Wednesday, 16 September 2009

Discovery Channel yang tak reti "discover..."

MEREKA mahu produks kita diterbitkan menurut “perspektif dan sudut pandangan mereka”. Mereka mahu menentukan wajah bagaimana yang patut dilakarkan untuk diri, bangsa dan budaya kita.


Bukan baru ini sekali Discovery tidak berupaya discover apa yang sebaiknya untuk kita, dulu pun mereka sudah buat. Filem dokumentari “Becoming A King” mengenai pertabalan Sultan Mizan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia juga sama sahaja kesan negatif dan kekjengkelan kerja mereka dalam filem tersebut, seolah-oleh kita tidak ada identiti dan kebanggaan sendiri.


Itu jawapan saya apabila ditanya oleh DJ Radio 24 Kam Kamaruddin semalam mengenai pendapat saya tentang angkara yang terjadi akibat dari penerbitan sebuah dokumentari pendek mengenai “tarian pendet Indonesia oleh Discovery Channel yang mengatakan tarian tersebut sebagai tarian Malaysia sehingga menyebabkan gerakan sweeping” iaitu kempen menikam dengan buluh runcing rakyat Malaysia di Jakarta.


Saya selalu mengingatkan kawan-kawan dan pelajar saya tentang pentingnya kita memandang berat tentang “contents” atau bahan kandungan filem dan karya yang kita lahirkan, apa sahaja bentuknya; kerana dalam era komputer kini bahan-bahan siaran yang kita lahirkan dengan mudah menjadi bukti upaya pemikiran kita yang sebenarnya. Dalam hal ini kita tidak harus terlalu fascinated, terpesona atau kagum sangat dengan budaya fikir “orang luar” sehingga hendak bercerita tentang aspek kehebatan sistem beraja kita sendiripun kita mengikut sahaja apa yang mereka putuskan.


2 comments:

fadz said...

Salam Dr. Menarik perkara ni. Saya juga sudah menonton dokumentari Becoming A KIng itu tapi di bahagian mana ya yang nampak faktanya dipusingkan?

MAHADI J MURAT said...

Bukan soal fakta, tetapi struktur kandungan dan isi dokumentari tersebut yang tidak mengemukakan "identiti dan pemikiran" kita sebagai suatu bangsa. Lihatlah apa yang ditonjolkan dokumentari tersebut? Orang puteh yang menghias itu ini, yang menggunakan hiasan, lampu dan lain-lain yang direka dan dibawa dari Itali dan Peranchis, misalnya. Mana dia seni ketukangan Melayu, mana dia warisan yang mencerminkan rekacipta istana Melayu yang kita banggakan, sedangkan filem tersebut diterbitkan oleh Kementeraian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Aspek yang penting tentang salsilah raja-raja Melayu dan susunan kedudukan istana juga tidak ditonjolkan. Bagaimana kita mahu dipandang tinggi kalau dokumenteri mengenai raja kita yang kita pandang tinggi penuh dengan perkara yang tidak begitu mencerminkan siapa kita. Inilah bendanya