Friday 2 May 2008

FILEM P RAMLEE BUKAN FILEM MALAYSIA ?

Mahadi J Murat

Sahabat saya Mansor Puteh di Seminar Pembangunan Industri Filem 26 April 2008 lalu telah membuat kawan-kawan tercengang sebentar apabila mengatakan kalau kita sibuk bercakap tentang filem Malaysia, kita sebenarnya seolah-oleh menolak filem-filem P Ramlee di Singapura dan filem-filem lain yang diterbitkan oleh Show Brothers dan Cathay Keris (1955-1960++) sebagai filem kita. Singapura sendiri menyenaraikan semua filem-filem tersebut sebagai filem mereka. Sama dengan kawan-kawan yang lain saya menegaskan kepada Mansor selepas seminar tersebut filem kita ialah filem Melayu. Tak osahlah kita kisahkan sangat tentang politik yang hendak menjadikan filem Melayu sebagai filem Malaysia. Orang-orang politik hanya golongan yang tumpang lalu sahaja di dalam industri filem kita. Kalau kita hendak Malaysiakan semua yang kita lakukan, termasuk filem dan bahasa kita, kita akan kehilangan Melayu kita... Melayu tak ada lagi tempat di tempat lain. Di sinilah Melayu harus berdiri, dan mengukuhkan citra bangsanya, walaupun ada orang yang mengaku Melayu menyesal dengan 'keris' pusaka yang dihunusnya..


0 comments: