemampuan untuk memperkatakan sesuatu yang realiti yang sensitif tanpa mengguris hati sesiapa.

Bagi Melayu di Singapura, realiti kedudukan mereka memang mengharukan. Rakyat Singapura berketurunan India, yang merupakan bangsa pendatang seperti kaum Cina, adalah lebih kecil (9 peratus) tapi mempunyai peranan politik yang lebih menyerlah. Presiden Singapura ialah seorang berketurunan India manakala seorang daripada dua Timbalan PM Singapura serta tiga menteri dalam Kabinet Hsien Loong adalah dari kaum India.

Bandingkan Singapura dengan negara kita sendiri.

Dan bandingkan jawapan PM Singapura dengan PM kita sendiri. Seperti yang saya katakan, sekurang-kurangnya Hsien Loong berani berterus-terang. Perdana Menteri kita pernah ditanya tentang kemungkinan orang bukan Melayu menjadi PM Malaysia.

Jawab Pak Lah? Sesiapa saja boleh jadi Perdana Menteri. "It's up to the people to decide". Dah tentu Hsien Loong sudah membaca dan meneliti jawapan rakan sejawatnya di sini sebelum mengeluarkan kenyataannya semalam.

Sila baca:
Non-Chinese PM for Singapore? (TheStarMobile, 9/11/2008)
Isu PM bukan Cina pernah diutarakan, sila baca Who really is "not ready" for a non-Chinese PM? (11/12/2007)

(dipetik dari rorky's bru)

Thursday 6 November 2008

Kalau di Malaysia Obama tak akan menang. . .
BEBERAPA orang rakan Cina memberitau saya kalaulah Malaysia seperti Amerika tentu Cina atau India rakyat Malaysia boleh jadi perdana menteri. Saya setuju dengan pendapat tersebut. Tetapi mengingatkan mereka tentang perbezaan yang terdapat antara African American dengan Chinese atau Indian Malaysia. Orang puteh dapat menerima "orang hitam" sebagai sebahagian daripada mereka, umumnya kerana mereka mengamalkan budaya hidup dan budaya bahasa yang sama, iaitu bahasa "tuan tanah" Amerika, Inggeris. Di sini pun tentu boleh diterima kalau Cina dan India Malaysia mahir dan berkeupayaan menggunakan "budaya bahasa" dan "tatacara budi" yang sama. Kalau majoriti pengundi tak faham bahasa yang dicakapkan dan kalau bunyinya sumbang macam percakapan Lim Keng Yik, atau Lim Kit Siang, macam mana hendak menarik hati penggundi majoriti, kata saya.

Bercakap mengenai ini saya teringat mendiang "Teguh Karya", sutradara tersohor Indonesia. Mendiang Teguh dalam bentuk pemikirannya, percakapannya, jiwanya, kehidupannya, malah semangatnya sepenuhnya Indonesia. Tidak ada siapa meragui ke'indonesiaan'nya, walaupun dia seorang Cina Katholik.

Penerimaan seseorang terhadap orang lain sebenarnya bukan ditentukan oleh bangsanya, tetapi nilai diri orang itu sendiri dan budaya hidupnya yang diterima baik oleh masyarakat. Lihatlah Fujimaro, bekas presiden Peru. Dia menenjadi presiden bukan kerana dia keturunan Jepun, tetapi semata-mata kerana dirinya yang begitu "Peru" tampannya dalam serba serbi.

Pada fikiran saya sekiranya Obama tinggal di Malaysia sekalipun, beliau tidak akan dipilih selagi tidak menguasai bahasa dan budaya hidup pengundi terbanyak negara ini iaitu bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Melayu. Jadilah Obama Melaysia kalau mahu jadi macam Obama Amerika, kawan

Naib Presiden dari Sabah tentukan survival UMNO


BEBERAPA hari lalu Dato’ Seri Shafie Apdal menegaskan tentang perlunya salah seorang naib presiden UMNO dipilih dari Sabah.


Pada fikiran saya kenyataan Shafie itu sebagai sangat benar dan ikhlas. Ia merupakan pernyataan dari seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan mengutamakan kepentingan parti, bangsa dan negara mengatasi kepentingan politik beliau sendiri. Beliau sanggup menyuarakan pendapat sedemikian walaupun berhadapan dengan kemungkinan ditempelak sesetengah pihak sebagai bercakap untuk diri sendiri.


Pandangan beliau sebenarnya kebetulan selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (inKEM) tentang bagaimana UMNO dapat terus menjadi parti yang utama dalam meneraju kepimpinan negara.


Dapatan dari kajian inKEM menunjukkan satu-satunya cara yang boleh menentukan UMNO terus menjadi peneraju utama politik negara ialah dengan terus kukuh melalui “faktor Sabah”. Kedudukan UMNO di Semenanjung yang dikelilingi parti-parti pembangkang yang semakin mendapat kepercayaan dan kuat, dan perebutan jawatan parti dalam proses pemilihan yang panjang, sebenarnya adalah “keadaan tidak menentu” yang boleh menghakiskan, malah menghapuskan kekuatannya.


Pada masa ini hanya UMNO Sabah sahaja menjadi faktor kekuatan yang ada pada UMNO Malaysia. UMNO di Sabah masih belum tergugat oleh kehadiran pembangkang. Kedudukannya masih tetap dan teguh.


Justru itu melantik salah seorang pemimpin dari Sabah sebagai naib presiden parti adalah satu-satunya kaedah pemantapan kedudukan parti di Sabah sekali gus memperteguhkan kedudukan UMNO itu sendiri di peringkat pusat. Jika salah satu jawatan naib presiden dapat ditetapkan dalam perlembagaan UMNO dan diperuntukan untuk Sabah (atau Malaysia timur) tentulah keadaan akan menjadi lebih baik lagi.


Kepentingan UMNO sebagai parti utama Melayu / Islam di dalam negara ini hendaklah terus dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Dan satu-satunya cara melakukannya ialah melalui saranan Shafie itu. Perwakilan UMNO hendaklah memikirkan kesannya sekiranya UMNO tidak berkuasa lagi. Syabas Dato' Seri.