Sunday, 21 September 2008

Jagalah hati perut tu sikit, bulan puasa ni..


1. Saya menerima khabar ada pihak membuat komen liar terhadap forum yang dianjurkan inKEM+Finas+UiTM pada Isnin 15 Sept 2008 lalu, di Finas yang membicarakan tajuk "Mencari Pemikiran Mamat Khalid"


2. Forum tersebut ialah forum terbuka yang dijalankan melalui guided questionaire/discussion, dengan empat orang pembicara (termasuk Mamat Khalid sendiri), yang meng"analisis" pemikiran filem beliau dengan cara "membaca" kerja-kerja filem beliau di masa lalu. Ini adalah usaha untuk mengangkat Mamat Khalid sebagai seorang karyawan filem disamping memenafaatkannya sebagai sumber ilmu bagi peminat filem, pelajar dan masyarakat

3. Forum dua jam itu telah di jalankan dalam tiga bahagian. Pertama membicarakan idea dan pemikiran Mamat Khalid dari sudut "theoritical", "film form dan film concept" yang disampaikan oleh ahli panel, iaitu pengkritik filem (A Wahab Hamzah), sociologist dan film scholar (Dr Zulkifli Mohamad), dan seorang yang berkelulusan dalam bidang banking tetapi mengambil film studies diperingkat sarjana iaitu Norman Yusoff. Mamat Khalid sendiri turut menghurai falsafah pemikiran beliau dan pendekatan yang beliau gunakan dalam menggarap skrip dan filem-filem berkenaan. Ke empat-empat mereka telah memberikan pendapat dengan jelas dan amat menarik sekali. Bahagian ke dua perbincangan ialah dari sudut budaya. Ke empat-empat pembicara memberi pandangan masing-masing tentang kerja Mamat Khalid dari sudut kebudayaan, antaranya termasuk bagaimana budaya menjadi asas dan tektur naratif filem-filem arahan beliau. Bahagian ke tiga pembicaraan dijalankan dengan melihat aspek teknikal, masalah dan cabaran yang beliau hadapi dalam merealisasikan idelisme beliau dalam menjayakan filem-filem arahan beliau.


4. Selama dua jam forum tersebut berjalan dengan lancar dan teratur dengan tumpuan dan fokus hanya kepada mencari bagaimana karyawan Mamat Khalid membina intuition dirinya dalam berkarya sebagai seorang seniman tempatan.



5. Selain dari empat orang pembicara saya juga membuka ruang untuk mereka yang hadir "menambah atau melihat dari sudut lain aspek-aspek tertentu karya dan pemikiran Mamat Khalid, atau bertanyakan soalan". Tiga kali saya sebagai fasilitator membuka ruang untuk mereka yang hadir, tetapi hanya dua orang sahaja yang membuka molot. Selain yang dua orang itu tiada siapa yang telah menyatakan pendapat mereka, termsuk orang yang dikatakan membuat komen liar itu. Mungkin orang ini seorang yang lambat berfikir, atau tidak berani, atau barangkali memang jenisnya jenis tidak cerdik atau bertabiat suka sosek-sosek di belakang sahaja. Saya tak kisahlah tu selagi beliau tidak memesungkan tanggapan orang lain terhadap usaha kami.


6. Walaupun setelah menjelaskan yang diatas (having said that) saya tidaklah mengatakan majlis tersebut sebagai terbaik atau perfact segalanya. Sebuah majlis terbuka dan dijalankan dalam tempuh yang singkat tentulah kejayaannya tidak boeh ditetapkan terlebih dahulu. Harapan saya sebenarnya ialah semua pihak menggunakanvenue yang ada menyumbang fikiran masing-masing untuk menjadikan program seperti itu berjaya. Kalau kita tidak berupaya menyumbang janganlah kita mendabik dada dan mencerca orang di belakang, sedangkan segala ruang telah disediakan untuk kita bersikap konstruktif dan membina. Tambah pula kalau kedatangan kita di majlis orang hanya dengan menumpang jemputan yang diterima oleh orang lain...



7. Walaupun begitu dalam ruang yang sedikit itu saya masih berharap sedikit sebanyak kita telah sama-sama dapat menyumbang kepada usaha "menghargai" bakat dan pencapaian saudara kita saudara Mamat Khalid itu menurut kapisiti yg terdaya kita jalankan


8. Jagalah sikit hati tu di bulan yang mulia ini.




0 comments: