Thursday, 29 May 2008

PILIHAN RAYA UMUM BARU? BENARKAH

BANYAK pihak mentelah pilihanraya umum mengejut besar kemungkinan akan diadakan sekiranya keadaan politik sekarang tidak berubah dan ancaman Pakatan Rakyat memikat ahli parlimen Barisan Nasional menjadi kenyataan. Pilihanraya umum sebenarnya tidak akan menguntungkan BN selain hanya berupa kesempatan kepimpinan BN mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak sealiran dengannya. Kelima-lima negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing. Mereka baru sahaja mendapat mandat dan kuasa, dan belum lagi "berjasa" kepada rakyat. Sekiranya pembubaran parlimen dan kerajaan pusat berlaku malah akan disertai secara aktif oleh pakatan sebagai kerajaan di negeri-negeri masing. Dengan perbalahan dan perpecahan di dalam BN akan bertambah kerana segulungan orang lagi tidak akan dipilih menjadi calon, peluang untuk pakatan untuk melebarkan kuasa dan jajahan mereka akan lebih terbuka, lebih-lebih lagi sentimen pengundi terhadap kedua-dua pihak masih segar lagi.

Langkah terbaik yang mungkin patut dibuat oleh pucuk pimpinan kerajaan pusat dan BN untuk mendapatkan semula sokongan ahli dan masyarakat ialah dengan mengadakan lawatan dan pertemuan terancang dengan ahli-ahli cawangan di bahagian-bahagian di seluruh negara. Ini patut diutamakan. Dalam dua bulan semua bahagian akan di'dekat'kan dan suatu bentuk baru komunikasi langsung antara bahagian dengan pejabat Presiden UMNO mungkin dapat dipergunakan untuk mengukuhkan jalinan ini

0 comments: