MCA membidas seruan dewan pemuda PAS agar dikekalkan ekuiti 30 peratus bumiputera dalam dasar ekonomi kerajaan.
Dasar 30% itu ialah dasar parti BN yang MCA adalah anggotanya. Dan kini salah sebuah parti lawannya yang berada dalam pakatan rakyat mahukan dasar tersebut dikekalkan. Mengapa MCA membantah. Dia membantah orang menyokong dasar yang mereka dokong. Mengapa.
Nyatanya MCA sememangnya duri dalam daging kepada UMNO, dan kepada kerajaan BN.
Mereka membuat kecuh pertama kerana mereka tidak ada idea bagaimana menghadapi suasana baru politik negara. Kedua kerana mereka takut kepada andaian UMNO dan PAS menggabungkan "kuasa Melayu + Islam" di parlimen.
30% ekuiti untuk orang Melayu itu sebenarnya bukanlah tinggi jika dibandingkan dengan ada 70% lagi bahagian untuk orang bukan Melayu dan lain-lain. Yang 30% bahagian Melayu itupun sebelum ini dipulon sebahagian darinya oleh taukeh-taukeh bukan Melayu kaum kerabat MCA juga. Barangkali kerana adanya partner jenis ini dalam keluarga BN lah yang menyebabkan dasar meningkatkan kedudukan bumiputera dimasa lalu di"terencat"kan oleh ahli dalam kerajaan sendiri.
Dalam keadaan sekarang saya rasa ahli-ahli MCA mungkin patut masuk jadi ahli kelab penyokong pas untuk mengetahui apa sebenarnya yang diperkatakan PAS dalam kontek ini..dan boleh memikirkan bagaimana cadangan tersebut boleh diterencatkan juga..
Saturday, 6 June 2009
MCA takut gabungan PAS dan UMNO dalam parlimen
Posted by MAHADI J MURAT at Saturday, June 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Meritokrasi... lebih adil untuk semua.
Semua boleh belajar bekerja keras dengan membanting tulang sendiri dan tidak payah mengharapkan sedekah dari 30%.
Cakap senang bagi mu,bila agaknya anak-anak kita tidak perlu lagi jadi pengemis minta sedekah dari sesiapa pun.Masa itulah bangsa kita boleh bersaing dgn semua.Kita mesti berusaha menjadikan ini realiti cepat,jadi bagi kamu yg tidak mahu berubah, tolong senyap sikit.
Fahami dulu apa yang dikatakan "ekuiti 30%" itu. Belum pernah kerajaan memberi kekayaan negara sama ada dalam bentuk wang atau harta benda sebanyak 30% kepada siapa sahaja yang bernama Melayu dgn begitu sahaja. Sebahagian besar Melayu tidak menerima apa-apa kerana tidak mempunyai merit atau kelayakan. Meritnya sebagai Melayu yang dikatakan diperuntukan 30% itu lain konotasinya. Dan kerana tidak ada merit serupa itulah juga "orang-orang yang dikatakan bekerja kuat" seperti Kuok Brothers, Ananda Krishnan, Vincent Tan, Jefferey Cheah, dan ramai lagi bukan Melayu menjadi kelompok terkaya di negara ini. Mereka semua tidak mendapat faedah dari ekuiti tersebut tetapi menjadi kelompok terkaya. Sebaliknya tidak ada Melayu yang kaya seperti mereka walaupun dikatakan mendapat ekuiti 30% itu. Pokoknya semua pihak begitu mementingkan diri sendiri; menuntut mana-mana kebaikan yang diperolehi oleh pihak lain digantikan dengan kaedah lain yang menguntungkan mereka.
Hamdan
Post a Comment