PAS dengan desakan "DAP dan PKR yang kelihatan bimbang" membatalkan cadangannya sendiri untuk mengadakan "unity talk" dengan UMNO. Pembatalan ini mencerminkan kesetiakawanan ketiga-tiga parti itu dalam melemah, memberi persepsi negatif dan memecahkan benteng kedudukan UMNO yang semakin baik di mata rakyat. Walaupun perbincangan itu dibatalkan namun keinginan dan keyakinan kepada kebaikan perbincangan itu masih ada dalam hati pemimpin-pemimpin kanan PAS.
Setakat ini pendirian UMNO jelas. Reaksi pemimpinnya dalam perkara uniti Melayu/Islam untuk uniti seluruh rakyat Malaysia kemudiannya sangat baik, konsisten dan membayangkan pendirian yang boleh membawa kabaikan. Rakyat memerhatikan ini.
Yang peliknya sementara Pakatan Rakyat menolak "unity talk" pada masa yang sama mereka meminta orang yang mereka tak ndak berbincang itu untuk "mempercepatkan pembinaan jambatan ke dua", mempercepatkan "membina monorail" dan infrustruktur lain di negeri-negeri tadbiran mereka. Mereka juga menuntut untuk mengurus air sendiri, meminta peruntukan kewangan agar tidak terpaksa menjual reserve balak untuk dapatkan wang. Tidak kah kalau dengan unity talk itu semua perkara ini boleh dibincangkan sekali.
Sekarang, ada pula pemimpin mereka yang berkeras menentang perbincangan PAS - UMNO mengajak presiden UMNO berdebat pula. Menteri Besar negeri Kedah yang dibawah pemerintahan PAS kata debat itu bagus kerana akhirnya akan jadi pertemuan yang berupa perbincangan.
Nah, bagaimana ini. Perbincangan untuk perpaduan tak mahu diadakan. Sekarang perdebatan pula dicadangkan?
Dalam dunia ini bagaimana kuat pun sesuatu pihak itu bermusuh, akhirnya perbincangan juga yang menyelesaikan segala kekusutan. Lihatlah sejarah di mana juapun, hatta pada zaman Nabi sekalipun. Muzakarah, muhabalah, perbincangan dan perdebatan adalah "contact" atau "pertemuan" yang boleh membuka jalan penyelesaian kekusutan.
Sementera rakyat "dikatakan" menolak UMNO / BN rakyat sebenarnya menilai semua orang. Parti-parti Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka juga sedang diperhatikan dan dinilai oleh rakyat. Bagaimana rakyat memandang UMNO / BN begitu jugalah rakyat meneliti PR / Pas, PKR, DAP. Percayalah
Sunday, 28 June 2009
"Unity Talks" tak mahu tapi "jambatan ke 2 minta.." Apa ni Guan Eng
Posted by MAHADI J MURAT at Sunday, June 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment