Monday 22 September 2008

Royalti untuk pelakon?
DUA minggu lalu saya ditanya seorang wartawan Mingguan Malaysia mengenai pendapat saya terhadap keputusan RTM mengikut jejak TV3 yang mengambil "total right" atau hak sepenuhnya apabila membeli program televisyen dari penerbit tempatan.

2. Saya katakan tidak ada isu yang timbul selagi penerbit bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh stesyen televisyen. Tetapi, saya mengingatkan juga tentang perlunya penerbit berhati-hati kerana penyerahan total right kepada stesyen televisyen mungkin bercanggah dengan perjanjian mereka (penerbit) dengan pelakon, penulis skrip dan pengarah. Kalau ini berlaku penerbit mungkin menghadapi musibah yang berpanjangan, kerana kalangan pelakon, pengarah dan penulis skrip adalah antara kumpulan yang mengguna pakai akta harta inteleks dan undang-undang hak cipta Malaysia.

3. Selain daripada itu kalangan pengamal melalui persatuan masing-masing dan Majlis Perundingan Industri Hiburan dan Kesenian Tanahair (MAHKOTA) juga sedang berusaha mendapatkan "royalti" untuk pengarah, pelakon dan penulis skrip seperti mana royalti yang diberikan kepada penyanyi dan pemuzik yang sedang dikuatkuasakan sekarang setiap kali lagu mereka diputarkan.

4. Adalah penting bagi semua pihak yang terlibat dalam industri filem dan penyiaran mencari kata sepakat untuk menentukan kemajuan dalam bidang ini berkembang subur dan baik untuk semua pihak.

5. Jangan bila dah terantuk baru nak tengadah

0 comments: