Friday, 14 November 2008

Geli tengok wanita main politik

SAYA dan beberapa orang rakan
yang terdiri dari seorang pakar bedah tulang, seorang jurutera petrolium, seorang guru sekolah, seorang ustaz lepasan Al-Azhar dan seorang wartawan kanan sebuah akhbar tempatan terperangkap dalam pertengkaran panjang malam kelmarin, kerana merasa "geli" dengan kelaku kaum ibu UMNO yang lupa diri, dan kelihatan telah hilang santun Melayu mereka.

Ahli-ahli wanita dari seluruh negara telah membuat pencalonan untuk memilih barisan pemimpin mereka pada mesyuarat perwakilan UMNO Mac 2009, tetapi tiba-tiba exco wanita dikatakan oleh ketuanya telah memutuskan tidak ada pertandingan untuk kali ini selepas suatu mesyuarat exco yang panjang.

Ertinya, exco membuat keputusan melewati kuasa majoriti ahli-ahli

Dari "body language" dan "facial expression" serta nada suara Rafidah Aziz, Ketua Wanita yang mengumumkan keputusan mesyuarat exco itu dapat dibaca dan difahami bahawa Rafidah sebenarnya begitu sukar untuk menerima kenyataan yang beliau akhirnya terpaksa melepaskan jawatannya. Itulah realitinya.

Pagi tadi dalam satu mesyuarat di Bahagian Berita RTM di Angkasapuri saya telah bercakap dengan sahabat saya Dato' Chamil Wariya tentang kekalutan yang sedang melanda UMNO masa kini sebenarnya adalah berpunca daripada sayap-sayap UMNO seperti wanita, pemuda dan puteri yang diberi jawatan tinggi dalam kerajaan. Sebab itu politiknya membunuh. Semua hendak menjadi pemimpin untuk dapat jawatan.Apa kata kalau semua pemimpin sayap wanita, pemuda dan puteri tidak diberikan apa-apa jawatan dalam kerajaan. Dan hanya menjadi jentera kerja untuk menjayakan perjuangan politik di tempat masing-masing. Tidakkah ini yang dinamakan perjuangan?

Chamil merenung saya, senyum dan mengangguk-angguk sahaja. Itulah sebenarnya yang menyebabkan saya dan kawan-kawan bertengkar di kedai mamak dengan menghabiskan beberapa gelas teh tarik yang mungkin menyebabkan sugar level kami naik!

0 comments: