Saturday, 17 July 2010

HAPUSKAN UPSR DAN PMR BAGUS..

Saya dijemput menghadiri sidang meja bulat mengenai cadangan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR oleh kementerian pelajaran.

Walaupun saya tidak pernah memikirkan soal kedua-dua peperiksaan ini di masa lalu, namun ianya amat selari dengan cadangan-cadangan saya di masa lalu bahawa usaha untuk memperkasakan dan menjadikan sekolah kebangsaan sebagai tempat belajar paling menarik bagi semua kaum. Saya pernah menyebut dalam blog ini betapa apa yang terbaik di sekolah cina, dan sekolah-sekolah lain diadakan juga di sekolah kebangsaan akan membantu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolahyang dituju oleh semua orang.

Saya amat menyokong cadangan menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR itu kerana ini juga akan dapat menambahkan lagi daya tarik dan nilai sekolah kebangsaan, sebagai sekolah utama negara.

Dengan tiadanya lagi peperiksaan UPSR dan PMR tiap-tiap sekolah sebenarnya boleh menumpukan perhatian kepada menjadikan sekolah masing-masing sekolah yang berjaya. Saya menyebutkan ini kerana diketika sijil UPSR dan PMR tidak ada orang akan memberi tumpuan kepada "report card sekolah" sebagai sumber menilai pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar ini adalah pencapai yang datangnya dari aktiviti dan penilaian yang dijalankan sendiri oleh pihak sekolah. Report card adalah statement yang lebih berkeridabiliti dari peperiksaan yang selama ini hanya menjadikan pelajar sejenis makhluk yang hanya menelaah mata pelajaran yang sebahagian besarnya tidak menjadikan mereka mahir tentang sesuatu perkara.

Cumanya suatu keadaan yang uniform bentuk penilaiannya patut dicari agar nilai yang diberi dari report card dapat diterjemahkan sebagai pointer untuk gred  pembelajaran. Barang kali wajar juga di peringkat SPM apabila seseorang pelajar menamatkan pengajian mereka akan memilikki sijil penilaian akademik (peperiksaan SPM) dan satu lagi sijil yang diterjemahkan dari report card sekolah sebagai pointer grde pembelajaran bukan akademik mereka.

Suatu aspek lagi yang saya rasa perlu dipertimbangkan ialah mewujudkan semula lembaga pengurus sekolah seperti di masa-masa lalu. Lembaga pengurus sekolah ini yang terdiri dari wakil masyarakat setempat akan menjadi pihak yang membuat polisi mengenai imej sekolah dan budaya pembelajaran bukan akademik yang mengukuhkan komuniti masing-masing. Ini juga dapat membantu menjadikan sekolah kebangsaan sekolah yang membawa imej masyarakat yang dimaui oleh masyarakat setempat.

Lanagkah-langkah ini sebenarnya dapat membantu membina konsep satu sekolah untuk semua yang patut diusahakan bersungguh-sungguh oleh semua pihak

Wallah hu alam

0 comments: