Tuesday 16 September 2014

AKU KEMBALI

Salam. Saya ingin kembali kepada blog ini setelah lama melupakannya

harap maaf kawan

SELAMAT HARI MALAYSIA

HARI ini "Hari Malaysia".

Seorang sahabat bertanya apa signifikannya perayaan Hari Malaysia selepas perayaan hari "Merdeka" yang diadakan 16 hari sebelumnya.

Kedua-dua perayaan nampak sama. Seorang lagi kawan menyampuk. Dia mengatakan perayaan hari kemerdekaan sebenarnya berjalan sebulan, dan bulan itu disebut "bulan kemerdekaan". Kawan yang mula-mula tidak bertanya lagi, mana satu pulak perayaan "Hari Kebangsaan". Masing-masing berpandangan.

Saya merumuskan nama-nama perayaan yang diberi kepada "perayaan kenegaraan" kita itu telah melalui pelbagai perubahan dan hanya difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan perayaan tersebut. Sama ada pihak agensi yang menganjurnya atau stake holder lain yang ada kaitan dengannya. Orang yang mengambil bahagian di dalam perbarisan perayaan juga belum tentu mengetahui perbezaan perayaan dan nama-nama yang berkenaan itu.

Bagi orang Melayu perayaan-perayaan sebulan ini agak telah terbudaya didalam mereka. Sebelum datang bulan kemerdekaan tahun ini misalnya kita telah berpuasa (beraya berbuka puasa) selama sebulan. Apabila datang Hari Raya, kita merayakan raya juga selama sebulan. Jadinya dalam setahun orang Melayu di Malaysia beraya-raya selama 3 bulanlah. Masa selama tiga bulan ini begitu menuntut perbelanjaan dan pengurusan masa yang boleh dikatakan tidak produktif. Pada bulan-bulan lain Melayu bekerja seperti biasa iaitu mengikut masa kerja yang telah dirutinkan, berbeza dengan kaum cina misalnya mereka bekerja bersungguh-sungguh dengan tidak mengira masa dan hanya beraya ketika sambutan tahun baru cina, selama satu minggu (pada umumnya)

Apakah ertinya semua ini dalam kontaks satu bangsa?

Antara perayaan-perayaan ini perayaan Hari Malaysia sewajarnya dijadikan perayaan utama di negara ini kerana inilah satu-satunya perayaan nasional yang sebenar-benarnya diterima dengan sepenuh hati oleh rakyat Malaysia. Semua orang mahu mengaitkan dirinya dengan Malaysia. Dimana pun kita berada kita mahukan hak sebagai anak Malaysia dengan sepenuhnya. Kita juga mendakwa inilah tanah tumpah darah kita.

Perayaan Hari Malaysia perlu dijadikan mekanisme kesatuan pembinaan negara-bangsa

Selamat Hari Malaysia