SAYA pernah menyatakan dalam blog ini, apakah tawaran "Pakatan Rakyat" kepada Malaysia untuk ia boleh menjadi alternatif pilihan pada pilihanraya akan datang. Dengan mencemuh, memperlekah atau memusingkan semua yang berkaitan dengan Barisan Nasional serta mempalitkan pemimpin-pemimpinnya dengan imej negatif "berulang-ulang" dan secara berlebihan seperti penyelewengan, rasuah, kronisme, menghabiskan duit rakyat tidak boleh menampakkan pakatan itu lebih baik. Sebabnya pada masa sama pihak yang sebelah lagi juga akan menggunakan formula sama untuk mempalitkan malah memporakperandakan imej anda.
Tawarkan kepada rakyat Malaysia pilihan yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan kepimpinan DS Najib + TS Muhyidin sekarang. Organisasi politik? program untuk rakyat?, untuk negara?, kemajuan masa hadapan, termasuk pendidikan, perpaduan, agama dan lain-lain.
Paling penting kini apakah bandingan dan tawaran alternatif lebih baik anda kepada konsep "1Malaysia" DS Najib, dan "program tranformasi Najib" yang kelihatan begitu tersusun atur acara kerjanya. Omong-omong buruk orang saja tak jadi. Kecerdikan politik amat penting disini sekiranya anda mahu dipandang serious oleh pengundi.
Dari 2008 hingga sekarang penghujung 2010 saya peribadi tidak melihat sesuatu yang boleh dirujuk sebagai tawaran perbandingan untuk saya teliti. Organisasi Pakatan Rakyat begitu tidak berhaluan. Branding pakatan tidak ada, dan sangat kabur. Apa yang boleh dingat tentang pakatan ini, selain pada suatu waktu dahulu berjaya mengurangkan majoriti dua pertiga kerajaan BN pusat, dan pada suatu waktu dahulu berjaya menawan empat kerajaan negeri. Dan selain mobilisasi jalanan yang mengeruhkan suasana.
Pakatan ini sudah tidak ada imejnya sekarang. Tidak boleh diingat, tidak boleh dilihat dan jauh sekali dari boleh dipegang.Apa lagi komponannya begitu berbelah-belah
Mengundur, mengalah.
Atau lupakan sahaja ?
Saturday, 20 November 2010
Mana Alternatifnya
Posted by MAHADI J MURAT at Saturday, November 20, 2010 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)