Wednesday, 1 April 2020
Posted by MAHADI J MURAT at Wednesday, April 01, 2020 0 comments
Tuesday, 16 September 2014
AKU KEMBALI
Salam. Saya ingin kembali kepada blog ini setelah lama melupakannya
harap maaf kawan
Posted by MAHADI J MURAT at Tuesday, September 16, 2014 0 comments
SELAMAT HARI MALAYSIA
HARI ini "Hari Malaysia".
Seorang sahabat bertanya apa signifikannya perayaan Hari Malaysia selepas perayaan hari "Merdeka" yang diadakan 16 hari sebelumnya.
Kedua-dua perayaan nampak sama. Seorang lagi kawan menyampuk. Dia mengatakan perayaan hari kemerdekaan sebenarnya berjalan sebulan, dan bulan itu disebut "bulan kemerdekaan". Kawan yang mula-mula tidak bertanya lagi, mana satu pulak perayaan "Hari Kebangsaan". Masing-masing berpandangan.
Saya merumuskan nama-nama perayaan yang diberi kepada "perayaan kenegaraan" kita itu telah melalui pelbagai perubahan dan hanya difahami oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan perayaan tersebut. Sama ada pihak agensi yang menganjurnya atau stake holder lain yang ada kaitan dengannya. Orang yang mengambil bahagian di dalam perbarisan perayaan juga belum tentu mengetahui perbezaan perayaan dan nama-nama yang berkenaan itu.
Bagi orang Melayu perayaan-perayaan sebulan ini agak telah terbudaya didalam mereka. Sebelum datang bulan kemerdekaan tahun ini misalnya kita telah berpuasa (beraya berbuka puasa) selama sebulan. Apabila datang Hari Raya, kita merayakan raya juga selama sebulan. Jadinya dalam setahun orang Melayu di Malaysia beraya-raya selama 3 bulanlah. Masa selama tiga bulan ini begitu menuntut perbelanjaan dan pengurusan masa yang boleh dikatakan tidak produktif. Pada bulan-bulan lain Melayu bekerja seperti biasa iaitu mengikut masa kerja yang telah dirutinkan, berbeza dengan kaum cina misalnya mereka bekerja bersungguh-sungguh dengan tidak mengira masa dan hanya beraya ketika sambutan tahun baru cina, selama satu minggu (pada umumnya)
Apakah ertinya semua ini dalam kontaks satu bangsa?
Antara perayaan-perayaan ini perayaan Hari Malaysia sewajarnya dijadikan perayaan utama di negara ini kerana inilah satu-satunya perayaan nasional yang sebenar-benarnya diterima dengan sepenuh hati oleh rakyat Malaysia. Semua orang mahu mengaitkan dirinya dengan Malaysia. Dimana pun kita berada kita mahukan hak sebagai anak Malaysia dengan sepenuhnya. Kita juga mendakwa inilah tanah tumpah darah kita.
Perayaan Hari Malaysia perlu dijadikan mekanisme kesatuan pembinaan negara-bangsa
Selamat Hari Malaysia
Posted by MAHADI J MURAT at Tuesday, September 16, 2014 0 comments
Monday, 21 May 2012
MALAY FILM, MALAYSIAN FILM: ON ROAD TO TRANSFORMATION
Until today, with 80 years having passed since the first Malay film was produced in 1933 (Laila Majnun, produced by Motilal Chemical Company, Singapore), there is not one mainstream film that is produced for non-economical reasons (with the exception of a few government films produced by Filem Negara Malaysia [FNM]), that can be categorised as more like public service announcements films (PSA): formal and apolitical in terms of the filmmaking style. Examples of this can be seen in ‘Gelombang’ (1980), ‘Bila Hati Telah Retak’ (1983) and ‘Cempaka Biru’ (1989).
The challenge that they face is the effort to draw society’s attention, one that likes to look outside its own borders for inspiration, and create a sense of belief amongst their own generation. This also includes the Malays who are also making Malaysian films from a new perspective.
Should Malay Films continue to be Malay Films?
Training Programmes, Technology,
One other important factor is to create a fund for young artists. This fund can be used for various activities, like script development, but with an especial focus on encouraging the number of young directors with quality. Only through such efforts will we find the diamonds in the rough.
Posted by MAHADI J MURAT at Monday, May 21, 2012 26 comments
Friday, 13 January 2012
TIADA BEBAN BATU DIGALAS..
Posted by MAHADI J MURAT at Friday, January 13, 2012 0 comments
Friday, 28 October 2011
SEPULUH TAHUN DARI SEKARANG BAHASA MELAYU BOLEH MENJADI BAHASA UTAMA DI NEGARA INI
Posted by MAHADI J MURAT at Friday, October 28, 2011 1 comments
BAHASA TIDAK MENUNJUKKAN BANGSA ?
Dari sudut inisentimen perkauman sebenarnya lebih buruk daripada sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Posted by MAHADI J MURAT at Friday, October 28, 2011 0 comments
Sunday, 11 September 2011
Creative Content Industry Guild
Beberapa orang kawan menelefon menanya pandangan saya mengenai penubuhan "Creative Content Industry Guild".
Sebagai seorang yang telah bergiat sebagai karyawan dalam bidang penerbitan filem dan televisyen dengan sedikit sebanyak pencapaian, iaitu telah merasai pahit manis berkerjaya sebagai independent practitioner dalam tempuh yang agak lama; dan sebagai seorang yang telah terlibat sebagai pensyarah di kolej dan beberapa universiti menyelia, mengajar, menjalankan penyelidikan dan memperkatakan pelbagai aspek yang berkaitan dengan filem dan perfileman di dalam dan di luar negara; dan, sebagai seorang yang pernah terlibat mengasaskan persatuan perfileman, memimpin beberapa persatuan dan badan gabungan yang sedia ada, saya rasa yang diperlukan hari ini ialah 'idea' dan 'aktiviti' yang boleh menjana kemajuan profesionalisme setiap mereka yang bergiat secara sepenuh masa di dalam industri kita.
Tak kiralah guild atau persatuan apa pun yang ingin kita "hidup" atau "matikan". Tapi yang hidup itu biarlah memenuhi objektif yang jelas dan dapat benar-benar memainkan peranan membangun manusia yang bernaung di bawahnya. Bila saya sebut membangun manusia saya tidak bermaksud tentang kebajikannya (sahaja). Saya lebih memilih memabangun profesionalisme dari untuk kebajikan semata. Kerana apabila seseorang itu upaya profesionalismenya tinggi dia akan dapat meningkatkan pendapatan dirinya dan berjaya mengurus kewangan dan masa hadapannya dengan lebih baik.
Apa yang menjadi kerisauan saya ialah apakah kita begitu jelas dengan apa yang kita mahukan. Andaikata kita mahukan guild baru ini menjadi guild tunggal mengakreditasi semua individu yang terlibat dalam pelbagai sektor, dan dalam pelbagai jenis kerja yang ada disetiap sektor, berupayakah kita menggariskan suatu standard sebagai kayu pengukur bagi semua bidang kerjaya dan cabang sektor yang pelbagai itu. Dan sekiranya berjaya, matlamatnya apa.
Saya kira usaha menetapkan standard bagi setiap sektor pekerjaan bidang ini niatnya bagus. Kerana apabila semua orang mempunyai standard profesionalisme yang diiktiraf kita akan dapat menghasilkan produks atau karya yang pada umumnya baik, dan secara tidak langsung ia menyemarakkan industri dan pendapatan manusia yang berada didalamnya. Tetapi, kalau itu tujuannya tidakkah persatuan-persatuan perfileman yang sedia ada misalnya sudah memadai digunakan untuk tujuan pengakreditasian (memberi ukuran standard) ini. Tidakkah konsep 'padu citra" (yang pada asalnya dipanggil 'izin produksi') yang sedang dilaksanakan Finas sekarang yang mensyaratkan penerbit, pengarah, pekerja filem dan pelakon perlu terdiri dari ahli persatuan sedang melaksanakan tugas ini?
Secara peribadi saya rasa persatuan-persatuan sedia ada adalah 'guild' yang dimaksudkan itu. Guild ialah perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud persatuan atau badan dalam bahasa Melayu. Persatuan-persatuan perfileman kita seperti Film Directors' Association of Malaysia (FDAM), atau Persatuan Pengeluar Filem Malaysia misalnya sama sahaja namanya dengan American Society of Cinematographers (ASC), Film Producers's Association of America dan lain-lain. Di Malaysia GAFIM ialah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia dan nama yang didaftarkan dalam bahasa Inggeris bagi GAFIM ialah Federation of Screen Guilds. Gafim bukan ditubuhkan untuk menguruskan festival filem sahaja. Gafim adalah badan gabungan untuk industri filem dan segala perkara yang berkaitan dengan kegiatan industri filem di Malaysia.
Saya rasa Gafim dan persatuan-persatuan yang sedia ada itu perlu dimantapkan dan diperkemaskan perlembagaannya agar fokus, hala tuju dan peranannya jelas. Masalah yang ada hari ini bukan persatuan-persataun, tetapi manusia yang berada di dalamnya yang barangkali perlu lebih cerdik, atau perlukan idea yang bernas untuk menaungi ahli-ahlinya.
Wallhu alam..
Posted by MAHADI J MURAT at Sunday, September 11, 2011 0 comments
Wednesday, 11 May 2011
Wahai Melayu! Keadaan Telah Berubah..
MUTAKHIR ini terlalu banyak peristiwa di pelbagai hadapan memperlihatkan betapa kejadian dan tindak tanduk pelik yang tidak pernah terjadi, berlaku di sekeliling kita.
Kejadian membunuh, malah membakar orang, merogol mangsa rompakan, penderaan pd yang lemah, kejadian-kejadian ngeri diluar kewajaran, kata mengata yang tiada batas antara kaum dan kelompok yang berkepentingan bertentangan, begitu amat ligat sekali. Orang sudah tidak punya jiwa dan fikiran yang senang seperti sebelumnya. Masing-masing begitu terdesak ditekan kehidupan, apa pun alasannya..
Kebanjiran berjuta orang asing seperti dari Indonesia, China, India, Pakistan, Bangladesh, Iran, Afrika dan lain-lain meningkatkan lagi kerancakan "suasana budaya baru" di negara ini.
Orang Melayu sudah tidak boleh berfikir seperti sepuluh tahun dahulu, kerana kedudukannya, penerimaan terhadapnya, haknya dan juga peranannya sudah teranjak oleh keadaan yang disebutkan di atas itu.
Justru itu Melayu patut menyedari perubahan ini. Segala sesuatu yang dilakukannya hendaklah mengambil kira kedudukan baru ini. Berkomunikasi, menyuarakan pendapat secara lama, walaupun mungkin benar, sudah tidak boleh digunakan lagi.
Orang Melayu perlu menggunakan nada bahasa, kaedah dan cara baru dalam membicarakan sesuatu yang dikatakan hak mereka. Ini penting agar Melayu itu sentiasa dihormati dan difahami dengan lebih baik lagi oleh orang lain. Orang lain mungkin tidak memberi reaksi yang negatif sekiranya mereka tidak merasa kedudukan mereka terancam.
Posted by MAHADI J MURAT at Wednesday, May 11, 2011 0 comments