Saturday 31 May 2008

The Racist Card

-Dr MAHATHIR MOHAMED
(as posted in www.chedet.com)


[EDISI BAHASA MELAYU DI BAWAH ARTIKEL INI]

It is strange that whenever people like Param Cumaraswamy accuse others of being racist they end up by exposing the racist in them. For them you are racist only if you talk about Malays and their need to catch up with other races. If you talk of the imagined plight of other races in Malaysia, and make ridiculous statements that the Tamil Indians in Malaysia are facing “ethnic cleansing” when you know that no such thing is happening, it is not racist.

It is only in Malaysia that people of immigrant origins, so identified by their insistence on being linked race-wise with their countries of origin, are actually accepted as citizens.

In other countries including the much-admired democracies of the West, citizens are not linked to or classified by their countries of origin. They speak the national language habitually, go to schools where the national language is the medium of instruction and adopt the culture of the indigenous people, or at least the people who originally founded these countries (the indigenous people having been systematically wiped out).


But in Malaysia although the national language is the language of the indigenous people, many Malaysian citizens cannot speak the language, much less use it habitually in their homes and with fellow citizens. Whenever some foreigner speak Bahasa Malaysia to them, they would reply in English. Foreigners cannot understand why they seem to downgrade their national language. And yet these citizens question why there is, for practical purpose, no Bangsa Malaysia.

Schools using languages of the countries of origin are not only permitted but are actually financed by the Government. Try and find such schools in South East Asia or in the so-called liberal developed countries where they claim there is no racial discrimination. There are actually more Indians in the United Kingdom than in Malaysia. But there is not a single school where the teaching medium is in any of the Indian languages.

People like Param would not notice all these. Instead he sees the effort to bring up the indigenous people to the level of the non-indigenous people as racist. Arrogantly he seems to want the indigenous people become the deprived in their own country.

I admit that I spoke on “Ketuanan Melayu” in Johor. The Malay intellectuals have been talking about this for a long time. There was no suggestion about them being racist or that they should be detained under the Internal Security Act (ISA).

I spoke on this issue critically as I consider that claiming to be masters when you are not is ridiculous. How can the Malay driver driving a car belonging to someone else regard himself as the “Tuan” and the owner of the car as inferior to him? Actually it is the owner and his employer who is the “Tuan”.

In my speech my advise to the Malays is to acquire knowledge and skills and use them to enrich themselves for only then can they be regarded by their servants and employees as “Tuan”.

Is this seditious or near seditious? Is speaking about Malays and their needs seditious?

On the other hand let us consider the Hindraf memorandum to the British. Most people including Indians have not read it. To gain the support of the Tamil Indians, Hindraf demands that the British compensate every Tamil Indian in Malaysia one million pounds sterling (about RM 7 million). That should tempt even middle-class Indians. Surely Indian workers would fall for it.

The Hindraf memorandum also contains the following extracts which are obviously racist;
1) “Commonwealth ethnic Indian peace loving subjects in Malaysia persecuted by Government backed Islamic extremist violent armed terrorist who launched a pre-dawn violent armed attack and destroyed the Kg Jawa Mariamman Hindu temple at 4.00am this morning (15.11.07)”.

2) “Appeal for United Kingdom to move emergency United Nations Resolution condemning “Ethnic Cleansing” in Malaysia”.

I will not quote other highly inflammatory remarks found in the Hindraf memorandum. However I would like to mention the threat made by Hindraf in its conclusion;

“We fear that the peace loving Indian community of Tamil origin having been pushed to the corner and the persecution getting worse by the day may be forced into terrorism in a matter of time as what has happened to the Sri Lankan Tamils”.

Is Hindraf planning to make Malaysia a Southeast Asian Sri Lanka?

I don’t believe the majority of the Tamils in Malaysia would agree with the picture painted by Hindraf. Unfortunately, like the Malays, few of them read the actual memorandum. And so they support Hindraf blindly.

But if you read what I have quoted would you not conclude that Hindraf and Param Cumaraswamy, who objected to their detention under the ISA as racist especially as his desire to have me detained under the Act for telling the Malays to realise that they are not “Tuan” when they have to clean the shoes of others. If they want to be “Tuan”, then they must acquire the skills and knowledge to succeed in life. And when they succeed they would be highly regarded whether they are called “Tuan” or not.

It seems that according to Param Cumaraswamy talking about Malays is seditious.

Who is racist; Param Cumaraswamy or Dr Mahathir?

I am not going to call for his detention.

He should as a lawyer who understands the law, decide whether he is a racist and should be detained or not.

*************


[EDISI BAHASA MELAYU]

Perkauman Sebagai Modal

Adalah agak menghairankan apabila orang seperti Param Cumaraswamy menuduh orang lain bersifat perkauman kata-kata mereka mendedahkan sifat perkauman mereka sendiri. Bagi mereka, seseorang itu “racist” (bersifat perkauman) cuma apabila bercakap mengenai bangsa Melayu dan keperluan mereka untuk berusaha mengejar pencapaian bangsa lain.

Tetapi, jika mereka bercakap mengenai masalah kaum lain yang tidak berasas dan tidak benar seperti membuat kenyataan karut bahawa kaum India Tamil di Malaysia menghadapi “penghapusan etnik” yang masyarakat tahu ianya tidak terjadi, ini tidak dianggap bersifat perkauman.

Cuma di Malaysia sahaja orang daripada kaum pendatang, atas kehendak mereka sendiri dikenali dan dikaitkan dengan negara asal mereka, telah diterima sebagai warga negara.

Di negara-negara lain, termasuklah di negara Barat yang demokrasi mereka begitu dikagumi, warga negaranya tidak dikaitkan mahupun diklasifikasikan mengikut negara asal mereka. Mereka juga selalu menggunakan bahasa kebangsaan, negara berkenaan, bersekolah dimana bahasa kebangsaan menjadi bahasa pengantar dan menerima adat resam bangsa pribumi ataupun bangsa yang mula-mula menubuhkan negara itu (apabila bangsa pribumi telah dihapuskan secara terancang).

Tetapi di Malaysia walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa pribumi, ramai rakyat Malaysia yang tidak boleh bertutur bahasa tersebut, malahan secara lazimnya tidak menggunakan bahasa itu di rumah mahupun dengan rakyat Malaysia yang lain. Apabila orang asing bercakap dalam Bahasa Malaysia mereka akan menjawab dalam Bahasa Inggeris. Orang asing tidak mengerti mengapa mereka kelihatan merendah-rendahkan bahasa kebangsaan mereka sendiri. Di dalam masa yang sama mereka ini menyoal mengapa tiada Bangsa Malaysia.

Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa negara asal mereka bukan sahaja dibenarkan malahan dibiayai oleh Kerajaan. Cuba cari sekolah sebegini di Asia Tenggara ataupun di negara-negara maju yang dianggap liberal dan didakwa tidak berlaku diskriminasi kaum. Sebenarnya terdapat lebih ramai orang keturunan India di United Kingdom daripada di Malaysia. Tetapi tidak ada sebuah sekolah pun yang mengguna bahasa-bahasa India sebagai bahasa pengantar di United Kingdom.

Orang seperti Param tidak akan nampak semua ini. Sebaliknya dia melihat sebarang usaha untuk meningkatkan keupayaan rakyat pribumi supaya setanding dengan rakyat bukan pribumi sebagai bersifat perkauman. Dengan bongkak dia seolah-olah mahu melihat rakyat pribumi semuanya mengemis didalam negara mereka sendiri.

Saya mengaku saya bercakap mengenai Ketuanan Melayu semasa di Johor. Sebelum itu, cendekiawan-cendekiawan Melayu telah begitu lama bercakap mengenainya. Tidak pernah ada pandangan bahawa mereka itu bersifat perkauman ataupun ada cadangan supaya mereka ditahan dibawah Akta Dalam Negeri (ISA – Internal Security Act).

Saya bercakap mengenai isu itu secara kritis kerana saya menganggap mendakwa diri kita sebagai tuan bila kita bukan tuan adalah aneh. Bagaimanakah boleh seorang pemandu Melayu yang memandu kereta kepunyaan orang lain menganggap dirinya “Tuan” dan pemilik kereta itu berkedudukan lebih rendah daripada dirinya? “Tuan” yang sebenarnya adalah pemilik kereta dan orang yang membayar gajinya.

Di dalam ucapan saya, saya menasihatkan orang Melayu supaya menimba ilmu dan kemahiran supaya boleh digunakan untuk mencari kekayaan bagi diri mereka kerana cuma dengan cara demikian sahaja mereka akan dianggap “Tuan” oleh orang suruhan dan pekerja mereka.

Adakah ini hasutan ataupun menghasut? Adakah membicarakan mengenai bangsa Melayu dan kepentingan mereka menjadi satu hasutan?

Sebaliknya, cuba kita teliti memorandum Hindraf kepada pihak British. Ramai termasuk kaum India tidak membacanya. Untuk mendapatkan sokongan kaum India Tamil, Hindraf mendesak pihak British supaya membayar gantirugi 1 juta pound sterling (lebih kurang RM 7 juta) kepada setiap orang kaum India Tamil yang terdapat di Malaysia. Ini sudah pasti berupaya mempengaruhi bukan sahaja mereka yang berpendapatan rendah tetapi juga golongan pertengahan dari keturunan Tamil India. Sudah pasti golongan pekerja kaum India terpengaruh.

Terdapat juga didalam memorandum Hindraf sedutan-sedutan seperti berikut yang jelas bersifat perkauman:

1) “Kaum India Komanwel yang merupakan rakyat yang mencintai keamanan di Malaysia ditindas oleh Kerajaan yang didokong oleh pengganas bersenjata kelompok ekstremis Islam telah dengan ganasnya melancarkan satu serangan bersenjata sebelum subuh dan memusnahkan Tokong Hindu Mariamman di Kampung Jawa pada pukul 4 pagi ini (15.11.07)”.

2) “Memohon kepada United Kingdom untuk membentangkan satu resolusi tergempar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk “Penghapusan Etnik” di Malaysia”.

Saya tidak mahu menambah lagi lain-lain kenyataan yang begitu mengapi-ngapikan perasaan perkauman yang terdapat didalam memorandum Hindraf tersebut.

Walau bagaimanapun, saya ingin menyebut mengenai ugutan yang dibuat oleh Hindraf didalam kesimpulannya;

“Kami risau kaum India berketurunan Tamil yang cintakan keamanan setelah dipinggirkan dan ditindas, semakin hari semakin teruk, akan pada satu ketika, secara terpaksa mengambil langkah keganasan sebagaimana yang terjadi kepada kaum Tamil di Sri Lanka.”

Adakah Hindraf bercadang menjadikan Malaysia sebagai Sri Lanka di Asia Tenggara?
Saya tidak percaya majoriti orang Tamil di Malaysia bersetuju dengan gambaran yang dibuat oleh Hindraf. Malangnya, seperti orang Melayu, cuma beberapa orang sahaja yang membaca memorandum yang sebenarnya. Jadi mereka menyokong Hindraf secara membuta-tuli.

Tetapi jika anda membaca apa yang telah saya nyatakan tidakkah anda akan membuat satu kesimpulan bahawa Hindraf dan Param Cumaraswamy, yang membantah penahanan mereka dibawah ISA bersifat perkauman, terutama di atas kehendaknya supaya saya ditahan dibawah Akta itu kerana menyatakan kepada orang Melayu supaya menyedari yang mereka bukan “Tuan” apabila mereka terpaksa mencuci kasut orang lain. Jika mereka ingin menjadi “Tuan”, mereka mesti menimba ilmu dan kecekapan untuk berjaya didalam kehidupan. Dan apabila mereka berjaya martabat mereka akan meningkat samada mereka dipanggil “Tuan” ataupun tidak.

Nampak jelas menurut Param Cumaswamy , bercakap mengenai orang Melayu adalah satu hasutan yang berbau perkauman.

Jadi siapa yang bersifat perkauman; Param Cumaraswamy atau Dr Mahathir?

Saya tidak akan meminta supaya dia ditahan.

Sebagai seorang peguam yang memahami undang-undang, dia perlu menilai dirinya samada dia seorang yang bersifat perkauman dan perlu ditahan atau tidak.

Thursday 29 May 2008

KERAJAAN TERBUKA ?

MENTERI Penerangan Dato' Ahmad Shabery Cheek telah melakukan beberapa perubahan di RTM yang menampakan dengan jelas tentang keterbukaan kerajaan. Rocky's Bru bekas presiden press club dan wartawan New Straits Times 20 tahun, dan kini blogger ternama yang juga presiden penaja persatuan bloggers (AllBloggers) menyebut ini di dalam program blog RTM Ahad lepas.

Kenyataan Rocky's Bru itu adalah suatu pengakuan yang sangat bermakna kerana selama ini kalangan bloggers dlihat dan dianggap sebagai sangat kritikal terhadap apa yang dilakukan kerajaan. Pada hemat saya bukan sahaja keterbukaan yang telah diperlihatkan Shabery tetapi yang lebih bermakna ialah keterbukaan yang membawa "anjakan". Keterbukaan tanpa membina anjakan tidak akan bermakna, malah keterbukaan kerapkali menjadi ruang yang memakan diri. Sebagai seorang yang mengikuti dari dekat degup jantung di RTM semenjak dari zaman Tun Khalil lagi saya amat optimis dengan perkembangan ini. Syabas Dato'. Syabas rakan-rakan di RTM dan Kementerian Penerangan, anda semua saya lihat bersemangat dengan kerja masing-masing. Idea, kreativiti dan kematangan yang anda tunjukan sebagai "team player" dalam menjayakan tanggungjawab di hadapan mata pasti akan membawa hasil yang diharapkan. Insha Allah anjakan membina akan terjadi..

PILIHAN RAYA UMUM BARU? BENARKAH

BANYAK pihak mentelah pilihanraya umum mengejut besar kemungkinan akan diadakan sekiranya keadaan politik sekarang tidak berubah dan ancaman Pakatan Rakyat memikat ahli parlimen Barisan Nasional menjadi kenyataan. Pilihanraya umum sebenarnya tidak akan menguntungkan BN selain hanya berupa kesempatan kepimpinan BN mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak sealiran dengannya. Kelima-lima negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing. Mereka baru sahaja mendapat mandat dan kuasa, dan belum lagi "berjasa" kepada rakyat. Sekiranya pembubaran parlimen dan kerajaan pusat berlaku malah akan disertai secara aktif oleh pakatan sebagai kerajaan di negeri-negeri masing. Dengan perbalahan dan perpecahan di dalam BN akan bertambah kerana segulungan orang lagi tidak akan dipilih menjadi calon, peluang untuk pakatan untuk melebarkan kuasa dan jajahan mereka akan lebih terbuka, lebih-lebih lagi sentimen pengundi terhadap kedua-dua pihak masih segar lagi.

Langkah terbaik yang mungkin patut dibuat oleh pucuk pimpinan kerajaan pusat dan BN untuk mendapatkan semula sokongan ahli dan masyarakat ialah dengan mengadakan lawatan dan pertemuan terancang dengan ahli-ahli cawangan di bahagian-bahagian di seluruh negara. Ini patut diutamakan. Dalam dua bulan semua bahagian akan di'dekat'kan dan suatu bentuk baru komunikasi langsung antara bahagian dengan pejabat Presiden UMNO mungkin dapat dipergunakan untuk mengukuhkan jalinan ini

Saturday 10 May 2008

KETUANAN MELAYU ? GAPENA JANGAN HANYA BERCAKAP ..

Kongres Permaufakatan Melayu yang diadakan di Johor Baharu baru-baru ini sebenarnya adalah pertemuan yang sama seperti pelbagai sidang, forum, seminar dan dialog yang diadakan di masa lalu. Ia adalah sidang dan pertemuan yang dianjurkan oleh orang-orang yang itu, yang itu juga. Biasanya setiap kali selepas berseminar, berdialog dan berkongres tidak ada apa-apa tindakan yang jelas telah diambil selain mengeluarkan kenyataan tegas dan keras disertai seruan kepada pihak itu pihak ini untuk bertindak. Ketegasan, desakan dan seruan kemudianya padam apabila keadaan menjadi sejuk dan pihak yang menjadi punca tidak lagi bercakap mengenai perkara yang dimarahi.

Kebimbangan orang Melayu sesungguhnya sememangnya real. Kedudukan Melayu dipersoalkan orang. Pemimpin-pemuka Melayu sebaliknya berantakan sesama sendiri dan lebih banyak menghabiskan masa mengatakan diri sendiri adalah betul. Bukan Melayu kini telah mendapat kedudukan politik yang "luar biasa" hebatnya. Mereka bukan sahaja menjadi penguasa di Pulau Pinang, tetapi juga "kuasa penentu" di dalam kerajaan-kerajaan negeri di Selangor dan Perak, termasuk di majlis-majlis perbandaran, tempatan dan daerah, di pelbagai jawatankuasa dan lapisan kehidupan masyarakat, kuasa pemutus dalam bidang pembangunan bandar, pembangunan luar bandar, pelajaran, kebajikan masyarakat, ekonomi dan lain-lain. Kerajaan persekutuan juga kelihatan telah merubah pendekatan dengan memberi ruang yang banyak kepada kaum bukan Melayu di semua sektor. Semua ini adalah suasana baru bagi orang Melayu yang tidak disedari oleh Melayu kebanyakan. Melayu kebanyakan masih berpendapat semuanya masih macam dulu lagi. Kebimbangan penganjur kongres Permaufakatan Melayu itu memang difahami, tetapi bimbang dan membuat resolusi sahaja tidak mencukupi. Bimbang sememangnya bagus, sebab dari rasa bimbang orang boleh berfikir mengatasi kebimbangan itu.

Keadaan ini bukan tidak disedari oleh generasi muda Melayu yang melihat segalanya dari kaca mata mereka yang berbeza. Golongan muda Melayu juga bimbang, tetapi kebimbangan mereka dirasionalkan oleh pertimbangan-pertimbangan yang berlainan daripada apa yang dihujahkan oleh pemuka-pemuka "Melayu yang tua-tua" yang menjuarai kongres dan sidang-sidang yang berkenaan. Generasi muda Melayu lebih memilih untuk bekerja dan melakukan tindakan yang competative daripada laungan bermusim di dalam-dalam dewan sahaja.


Pemuka-pemuka Melayu yang "tua tua" dan tidak berjaya melaksanakan apa yang mereka sendiri putuskan di masa lalu tidak memahami ini. Sesetengah generasi muda Melayu menganggap golongan lama ini hanya boleh bercakap tetapi tidak mempunyai kepandaian dan kapasiti untuk melakukan apa-apa.

Gapena misalnya hanya menjadi sebuah badan gabungan yang walau pun telah lanjut usianya masih tidak berjaya membangunkan alam persuratan Melayu dengan sewajarnya, sedangkan ketuanan Melayu itu boleh dibingkaskan melalui gerakan persuratan, kesusasteraan dan bahasa Melayu. Kenapa tidak diperkasakan bidang bahasa, persuratan dan pemikiran Melayu sehingga menjadi tunjang kepada ketuanan Melayu?

Sekiranya Gapena dan ahli-ahli gabungannya benar-benar serious dan komited ia tentu telah menjalankan sesuatu aktiviti atau program yang dapat memperkasakan kedudukan bahasa dan persuratan Melayu melalui pelan tindakan yang kemas, tersusun dan menyeluruh sebagai usaha untuk memelihara ketuanan Melayu. Mengharap kalangan politik yang keutamaan mereka berubah-ubah adalah ibarat memilih jalan berliku dan panjang yang tiada siapa dapat menentukan bila tibanya matlamat yang dituju, sedangkan pihak lain terus mengorak langkah mengukuhkan kedudukan mereka daripada suatu kedudukan kepada suatu kedudukan yang lain. Memperkasa dan merakyatkan persuratan Melayu dengan cara yang bijaksana adalah usaha yang boleh dijalankan oleh Gapena. Ini bukan sahaja boleh memperkukuhkan ketuanan Melayu di negara ini, malah Melayu di seluruh nusantara.

Barangkali orang-orang kanan Gapena patut melihat diri sendiri dan mula memikirkan apakah mereka patut terus mengekalkan kedudukan mereka sebagai pemimpin badan gabungan ini. Menyerahkan kepimpinan Gapena kepada gulongan baru adalah satu-satunya jalan yang boleh disumbangkan oleh pemimpin lama, demi agama, bangsa dan negara. Berwajarlah, agar kita dihormati sebelum yang kita miliki musnah oleh kesilapan langkah kita sendiri. . .


Tuesday 6 May 2008

A SAMAD SAID vs HOLLYWOOD

by Fikri Jermadi

No, I don’t watch local movies,” said the interviewee. She was being interviewed by Marzuki, the roving ntv7 reporter, who interviewed people on the streets. “I don’t think that they’re very good.”
Her comments sparked a fire in me, and I waved in exasperation to the studio presenter, who was surprised by my reactions, but pleasantly so. Of course, the people at home couldn’t see all this happening; they’re being fed the live feed from Pavillion.
Soon enough, my chance came.
“Thanks, Marzuki,” she beamed into the camera. “Now we have a very animated Fikri, who has been waving his arms, ready to jump in and defend the Malaysian film industry! Alright Fikri, take it away.”
Here’s my chance, to talk about a particular pet subject of mine. And the first thought that came through my mind, as I looked at the red light atop the studio camera was…might I freeze?
Freeze, my ass.
“It’s not so much defending the local film industry,” I started, “although there are elements of that. What I personally take issue with is the fact that…there is this discontent with anything that is tagged as ‘local’. Anything that is made in Malaysia, certainly when it comes to films, music, and what not, is automatically thought of as inferior. This applies to other sections of society as well, but let’s stick with films for now.”
“Let’s consider when people usually go to the cinemas at the weekends,” I continued. My father would later tell me that my hands were animated themselves, the chops and side movements taking on a life of its own. “When people go to watch movies, their biggest concern will be ‘Should I watch ‘AvP 2, or I Am Legend?’ A lot of people that I know won’t even entertain the thought of watching a local Malaysian movies.”
“I don’t actually have an issue with this. After all, a lot of the times, a local movie directly means a Malay movie, told in the Malay language, set in Malay settings, and what not. Many people I know are not keen on this. That’s a whole other issue in itself, but in this context, it’s perfectly fine. And it’s not exactly as if the majority of local movies that I’ve seen have covered itself in glory, either. Some of the ones that I’ve watched are absolutely poor, poor films.” At this point, the presenter’s fixed smile widened a bit more.
I smiled back and continued. “Furthermore, if you can get the best of Hollywood’s special effects and explosions for the same price, then why not go for that one, right? Get more of your money’s worth.”
“What I do have an issue with, however,” getting to the point of this whole stance, “is the fact that people judge local films inadequately. When I say judge, I mean conclude, almost immediately, that the film is terrible, that it’s not worth watching, that it’s going to be a waste of time and money. When I say inadequately, for the large part, I mean that the judgement is due to the fact that it is local, and nothing else. Many people won’t bother reading the synopsis, look at who’s in the film, or who’s directing it. The minute they understand the writing on the poster to be of the Malay language, they tune it out.”
“If it’s not your cup of tea, it’s fine. Like I said, a lot of my friends are not that well-versed in the national language. So that’s fine. But if you come out, guns blazing, and said that it’s crap, and say that it’s crap because it’s a local movie, then I have a big issue with that. Quite frankly, its akin to discrimination, and the simplification of things. You might as well say that I’m lazy, because I am Malay. Or I could just as well say that you’re Chinese, so you must be rich.”
“I mean, judging a movie before its seen, before it has served its purpose in this world, is absolutely ridiculous. It’s like the Pope condemning, and by default, leading most of the Catholics, at least, in the world, to condemn ‘The Golden Compass’ and boycott it, without even watching it, is a pathetic notion. If they think it’s a piece of propaganda crap, then it’s a judgement that should be arrived at after watching the movie.”
“When ‘The Last Communist’, the film by Amir Muhammad, was banned, there were widespread condemnation on the government, saying that the reasons given was weak. I see that condemnation almost every week, with the same weak reasons. Once again, I can understand the reasonings, but I don’t agree with it.”
“But you have to agree, at least,” started the presenter, who had been a bystander over the past two minute tirade, “that there’s not a lot of Malaysian movies out there that has inspired the excitement, or the quality needed to get people to watch it.”
“I do agree with that,” I said, still in my debater mode. “Like I have said, there are a lot of Malaysian movies that are just rubbish. If I can get my money back for ‘Cinta Yang Satu’, I will. That movie was a complete waste of my time, a TV drama masquerading as a cinematic feature.”
“But there is hope. I believe that for two reasons. One, there is quality out there. Even in the last year, ‘Mukhsin’ is very well made. ‘Zombi Kampung Pisang’ was hilarious. Stupid, but in a good way. ‘Dancing Bells’ and ‘Flower in the Pocket’ were international hits at their respective film festivals. I haven’t seen ‘Anak Halal’ yet, but I’ve heard only good things of it. ‘Puaka Tebing Biru’ is about as unconventional as a horror movie could be. And so on. The quality is already here, but unfortunately, it’s being shut out by a lot of the movie-going crowd.”
“The other reason is that the type of movies that is made, a lot of the times, are not interesting enough. Out of over twenty films released last year, three quarters of that are horror films and comedy. I believe that we should be braver in terms of the films that is being made, that is being financed. Variety, after all, is the spice of life, and the same goes for the movies.”
“What kind of movies would you make?”
“Malaysian movies,” I said without hesitation. “I want to focus more on events that has happened, is happening, and will happen. There’s a lot of indie fare that gives us slices of Malaysian life, but I think that there’s not enough movies that looks at events that has already happened in Malaysia. Off the top of my head, only ‘Budak Lapok’ looks at that, and that’s a cartoon about P. Ramlee and his friends.”
“We have such a wide and varied history and culture that’s somehow not translated onto the big screen. Let’s not even look at controversial issues like May 13 or the recent rallies. Why not a movie about Tunku Abdul Rahman? Or Tun Mahathir? P. Ramlee is about as iconic as any Malaysian figure could be, and yet what do we have on him? It’s only recently that a musical was made about his life. Beyond that, I don’t recall anything else.”
“Look at the subjects of American movies. They, as much as anyone else, turn to their own culture and history and literature. The Oscar nominees, lets say. ‘There Will Be Blood’? Based on a book. ‘No Country For Old Men’? Based on a book. ‘Elizabeth’ and ‘I Am Not There’? Based on historical figures. Even the blockbusters: ‘I Am Legend’, a remake of a film based on a book. ‘Lord of the Rings’? ‘Chronicles of Narnia’? ‘Harry Potter’, even? Based on books.”
“Then look at us. How many films are based on books? We proudly and rightly proclaim A Samad Said as a sasterawan negara. How many times have his book, Adik Datang, been made into a film? If the Americans have Tunku Abdul Rahman as their own historical figure, they would have made at least two movies about him, no doubt about it. Right now, we don’t have enough of these sort of movies. Correct this,” I paused, “and we’ll get better.”
There was a short moment of silence, as we (and the Information Minister, as it turned out, who was watching at home) digested what I had just said.
Then the presenter looked back at the camera, and smiled. “We’ll be right back, after the break.”


(source: thoughts on films)

Sunday 4 May 2008

ADA TELINGA TAK MENDENGAR. MELAYU APA KAMU?

DI JOHOR BARU pendekar-pendekar ketuanan Melayu berkongres. Memang kena pada tempat dan waktunya. Kemelut berkaitan Melayu semakin kacau. Pada masa lalu perkara-perkara yang sama diseminar dan disidangkan juga. Banyak kali dah. Pelbagai resolusi diangkat. Malangnya Melayu yang ber'telinga' tidak mendengar. Melayu yang ber'pedang sakti' tidak tahu menggunakannya. Tak fahamkah kita kuasa yang diberi pada Melayu selama 51 tahun lalu tak kita gunakan sebaiknya.. Jadi, apa lagi?

Saturday 3 May 2008

DEBAT DI PARLIMEN: KENAPA SIARAN LANGSUNG ?

SIARAN langsung sesi parlimen di RTM patut bertujuan semata-mata untuk mengajak masyarakat turut sama berfikir dan memperkatakan sesuatu topik yang diperbahaskan di dewan parlimen. Alasannya: implikasi undang-undang yang diluluskan parlimen akan akhirnya menyentuh kehidupan mereka. Perbincangan secara analitikal oleh kalangan profesional, akademik, tokoh bidang dan wartawan di luar dewan mengenai sesuatu topik atau bills yang dibentangkan patut menjadi focus utama siaran langsung ini. Perbahasan yang berjalan di dalam dewan boleh digunakan untuk melengkapkan perbincangan mengenai sesuatu topik.

Siaran langsung tentunya bukan bertujuan memperlihatkan "watak", “bakat”, “kebijaksanaan” mahupun "keterencatan fikiran" dan “kelaku” para parlimentarian yang sememangnya pelbagai itu. .

DILEMA "MERDEKA"

O R A N G Melayu yang merdeka kini dalam dilema. Dilema kerana “Melayu rakyat” zaman merdeka kini terduduk di antara "kebingungan kuasa Melayu" dengan "kegigihan kuasa baru bukan Melayu". Kedudukan Melayu sudah tidak sama lagi dengan janji sebelum merdeka dahulu. "Melayu penguasa" kini terbahagi-bahagi dalam pasukan yang sengit bersengketa, bersaing, malah ‘berbunuh-bunuhan’ antara satu dengan lain. Akibatnya ramai Melayu "terbunuh" dan "mati" dalam perang sesama sendiri. Di mana lagi bumi yang akan "Melayu rakyat" pijaki kalau dalam pertempuran antara penguasa-penguasa Melayu, segalanya lebur…

Friday 2 May 2008

FILEM P RAMLEE BUKAN FILEM MALAYSIA ?

Mahadi J Murat

Sahabat saya Mansor Puteh di Seminar Pembangunan Industri Filem 26 April 2008 lalu telah membuat kawan-kawan tercengang sebentar apabila mengatakan kalau kita sibuk bercakap tentang filem Malaysia, kita sebenarnya seolah-oleh menolak filem-filem P Ramlee di Singapura dan filem-filem lain yang diterbitkan oleh Show Brothers dan Cathay Keris (1955-1960++) sebagai filem kita. Singapura sendiri menyenaraikan semua filem-filem tersebut sebagai filem mereka. Sama dengan kawan-kawan yang lain saya menegaskan kepada Mansor selepas seminar tersebut filem kita ialah filem Melayu. Tak osahlah kita kisahkan sangat tentang politik yang hendak menjadikan filem Melayu sebagai filem Malaysia. Orang-orang politik hanya golongan yang tumpang lalu sahaja di dalam industri filem kita. Kalau kita hendak Malaysiakan semua yang kita lakukan, termasuk filem dan bahasa kita, kita akan kehilangan Melayu kita... Melayu tak ada lagi tempat di tempat lain. Di sinilah Melayu harus berdiri, dan mengukuhkan citra bangsanya, walaupun ada orang yang mengaku Melayu menyesal dengan 'keris' pusaka yang dihunusnya..


PENJURIAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA, APA LAGI?

Mahadi J Murat

Saya telah mendengar penerangan dalam beberapa 'bengkel penjurian' anjuran penganjur Anugerah Seri Angkasa, Kementerian Penerangan, penganjur Anugerah Skrin TV3 dan penganjur Festival Filem Malaysia (FFM) mengenai "Kaedah Penjurian Naim Ahmad" sebagai suatu kaedah standard yang ingin digunapakai dalam menilai pelbagai kategori anugerah di festival dan pertandingan filem dan televisyen di negara ini.

Sabtu 26 April 2008 lalu saya mendengar lagi penerangan kaedah ini dalam suatu seminar khusus untuk feedback penganjur FFM tahun ini yang diadakan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Malaysia (ASWARA). Berdasarkan pengalaman lalu kalangan juri walaupun tidak menolak formula Naim Ahmad, namun rata-rata mereka mahu lebih bebas dalam menentukan kaedah penjurian yang mereka jalankan. Umumnya amalan mengadakan perbincangan mendalam di kalangan jemaah juri sebelum membuat sebarang pemilihan menjadi preference para juri. Saya secara peribadi tidak menolak kaedah Naim Ahmad itu, tetapi kaedah penjurian dengan memberi markah berdasarkan penilaian setiap individu juri dimana pemenang dipilih daripada mereka yang mendapat markah terbanyak haruslah diperkukuhkan dengan kaedah perbincangan yang lebih teratur, menyeluruh dan telus.

Berdasarkan keadaan tersebut dan mengambil kira pengalaman saya menyertai pelbagai festival di dalam dan di luar negara dan penelitian yang saya jalankan sebagai seorang akademia di universiti sepertimana yang telah saya suarakan di seminar 26 April 2008 itu, saya ingin mencadangkan garis panduan dan kaedah yang tersebut di bawah untuk dipertimbangkan oleh penganjur FFM 2008, tahun ini:-

1. Objektif penjuran festival perlu ditetapkan terlebih dahulu (sama ada untuk "mencari kecemerlangan" atau "untuk memberi galakan"). Kedua-duanya menuntut pengisian, pengendalian dan peraturan yang berbeza.

2. Matlamat penjurian ini juga adalah sebagai panduan untuk memilih 'jenis' juri yang bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan.

3. Kaedah penjurian yang dicadangkan Dr Naim iaitu yang menggunakan markah boleh digunakan, tetapi pemberian nombor hendaklah dibuat setelah perbincangan sesama juri diadakan dengan mendalam. Hasil yang didapati daripada jumlah markah juga patut dipersestujui atau di'endorse' oleh semua juri

4. Pemberian markah juga patut dibuat "secara collective", yang bererti juri membuat keputusan memberikan setiap satu markah kepada calun-calun secara bersama berasaskan keputusan mereka memutuskan sesuatu calun itu 'deserve' atau layak menerima sesuatu markah. Collective marking ini adalah proses pemerkahan secara telus

5. Juri hendaklah mengeluarkan laporan penjurian dalam tempuh sebulan selepas festival atau penganugerahan dijalankan yang menghuraikan alasan dan ground penjurian mereka. Hasil laporan ini boleh dilihat dan di akses oleh orang ramai, untuk melihat ciri-ciri utama mengapa sesuatu filem dan calun itu menerima kemenangan. Ini sangat berguna untuk dokumentasi dan peningkatan apresiasi terhadap seni perfileman, terutama bagi karyawan, peminat, pengkaji dan pelajar-pelajar.

8. Keputusan juri adalah muktamat.

Semasa musim festival filem tahun lalu saya ada menulis di Mingguan Malaysia seminggu sebelum FFM 2007 dijalankan dan sehari selepas malam anugerah tersebut diadakan (di Mingguan Malaysia juga). Tulisan saya memberi tumpuan kepada beberapa aspek penganjuran festival tersebut yang mungkin juga berguna untuk direnungkan bagi penganjuran festival filem yang akan datang.



Thursday 1 May 2008

RESOLUSI SEMINAR "KEARAH SEJUTA PENONTON FILEM MALAYSIA"

Seminar “Ke Arah Sejuta Penonton Filem Malaysia” anjuran Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik Universiti Teknologi Mara (FACT) dengan kerjasama Finas dan Balai Seni Lukis Negara yang telah diadakan pada 29 Mac 2008, bertempat di Balai Seni Lukis Negara Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur dan dihadiri oleh seramai 200 orang karyawan, sarjana, profesional, pengamal media dan pelajar telah merumuskan perkara yang berikut.

“Bahawa, usaha yang lebih bersungguh-sungguh, terancang, jelas dan terarah hendaklah diambil oleh semua pihak yang berkenaan untuk membina kedudukan industri perfileman tempatan sehingga terpapar secara jelas imej dan wajah filem nasional Malaysia – iaitu imej filem sebuah negara-bangsa yang tersebar luas di dalam dan di luar negara. Penekanan terhadap mutu, peningkatan jumlah filem dan kepenontonan pada kadar yang sejajar dengan pertumbuhan negara perlulah menjadi matlamat pembangunan filem nasional Malaysia”.

Bagi mencapai matlamat tersebut “Seminar Kearah Sejuta Penonton Filem Malaysia” mencadangkan perkara-perkara yang tersebut di bawah diambil tindakan:-

1. Perlunya suatu program dan aktiviti terancang dijalankan bagi meningkatkan apresiasi terhadap filem tempatan di kalangan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai lapisan sosial dan pelbagai tempat di dalam negara.

2. Suatu pelan induk pembangunan filem nasional (National film development master plan) dan pelan tindakan filem nasional (National film action plan)(national film policy) hendaklah diadakan, agar semua sektor yang terlibat dengan pembangunan industri filem tempatan dapat memainkan peranan masing-masing mengikut agenda, pelan dan acuan perfileman negara. Dengan adanya master plan ini institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang banyak bilangannya dapat merancang program masing-masing selaras dengan matlamat dan pelan tindakan ini. dengan program yang khusus dan tersusun berdasarkan objektif “dasar perfileman negara”

3. Kerajaan diseru mengadakan dana bagi membiayai “filem untuk Negara”, iaitu filem-filem yang memberi penekanan terhadap aspek kandungan tempatan yang berasaskan kepada nilai seni budaya, pemikiran, falsafah hidup, dan berdasarkan sejarah, untuk menentukan konsep sinema parallel di Negara ini dapat dijayakan. Agensi kerajaan seperti Finas disaran menyediakan peruntukan untuk menerbitkan sekurang-kurangnya dua buah filem setahun (pada tiap-tiap tahun dalam rancangan Malaysia ke sembilan) dengan peruntukan purata sebanyak kira-kira RM 2 juta satu filem diadakan. Filem-filem ini adalah filem yang memenuhi definasi nasional untuk menyemarakan perhatian masyarakat dan negara terhadap filem nasional Malaysia.

4. Tahun 2020 hendaklah dijadikan tarikh matlamat sasaran penting bagi menjayakan agenda filem nasional Malaysia. Antara matlamat yang patut disasarkan ialah Filem Malaysia misalannya mengisi sekurang-kurangnya 30 peratus filem di pawagam dan 80 peratus di stesen-stesen televisyen tempatan.

5. Lebih banyak pawagam dibina, terutama di kawasan-kawasan bandar kedua (secondary town) yang penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) patut menimbangkan pembinaan pawagam-pawagam ini sebagai sumbangan dan pelaburan mereka sama seperti menyediakan taman dan kemudahan rekreasi, dewan orang ramai, perpustakaan, pusat sukan, food courts dan lain-lain. Dewan pawagam ini juga boleh menjadi dewan pelbagai guna untuk aktiviti lain sekiranya tiada filem tempatan ditayangkan. Inisiatif untuk penubuhan pawagam ini patut diselaraskan oleh pihak Finas.

6. Pembinaan sebanyak 1,000 bill boards di tempat-tempat strategic yang dikhaskan untuk filem tempatan di seluruh lembah kelang perlu dilakukan oleh pihak Dewan Bandaraya/Majlis Bandaran/Majlis Tempatan yang berkenaan. Pembinaan oleh pihak berkuasa tempatan ini wajar kerana PBT ialah pihak yang mendapat keuntungan dari cukai atau duti hiburan yang dipungut di pawagam-pawagam. Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 50,000 bill boards pelbagai saiz untuk pelbagai produk commercial telah di bangunkan di seluruh lembah klang yang telah menguntungkan pihak PBT pada masa ini.

7. Kerajaan diseru menambah jumlah dana pinjaman filem cereka yang sedia ada daripada RM50 juta kepada 100juta sebagai fasiliti kewangan untuk membantu penerbit dan pengusaha filem secara commercial membangunkan perniagaan mereka.

8. Finas khasnya diseru menyediakan pelan tindakan bagi mengangkat industri filem tempatan agar setara dengan kemajuan yang dicapai negara serantau lain seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Malaysia pada masa ini berada di belakang negara-negara tersebut dalam kontek penjanaan industri. Bagi menjayakan cadangan ini disarankan Finas melakukan kajian semula (review)merittrack record serta pencapaian yang jelas hendaklah digunakan dalam membantu Finas menjayakan objektifnya (Nota: Pada masa ini diperakui program-program yang dijalankan Finas sebahagian besarnya adalah baik dan tepat, tetapi pelaksanaan dan kaedah penyampaianya dianggap lemah oleh pengamal industri). kaedah dan pendekatan pelaksanaan program-program pembangunan yang dijalankanya. Pegawai dan mereka yang terlibat dengan sesuatu program perlulah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang tugas masing-masing. Orang-orang industri yang mempunyai dan

9. Institusi media disaran menyediakan ruangan yang lebih banyak yang menggalakan masyarakat memperkatakan sesuatu aspek yang berkaitan dengan seni perfileman dan tidak semata-mata dari aspek sensasi dan gosip sahaja.

10. Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) disaran menubuhkan pusat maklumat kepenontonan bagi rujukan kalangan penerbit dan pengkaji industri filem.

11. Finas perlu mengambil pakar-pakar dalam bidang produksi, teknikal dan pemasaran (termasuk dari luar negara) yang berperanan sebagai penasihat dan membantu penerbit dalam merancang penerbitan dan pemasaran filem mereka.

12. Dalam bidang latihan Finas patut menumpukan hanya dalam melatih tenaga pakar. Bengkel-bengkel asas yang dijalankan di Finas pada masa ini boleh dijalankan oleh institusi latihan seperti ASWARA, atau oleh persatuan-persatuan berkenaan.

13. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan hendaklah mengembalikan semula jabatan perlesenan dan penguatkuasaan Finas kepada Finas sendiri, agar akta Finas dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengasingan jabatan penguatkuasaan dan perlesenan dari Finas telah menyusahkan pelbagai pihak yang berkaitan dengan pengeluaran, pengedaran dan pemamiran filem dan menyebabkan penyelarasan yang dijalankan oleh Finas sendiri, agensi-agensi lain yang berkaitan dan persatuan-persatuan perfileman menjadi perlahan dan tidak efektif. Tidak ada bukti menunjukkan pemindahan tempat urusan lesen dari Finas ke kementerian menjadi lebih baik, kerana pada masa ini proses kelulusan lesen masih lagi dirujuk dan diputuskan di Finas sendiri.

14. Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hendaklah menampilkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya pusat filem Melayu.

Mereka yang telah membentang kertas kerja di seminar ini ialah Dr Mahadi J Murat (UiTM) “MELAKAR WAJAH SINEMA MALAYSIA – DARI MANA DAN KE MANA KITA ? “, Gayatri Pillai (Tayangan Unggul): ”PROMOTION AND MARKETING STRATEGIES – PRODUCERS PERSPECTIVE”, Norman Yusoff (UiTM): “PENGAJIAN FILEM DI IPTA/IPTS DAN INDUSTRI FILEM TEMPATAN – HALATUJU YANG TIDAK BERTEMU”, A Wahab Hamzah (Pengkritik Filem/DBP): “REALITI FILEM TEMPATAN DAN FILEM NEGARA JIRAN”, Norman Abdul Halim (PFM): “DARI LENSA PFM”, Dr Anuar Nor Arai (UiTM): “IDEA BESAR MEMERLUKAN CANVES YANG LUAS”, Ku Seman Ku Hussein (Mingguan Malaysia) “EKSPLOITASI MEDIA TERHADAP FILEM MALAYSIA”, U-Wei Hj Saari (Pengarah/Penerbit Filem):”FILEM MALAYSIA DAN FESTIVAL ANTARABANGSA”, Hatta Azad Khan (UiTM): “PENONTONAN FILEM DI PAWAGAM MALAYSIA”

Mahadi J Murat


FILEM MELAYU, FILEM MALAYSIA - DI MANA KITA?

Mahadi J Murat

PENERBITAN filem Melayu kini telah berusia hampir 80 tahun. Dikatakan telah tiba masanya untuk filem Melayu berubah menjadi filem Malaysia. Dan apakah difinasi filem Malaysia itu sebenarnya? Apa pula akan terjadi dengan filem Melayu? Adakah filem berbahasa Cina dan Tamil yang diterbitkan di Malaysia juga perlu menjadi filem Malaysia atau sebaliknya. Perbahasan dan soalan-soalan ini sudah mula berbunyi di merata tempat dan oleh generasi baru pembikin dan khalayak filem di negara ini. Kertas ini coba menjenguk isu-isu dan persoalan yang berlingkar disekitar perkara tersebut dan coba mempermukakan beberapa pandangan yang diharapkan akan memulakan dialog dan perbincangan konsktruktif dalam mencari persefahaman terhadap bentuk dan imej filem Malaysia demi perkembangannya dan masa depan seni dan apresiasi filem negara yang lebih terarah..

Latarbelakang

FILEM berbahasa Melayu, yang memperkatakan persoalan Melayu, yang membawa “cerita-cerita Melayu” dinamakan filem Melayu dan filem Malaysia. Filem Melayu yang memperkatakan masyarakat dan persoalan bukan Melayu di Malaysia juga dikelompokkan sebagai filem Malaysia. Filem Melayu automatic menjadi filem Malaysia tanpa ada sesiapa menyuruhnya atau menentukannya. Ia adalah filem nasional Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya menjadi Malaysia dalam tahun 1963.

Perihal filem Melayu menjadi filem Malaysia ini juga berpunca daripada keadaan di mana kegiatan pengeluaran filem di negara ini rata-rata berupa kegiatan pengeluaran filem yang mengenai kehidupan orang Melayu atau Malay based film story sungguhpun terdapat filem Melayu pada zaman awal kuat berpaut kepada acuan filem-filem Tamil 1933 – 1955 (Laila Majnun -Penarik Beca dsb) dan kemudian filem-filem Hong Kong malah Jepun 1962 – 1968 yang banyak diterbitkan di Studio Merdeka Kuala Lumpur. Filem-filem ini masih dianggap filem Melayu kerana ianya terbangun di atas landasan Melayu pada sudut “budaya bahasa” dan pada tingkah gerak (gestures), ruang permainan (space) dan stail pembawakan watak-watak pemainnya. Budaya bahasa landas bangsawan dengan pertuturan berlagu dalam filem Melayu awal, yang mengambil gurindam, syair, dan pantun sebagai bentuk tempo dan style pengucapan dialog-dailog misalnya, menekankan dengan kuat sudut-sudut Melayu filem-filem tersebut.


Selain filem cereka berbahasa Melayu, hampir tidak kedapatan filem dalam bahasa bukan Melayu diterbitkan di negara ini. Ini menjadikan tiada filem bukan berbahasa Melayu dan filem yang tidak membawakan persoalan Melayu dapat dirujuk sebagai filem Malaysia atau filem nasional Malaysia.


Penerimaan masyarakat terhadap filem Melayu sebagai filem Malaysia seperti yang dinyatakan diatas terjadi tanpa ditentukan oleh mana-mana kuasa atau peraturan. Kaum bukan Melayu pula tidak begitu mengambil pusing dengan keadaan ini kerana menggangap filem dari Hong Kong dan India misalnya sebagai filem mereka. Mereka menganggap filem keluaran Malaysia adalah filem untuk orang Melayu. Penglibatan mereka hanyalah sebagai pihak yang melihat kepada keuntungan kewangan sahaja. Mereka selesa dengan keadaan ini. Ini sebenarnya terdorong semenjak dari pengeluaran filem Melayu pertama lagi - kesan daripada filem dilihat hanya sebagai komoditi dagang oleh pengusahanya. Sebagai bahan dagang ia adalah market driven atau bahan keluaran yang mengikut permintaan. Pengeluarannya malah perkembangannya, hatta pembangunannya juga ditentukan oleh perkiraan perdagangan.


Risikonya filem sukar diterima dan menjadi sebagai wacana budaya yang penting bagi negara dan masyarakat, walaupun “dikuatkan”. Sebab itu terdapat pelbagai pendapat (persepsi dan mazhab) tentang filem di negara ini kerana apresiasi terhadap filem didekati dari sudut filem sebagai barang dagangan dan bukannya “filem sebagai filem”. Akibatnya filem dilihat sebagai produk impian yang diukur, dinilai dan diulas dari kacamata berbeza oleh kelompok “bijak pandai” yang berbeza jurusan kepandaian dan upaya berfikir mereka, yang kerapkali memaparkan pendapat dan fikiran yang menyempang, malah rendah, tidak cerdik obstructive dan destructive serta menyusahkan kerja-kerja melahirkan filem yang berguna kepada kematangan bangsa dan negara.


Filem sebagai filem kerap dihimpit oleh tuntutan yang bukan-bukan. Sesetengah pihak mendesak ia menjadi pemancar budaya, sesetengahnya mahukan ia menjadi pendidik masyarakat, alat propaganda malah polis moral dengan cara yang straight forward dan amat simple bentuknya seperti dalam zaman bukan “era globalisasi”. Nilai kesenian dan estetika yang kaya dalam bidang perfileman dipandang sinis dan begitu sukar dihargai.


Demikianlah susahnya mengerjakan filem dalam iklim serba sulit oleh kepandaian tidak membina ini. Namun, lebih susah ia diletakkan, lebih sulit ia dikerjakan, lebih senang ia akan ditemui dan lebih menarik pula ia akan menjadi.


Sehingga hari ini dalam usianya yang sudah lapan puluh tahun itu tidak terdapat sebuah filempun yang diterbitkan di atas perkiraan bukan ekonomi (melainkan beberapa buah filem kerajaan yang diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia (FNM) yang boleh dikategorikan sebagai filem public service yang begitu formal dan apolitical gaya pembikinannya (Gelombang, 1980; Bila Hati Telah Retak, 1983; dan Cempaka Biru, 1989).


Dengan alasan perdagangan yang disebutkan diatas dan sukarnya penerimaan filem dibacakira sebagai filem, maka kaum pedaganglah yang telah mencipta sejarah filem Melayu dan filem Malaysia hari ini. Satu aspek menarik yang patut direnungkan dalam hubungan ini ialah bagaimana orang bukan Melayu menjadi tulang belakang dan golongan yang mencorakkan sejaran filem Melayu. Orang-orang bukan Melayu termasuk yang bukan orang Tanah Melayu atau orang Malaya, yang bukan orang Singapura atau orang Malaysia yang sebelum wujudnya akta Finas (1981) memonopoli industri pengeluaran, pengedaran dan pemamiran filem-filem di negara ini telah menjadi faktor penentu keberadaan perusahaan filem Melayu di Malaysia dan Singapura dan sejarah filem yang tidak formal itu. Walaupun penontonan merupakan faktor penentunya, namun pedagang bukan Melayulah penjananya.

Nama-nama pengusaha seperti S.M.Chisty (Laila Majnun,1933 - Motilal Chemical Company) hingga kepada Run Run Shaws/Runme Shaws, Ho Ah Loke, Loke Kuan Thoo, di era filem Melayu di Singapura hingga kepada Panchacaran Nelliah, Moorothy, V. Nagaraj, David Teoh dan lain-lain lagi, adalah pengusaha bukan Melayu yang menjadi kaya raya dengan menerbitkan filem Melayu.


Merenungkan semula perbalahan antara Hamzah Hussein dan Asraf ketika penubuhan ASAS 50 dalam tahun 1950 di Singapura dahulu barangkali boleh mengingatkan kita betapa pentingnya kita memandang serious terhadap trend dan pandangan masyarakat terhadap filem-filem yang dikeluarkan sehingga ini. Hamzah yang mahukan falsafah “seni untuk seni” sebagai teras kepada perjuangan ASAS 50 berhadapan dengan desakan Asraf yang meminta “seni untuk masyarakat” dipilih sebagai falsafah perjuangan mereka. Seni untuk masyarakat yang dipertahankan Asraf dan penyokong-penyokongnya ialah karya seni yang dihasilkan dengan tujuan memberi penekanan terhadap kehidupan, cita-cita dan keinginan rakyat terhadap bangsa dan negara disamping memelihara nilai seni dan keaslian sesebuah karya. Hamzah pula berpendapat seni bukanlah senjata untuk perjuangan. Maka itu keunggulan hasil seni sebagai seni perlu diutamakan. ASAS 50 memilih seni untuk masyarakat sebagai asas perjuangan pergerakan tersebut.


Penontonan filem di Malaysia
Rakyat Malaysia yang pelbagai kaum kebanyakannya menonton hanya “filem-filem mereka” selain filem-filem Hollywood dan Inggeris yang dibawa masuk ke negara ini. Filem-filem yang bukan “filem mereka” tidak begitu diberi perhatian, melainkan filem yang berlainan, yang membawa sesuatu yang dianggap baru dalam teknik, bentuk dan isinya. Umumnya filem Melayu ditonton oleh orang Melayu dan filem Cina atau India ditonton oleh penonton Cina dan India. Filem Cina dan India yang ditonton itu ialah filem-filem yang diimpot dari negara China dan India. Kerana itu terdapat di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini, terutama generasi lama yang menganggap segala yang dipaparkan dalam filem-filem yang ditonton mereka sebagai idealisme diri dan budaya hidup mereka. Ini tentunya menjadikan mereka liat untuk mengasimilasi ciri-ciri tempatan yang wajar dalam hidup mereka sehari-hari, dan memungkinkan gangguan terjadi terhadap usaha menjalin sikap menerima dan merasa dipunyai terhadap negara dan iklim kehidupan di negara ini.


Usaha beberapa pihak mengeluarkan filem berbahasa Cina dan India dari Malaysia tidak mendapat sambutan dari kalangan masyarakat Cina dan India sendiri kerana prasangka rendah mereka terhadap filem-filem tersebut. Daya tarik filem-filem Cina dari Hong Kong, Taiwan dan China dan filem-filem dari India begitu besar sehingga menjadikan filem berbahasa Cina dan India tempatan yang coba diketengahkan beberapa orang yang mahu melihat perubahan pandangan dilihat begitu kecil dan tidak sempurna bentuknya


Keadaan yang berterusan ini menjadikan penontonan filem di negara ini begitu compartmentalized terpisah-pisah sepertimana terpisahnya sekolah-sekolah berbahasa Cina, India dan sekolah kebangsaan. Keadaan ini juga mencerminkan keadaan perpisahan budaya dan budaya bahasa di kalangan masyarakat Malaysia yang masih tidak dapat diatasi walaupun asas dan dasar negara untuk kesatuan rakyat telah diadakan sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.


Sesetengah orang berpendapat kerana Malaysia ialah negara multi-racial dan multi-cutural, maka filem Malaysia juga hendaklah bukan filem tentang Melayu dan memaparkan gambaran multi-racial, multi-cultural dan “multi-lingual”. Pendapat ini begitu benar sekali dari satu segi kerana pada realitinya sememangnya kita tidak memilikki budaya dan language-culture yang satu yang dianuti sepenuhnya oleh setiap warga, negara ini. Dikalangan orang Melayu pun masih tidak ujud budaya-bahasa yang “seragam” yang menjadi syarat berkembangnya sebuah tamadun dipenuhi. Pada praktisnya, semuanya kelihatan masih terumbang ambing.


Karyawan Filem Generasi Ke Lima
Filem sering dikaitkan dengan masyarakat yang diwakilinya, termasuk masyarakat yang di luar lingkungan khalayak pembikinnya, Dengan dunia yang begitu repressive, competative dan terbuka, filem terus menjadi aset dan alat yang tersangat penting. Eset dan alat kerana ia bukan sahaja mendokumen, menghebah dan menggambarkan cebisan kehidupan secara terpilih tetapi juga memberi difinitif kekal dari sudut yang terpilih juga tentang sesuatu yang kemudiannya menjadi sejarah. Kini, hampir tidak ada komuniti dan masyarakat di dunia yang tidak memerlukan filem untuk kekuatan dirinya.


Untuk filem benar-benar dapat bertanggungjawab terhadap masyarakat yang diwakilinya ia perlu lahir dari dalam masyarakat itu sendiri. Tenaga terbaik masyarakat ialah tenaga yang mewakikli zamannya. Generasi baru pembikin filem Malaysia masakini sebenarnya adalah generasi yang sedang berada dipersimpangan. Cita-cita golongan yang digelar the fifth generation film maker ini begitu besar dan berlainan sekali daripada yang ditampilkan oleh generasi sebelumnya (generasi pertama pembikin filem Malaysia 1955 – 1962, generasi ke dua 1963 - 1970, generasi ke tiga1980 – 1980 , generasi ke empat 1990 – 2000 dan generasi kontemporari genarisi sekarang dari digital dan sekolah baru).


Generasi ini mahu menjadikan filem segalanya. Mereka mahu filem benar-benar menjadi medium of expression, pemikiran dan sudut pandangan mereka secara bebas merentasi sempadan negara, masyarakat dan agama, budaya dan sejarah, lantas mencetus identiti baru bersandarkan realiti kehidupan masyarakat majmuk yang toleran, bebas dan benar.


Mereka menjadi penanggungjawab pembikinan filem yang mampu bersaing dengan pelbagai lapisan pemikiran yang universal. Seandainya tiada ruang yang sewajarnya untuk mereka sebagai pembikin filem Malaysia baru, bakat mereka bukan sahaja akan tersia-sia tetapi juga akan menjadi force atau tenaga yang akan menyusahkan usaha-usaha membina masa depan perfileman Malaysia yang berjaya.


Generasi baru Cina dan India yang meminati filem mulai melahirkan idea tentang masyarakat negara ini melalui filem-filem kecil format digital (yang kadangkala besar) yang mereka lahirkan sebagai bukti generasi baru Malaysia dari kalangan bukan Melayu sedang berusaha atau setidak-tidaknya ingin melihat ke dalam dalam persepsi dan definisi filem mereka. Mereka adalah generasi baru Malaysia yang lahir dan membesar sepenuhnya di bumi negara ini dan berusaha mencari ruang milik mereka untuk dicanang dan dibanggakan kalau boleh secara bersama.


Cabaran yang pasti sedang dihadapi mereka ialah usaha menarik perhatian masyarakat yang gemar memandang ke luar, dan mewujudkan semacam keyakinan di kalangan generasi mereka dari kaum Melayu yang juga sedang melahirkan filem Malaysia dari sudut pandangan baru.


Dalam hubungan ini filem Malaysia tentunya berupa filem oleh rakyat Malaysia dan yang membawakan persoalan Malaysia tanpa mengira bahasa, kaum, bangsa atau budaya yang dipaparkan dalam filem tersebut. Walaupun begitu filem Malaysia tidak bermakna filem campur aduk pada bahasa atau penampilan watak-wataknya secara tidak justified. Ia seharusnya sesuatu yang benar yang berakar umbi di bumi dan alam Malaysia yang mencerminkan budaya hidup masyarakat. Ia juga seharusnya tentang isi hati, impian, imiginasi dan sensualiti dayafikir manusia Malaysia. Dan filem Malaysia juga bukan bererti filem multi-lingual. Multi-cultural sambrono, tanpa perkiraan cinematic yang menunjukkan kehebatan idea perfileman seseorang karyawan.


Dengan kehadiran generasi baru, walaupun pada mulanya mereka menggunakan konsep penerbitan video digital, usaha untuk menyakinkan masyarakat terhadap karya filem baru dari dalam negara dapat diambil. Perkembangan ini sewajarnya disambut dengan baik kerana ia dapat memperkayakan khazanah himpunan pemikiran dalam bentuk seni visual yang berkaitan dengan kehidupan rakyat Malaysia.


Apa yang terpancar dalam sesebuah filem ialah ‘consciousness’ – ‘consciousness’ pengarah dan penulis skrip, serta ‘consciousness’ kolektif sesebuah tamadun. Apabila memperkatakan tentang tahap perfileman negara faktor-faktor yang menentukan dan mencorakkan tahap-tahap tersebut perlu sekali diberi perhatian kerana faktor-faktor inilah yang menentukan aliran dan pengisian identiti sesebuah negara. Antara faktor-faktor utama yang penting ialah:


1. modal insan

2. tabung/kewangan

3. audien

4. kekuatan identiti

5. kreativiti

6. teknologi

7. celik huruf

8. celik visual

9. celik sejarah

10. literasi sains

11. sekolah/pusat pengajian filem

12. kesedaran sejarah

13. budaya politik

14. kehalusan seni

15. kemahiran pekerja industri filem

16. kepakaran pengajar perfileman

17. tabungan idea

18. pengalaman/pemikiran/keintelektualan pengarah

19. unsur tamadun

20. budaya dan kekuatan penulisan

(Ahmad Murad Merican “Apakah Filem Memerlukan Falsafah, Pemikiran Dan Pendekatan Kurikulum, 16 Julai 2004)


Filem Melayu Patut Terus Jadi Filem Melayu?

Sesuatu yang wajar ialah melanjutkan kelangsungan filem berbahasa Melayu sebagai teras kepada filem keluaran Malaysia, kerana bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa yang tidak terdapat di negara-negara luar dari alam Melayu. Bahasa tersebut mudah diterima sebagai bahasa yang mencerminkan negara Malaysia oleh mana-mana pihak. Bahasa bukan Melayu boleh sahaja digunakan di tempat yang sewajarnya mencerminkan “kedudukan bahasa tersebut” sama ada dalam komuniti kaum yang berkaitan atau mengenai sesuatu latar yang boleh memperkukuhkan kesan sinema yang ingin dicapai oleh sesebuah filem

Dalam hubungan ini usaha untuk melahirkan filem Malaysia yang bersesuaian dan yang pendekatan serampang dua mata perlu digunakan sebagai pendekatan:-


1). Membanyakkan pengeluaran filem Melayu


2). Membina asas pengeluaran filem Malaysia dari sudut pandangan kaum-kaum lain yang membawa persoalan Malaysia.


Penerbitan filem Melayu perlu diperbanyakan dan dipertingkatkan mutunya. Ini kerana dari negara Malaysia sahajalah filem Melayu seperti yang didifinisikan di awal kertas ini dapat dilahirkan. Tanpa filem Melayu dari Malaysia boleh dikatakkan tidak adalah filem Melayu dilahirkan lagi di dunia ini. Sebab lain kenapa filem Melayu perlu terus diterbitkan ialah masih terdapat banyak lagi isu-isu Melayu (dan Malaysia) di negara ini dan di seluruh Alam Melayu atau Nusantara yang masih perlu diterbitkan dalam bentuk filem. Mengurangkan pengeluaran filem Melayu dan menerbitkan filem Malaysia atas alasan filem Malaysia perlu multi-racial dan multi-lingual akan mengenepikan suatu sumber filem yang amat cinematic dan mengecilkan sejarah dan budaya Melayu yang akhirnya akan lenyap dan tidak dikenali oleh generasi yang akan datang.


Sementara penerbitan filem Melayu diperbanyakkan, penerbitan filem dari sudut pandangan kaum-kaum bukan Melayu yang berasaskan persoalan Malaysia sebagai filem keluaran Malaysia juga patut digalakkan. Ini akan melengkapkan lagi peranan filem dalam masyarakat dan filem sebagai medium dan pancaran budaya yang amat bernilai pada negara dan bangsa.


Pelan Pembangunan Filem Nasional

Pembangunan industri filem di Malaysia secara tersusun mula dijalankan oleh pihak kerajaan dalam tahun 1981 apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ditubuhkan. Semenjak dari itu aktiviti perfileman dalam bentuk pembangunan, galakan, kawalan dan perlindungan dilaksanakan terhadap tiga sektor penting industri iaitu pengeluaran, pengedaran dan pemamiran. Dari aspek kawalan dan perlindungan dan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembangunan seperti latihan, bantuan kewangan, penganjuran program-program yang boleh menambah ilmu pengetahuan Finas boleh dikatakan telah mencapai kejayaan, terutama dari segi membantu para penerbit melalui Skim Bantuan Produksi dan Pemulangan Duti Hiburan yang sangat-sangat membantu pengeluar filem tempatan.
Kertas ini tidak berhasrat memperkatakan dan memberi komentar terhadap program-program yang telah dijalankan oleh Finas, kejayaan yang telah diraih atau kegagalan yang telah disebabkannya semenjak 25 tahun yang lalu telah banyak diperkatakan dan masih boleh dibicarakan dengan pendekatan berbeza.

Perkara utama yang menarik perhatian ialah mengenai programnya yang memberi kesan jangka panjang kepada pembangunan industri filem di masa hadapan. Perkara tersebut ialah dasar perfileman. Finas dalam usaha untuk memajukan industri perfileman tempatan telah mengadakan dua tahap tindakan mengenai dasar perfileman negara. Pertama dalam tahun 1989/90 ketika menggubal dasar tersebut oleh sebuah panel yang dipengerusikan oleh Tun Ghazali Shafiee. Ke dua dalam tahun 2004 apabila dasar tersebut di review dan diperkemas lagi bersesuaian dengan konsep dan objektif baru pembangunan filem di Malaysia.


Walaupun dasar perfileman negara dengan jelas memperkatakan halatuju dan matlamat pembangunan filem yang ingin dicapai negara, tetapi tidak pula tertera di dalam kertas dasar berkenaan apakah rupa bentuk atau wajah atau objektif industri filem Malaysia pada tahun 2020 nanti. Pada pendapat saya adalah penting matlamat perfileman negara pada tahun 2020 itu ditetapkan agar ia boleh menjadi objektif nasional yang selaras dengan matlamat pembangunan negara dalam bidang lain. Ini kerana seluruh jentera pembangunan digerakkan kearah tercapainya matalamat negara maju bagi Malaysia pada tahun tersebut. Dan sebagai sebuah negara maju apakah kedudukan filem tempatan pada waktu itu. Tentulah wajar sekali ditetapkan sasaran dan matlamat filem Malaysia pada tahun tersebut misalnya penguasaan sekurang-kurangnya 30% pasaran dalam negeri setidak-tidaknya.


Perkara yang terutama dan terpenting dan berkaitan dengan dasar tersebut ialah penetapan jadual atau pelan induk pembangunan filem nasional atau national film development masterplan bagi mencapai matlamat dasar tersebut diadakan. Dengan adanya pelan tersebut dapatlah semua sektor industri filem menggunakannya sebagai rujukan.


Pada hari ini khalayak filem dan masyarakat belum lagi melihat pelan tindakan yang disebutkan itu, sama ada ianya ada atau sememangnya tiada.


Meluaskan Program Apresiasi “Filem Tempatan”

Secara Berstruktur Dan Meluas Di Seluruh Negara

Langkah lain yang patut juga diambil oleh semua pihak yang berkenaan ialah memperluaskan program apresiasi terhadap filem keluaran tempatan secara berstruktur dan berjadual, agar perhatian terhadap filem-filem tempatan di kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.


Meningkatkan apresiasi terhadap filem tempatan adalah perkara yang tersangat penting memandangkan jumlah penonton filem tempatan yang teramat rendah bilangannya.


Dari jumlah penduduk seramai 26 juta orang rakyat Malaysia yang menonton filem tempatan hanyalah seramai 200 – 300 ribu orang sahaja, berbanding dengan negara yang lebih kecil seperti Republik Czech misalnya yang mempunyai penduduk seramai 10 juta orang tetapi merekodkan jumlah penonton filem tempatan seramai 1 juta orang.


Sekiranya ada program menambah bilangan penonton seramai 1 juga orang bagi rakyat Malaysia tentulah wajah filem industri filem di negara ini akan berubah, apalagi sekiranya negara mengorak langkah seperti negara Korea Selatan yang mengenakan quota untuk filem tempatan di negara mereka.


Keadaan kini sebenarnya amat membimbangkan kerana generasi penonton yang dahulunya menjadi penonton setia filem tempatan sudah meningkat dewasa dan berusia. Kalangan ini tidak lagi menonton filem di pawagam. Generasi baru yang mengunjungi pawagam adalah generasi yang mempunyai persepsi berbeza dan mempunyai pendedahan dan trend menonton yang berbeza paten kepenontonan mereka. Sekiranya tidak ada program berterusan bagi menggalakkan apresiasi terhadap filem Malaysia dikhuatiri bilangan penonton yang kecil tidak dapat mempertahankan kedudukan filem-filem tempatan. Hanya dengan program tetap, berterusan dan terancang program ini dapat membantu keadaan penontonan filem-filem tempatan di negara ini. Peristiwa dalam bidang persuratkhabaran di mana akhbar tulisan jawi yang pada suatu masa dahulu menjadi akhbar utama negara akhirnya terpaksa menjadi anak yatim yang diangkat oleh pelbagai kalangan hatta untuk hidup seminggu sekali secara menumpang begitu sukar sekali. Yang sedihnya, tiada kesedihan di wajah orang Melayu sendiri melihat cermin kelunturan diri mereka.


Meningkat Dan Menyebarluaskan

Minat Terhadap Budaya Bahasa Dan Persuratan Melayu

Selain dari program apresiasi filem, program untuk meningkat dan menyebarluaskan budaya bahasa dan persuratan Melayu terutama di sekolah-sekolah melalui program tertentu akan juga dapat membantu meningkatkan minat masyarakat terhadap seni perfileman. Program ini juga boleh dijalankan secara berterusan dan berjadual agar minat mereka yang berkenaan dapat dipupuk dan diperluaskan.

Pemupukan minat terhadap seni budaya dan persuratan Melayu akan menumbuhkan minat masyarakat terhadap seni dan cerita-cerita Melayu yang akhirnya akan memperkukuhkan pandangan mereka terhadap karya, hasil penulisan dan filem Melayu. Dengan tumbuhnya naluri mengapresiasi seni Melayu, masyarakat juga boleh mengapresiasi karya seni dalam bahasa dan budaya lain.


Program Latihan, Teknologi, Rangkaian Serantau Dan “Tabung” Galakan Karyawan Muda


Perkara-perkara lain yang berkaitan ialah pendedahan kepada segala aspek pembangunan yang dijalankan secara berterusan, termasuk latihan lanjutan untuk mereka yang sedang memberi perkhidmatan, memperkukuhkan jalinan dan mengadakan kaedah tetap perhubungan peringkat serantau, terutama dengan negara-negara di rantau Nusantara. Jalinan hubungan ini akan memperkukuhkan rangkaian dan membina ruang untuk filem keluaran Malaysia diapresiasikan dengan lebih luas lagi di peringkat serantau.


Selain dari itu satu perkara yang sangat penting diadakan ialah mengadakan tabung galakan karyawan muda. Tabung ini boleh menjalankan pelbagai kegiatan dari bantuan untuk penerbitan filem-filem tertentu hingga kepada pemberian dana untuk bakat-bakat baru yang benar-benar berpotensi mengarah filem karya mereka sendiri. Tabung ini juga boleh digunakan untuk bakat-bakat baru menulis skrip atau membangunkan idea filem mereka. Dengan demikian tenaga pelapis dalam industri filem tempatan dapat dikesani dan diketengahkan.


Penutup

Kertas ini tidak mencadangkan sebarang rumusan sebagai penutupnya, tetapi mengajak perkara-perkara yang ditumbulkan diatas dibincang dan didailogkan berterusan. Isu dan masalah dalam industri filem sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan peringkat. Selagi ada usaha untuk memantapkan kaedah dan isi filem-filem yang dikeluarkan, selagi itu ada ruang yang tiada batas bagi filem Malaysia untuk berada dipersada dunia perfileman yang tiada sempadan itu.

Wallah hu alam.