Monday 25 May 2009

Inspirasi Chin Peng

DI DUNIA ini hukuman bagi orang yang melakukan pembunuhan ialah "mati".

Sesiapa sahaja yang membunuh orang lain, hukumannya adalah mati. Itu hukuman standard bukan sahaja di Malaysia, Singapura, dan negara-negara lain termasuk yang dikendalikan di "The International Court of Justice (ICJ)", mahkamah dunia di The Hague, Belanda; di Amerika pun, di Britain, di Jepun, di Korea juga dan di kebanyakan negara lain hukumannya mati juga. Paling ringan penjara seumur hidup atau penjara untuk jangka masa panjang. Sadam Hussein di Iraq - seorang pemimpin negara, yakni orang yang pernah berjasa pada negara pun dihukum mati apabila didapati bersalah membunuh (walaupun pembunuhan dilakukan melalui orang lain).

Di banyak negara termasuk di Malaysia, anggota polis yang membunuh orang lain juga dihukum mati

Chin Peng, seorang komunis yang juga membunuh banyak orang ketika menjadi kepala pengganas dahulu tentulah tidak terkecuali, walau apapun alasannya.

Hukuman mati sepertimana hukuman mati yang dikenakan kepada pemimpin regim Pol Pot di Laos, kumpulan "Al-Makunah", "Botak Chin", adalah kewajaran untuknya.

Bawalah dia kembali ke "tanah air yang dicintainya" ini.

Walaupun Chin Peng dikatakan sudah tidak berbahaya tetapi "simpati dan saranan untuk mengubah pandangan sebagai orang bersalah kepadanya" adalah lebih berbahaya lagi

Hati-hatilah dengan gerakan "Gerakan" yang lupa diri, tumpul hati, tak faham di mana bumi dipijak dan di mana langit dijunjung ! (kliks di sini)

Sunday 24 May 2009

OBAMA bumiputera Amerika ?

SAYA pelik mengetahui pejuang perkauman Hindraf yang juga ahli dewan undangan negeri DAP di Selangor; yang baru dibebaskan dari tahanan ISA, S Manoharan mendesak agar status kaumnya (dan kaum-kaum bukan Melayu lain) yang lahir selepas merdeka ditakrifkan sebagai bumiputera.

Rasa pelik saya disebabkan pertama; manusia yang berbangga dengan keturunan, warisan dan budaya hidup yang mereka pusakai biasanya mahukan budaya dan peradaban kaum mereka terus dikekalkan, khususnya pada "nama" dan "wajah" mereka. Kedua; wajah (atau looks) dan perawakan sesuatu kaum itu tidak akan berubah dengan menjadi bumiputera misalnya; hanya kerana status yang diberi kepadanya. Tidakkah dia atau kita semua dari kaum yang berbeza mahu terus menjadi "kita" walau dimanapun kita berada?

Mengambil contoh di Amerika Syarikat misalnya. Presiden Barack Obama sendiri mengaku beliau adalah "African American", walaupun ibunya orang tempatan dan beliau sendiri dibesarkan oleh nenek kulit putihnya. African American, Jews American, Arab American, Asian American, Chinese American, Latino masih kekal dengan "nama" kaum mereka. Mereka berbangga terus menjadi kaum emak ayah, nenek moyang mereka walaupun nama kaum African American misalnya rendah martabatnya sebagai gulungan hamba abdi asalnya.Tetap mereka tetap berbangga dengan kaum dan keturunan mereka dan tidak mahu menjadi "orang lain".

Untuk status seperti di Amerka itu kita sudah ada. Cina dan India di negara ini adalah "Cina Malaysia" dan "India Malaysia", atau di Singapura "Cina Singapura" atau "Melayu Singapura". Status dan panggilan itu adalah status yang terjadi dengan sendirinya. Berbangga dengan apa yang ada pada kum sendiri, lebih-lebih lagi bagi kaum Cina dan India yang mempunyai warisan tamadun dan kebudayaan yang begitu kaya, panjang dan sangat pelbagai.

Tolong jangan silap Obama menjadi presiden Amerika bukan kerana dia bumiputera Amerika atau kerana dia African American. Dia menjadi presidan kerana "kesetiaannya, kebolehannya, serta ciri-ciri Americannya" yang meyakinkan sebahagian besar rakyat Amerika. Pada namanya pun Obama sangat tidak American bunyinya. Dia juga tidak dipilih menjadi presiden kerana memperjuangkan sekolah dalam bahasa "sawahili", iaitu bahasa pusaka Africannya..kerana yang demikian itu tidak kena pada tempatnya. .

Monday 18 May 2009

Satu sekolah untuk semua

Saya merasa amat gembira membaca blog "Rocky's Bru" hari ini 18 Mei 2009
mengenai kempen
"Satu Sekolah Untuk Semua".

Idea mengenai satu sekolah untuk semua ini selari dengan cadangan dalam tulisan saya pada 18 April 2009, bertajuk "Satu Malaysia Apa ?..".yang disertai cadangan mengenai bentuk dan rupa wajah satu sekolah untuk semua. Saya rasa cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah oleh kerajaan kerana tidak perlu membawa usul tersebut ke parlimen, atau memerlukan undang-undang baru. Undang-undang yang sedia ada telah boleh diguna pakai.

Kandungan tulisan saya itu juga telah saya maklumkan melalui SMS kpd Menteri Pelajaran Malaysia (Timbalan Perdana Menteri) YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk perhatian beliau.

Topik yang sama juga telah saya kemukakan dalam program bual bicara di "Astro Awani" pd 19 April 2009 jam 8.00 - 9.00 mlam, dan di "Bernama TV" pada 12 Mei 2009, dalam rancangan Helo 10.00-11.00 mlm yang turut disertai perbincangan penonton pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak. Rata-rata semua menyokongnya, kerana konsep satu sekolah untuk semua yang saya cadangkan tidak "menelan" bahasa dan budaya bukan Melayu, disamping memperkasakan bahasa, persuratan dan seni budaya tempatan.

Saya berharap semua rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan negara ini menyokong kempen ini, dengan menyatakan sokongan anda di sini

Mudah-mudahan usaha membina bangsa dalam konsep 1Malaysia yang saya percaya semua orang mahu dapat direalisasikan


Saturday 9 May 2009

Finas Chairman

SOMEONE asked me what is the right background for a person suitable to be appointed as non executive chairman for an agency like Finas. I said, as non executive appointee the chairman sole function is more of a chairperson, who chaired board meetings, as well as fulfilling the ceremonial responsibilities on behalf of the agency. The main objective of his position is to make good the role of the Chief Executive or The CEO, or in the case of Finas the Director General (DG). The chairman is not above the DG in day to day running of the agency because he has no executive (execution) power to exercise. His only authority legally speaking is on the board meetings.


As such the suitable person to be chair of Finas is someone who understand government work, government policy and objectives. Having some experience on organizational management, a “humorist”, a good PR person and of course good "speaking" ability as an added points.


He need not be someone with the so called “film qualification” or “film making” experience, or someone with vast experience in film industry (i.e producer / manager, etc., or any job in the management side). BUT his understanding of the present states of the local film industry, as well as its development in the region and the international arenas will be of great contribution; what more if he is an avid film goer.


Of course he must also "be seen" as a hard core supporter of the present government, as well as an UMNO member (orang Melayu kalu ).



Friday 1 May 2009

Industri filem Malaysia tidak ada "leadership"

SATU sebab mengapa filem kita masih tidak kemana ialah kerana industri filem kita tidak ada "leadership". Kita juga tidak ada "film thinker" untuk memacu hala tuju kegiatan kita dalam bidang ini.

Tidak ada leadership bererti tidak ada orang atau pemimpin atau peneraju yang telah berjaya membawa, membimbing, menarik dan meletakkan filem kita di tempat yang sewajarnya secara jelas; sepertimana negara-negara Asean lain sepeti Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Filipina dan sebagainya. Kerana itu filem Malaysia "tidak kelihatan" di tempat-tempat lain".

Walaupun ada beberapa kerat yang telah sedikit sebanyak menyumbang secara sendiri di festival-festival antarabangsa, namun sumbangan mereka hanyalah event sesekali yang dianggap tidak cukup besar untuk menyerlahkan dengan jelas budaya filem kita di mata orang lain, atau di dunia.

Di mana salahnya?. Tanya seorang pelajar. Kita kan ada "nama-nama besar" yang telah diberi pengiktirafan dengan pelbagai anugerah sebagai tokoh. Di mana sebenarnya sumbangan mereka ini. Apa sebenarnya yang telah mereka lakukan sehingga mereka digelar "tokoh". Tokoh tanpa apa-apa bukan tokoh, kan? Takkanlah standard yang kita guna pakai serendah fikiran kanak-kanak bermain pondok-pondok.

Seorang pelajar yang membuat disertasi sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia memberitau saya agak sukar bagi dia membuat senarai pelakon utama filem Malaysia pada masa ini. Katanya bila di cari-cari, disemak-semak pelakon utama lelaki tak sampai 4 orangpun, pelakon perempuan pun tak sampai 5 orang. Pengarah filem tak sampai 5 orang, penerbit yang betul-betul penerbit hanya 3 orang sahaja. Bagaimana ini? Kata dia filem kita pun sukar nak disenaraikan. Adalah tiga empat buah filem yang ada rupa filem, katanya.

Jadi mana industrinya? Mana pencapaiannya? Bagaimana kita mengangkat tokoh tanpa industri mencapai kejayaan. Takkanlah industri filem setelah Finas berusia hampir 30 tahun masih teraba-raba?

Saya juga terfikir, apa sebenarnya yang telah disumbangkan oleh the so call tokoh-tokoh filem itu dan pemimpin-pemimpin persatuan yang dijulang sebagai tokoh oleh orang-orang kerajaan.

Saya selalu berpesan kepada pelajar-pelajar agar menghujah secara saintifik fakta-fakta (yang berbukti) dalam kerja-kerja akademik dan penyelidikan mereka. Sebarang informasi yang tidak dapat dibuktikan tidak boleh diguna pakai dalam menyimpulkan sesuatu perkara.

Kalau tidak ada bukti, tidak ada track record tidak adalah pemimpin dan tidak adalah yang telah kita capai; dan jangan sekali-kali menerima bulat-bulat apa yang digembar gemburkan oleh media atau "politician" yang sibuk membina persepsi diri mereka dengan bercakap kosong.

Jadi siapa pemimpin industri filem kita. Siapa tokoh filem kita sebenarnya ? Ada tidak.