Kalau di Malaysia Obama tak akan menang. . .
BEBERAPA orang rakan Cina memberitau saya kalaulah Malaysia seperti Amerika tentu Cina atau India rakyat Malaysia boleh jadi perdana menteri. Saya setuju dengan pendapat tersebut. Tetapi mengingatkan mereka tentang perbezaan yang terdapat antara African American dengan Chinese atau Indian Malaysia. Orang puteh dapat menerima "orang hitam" sebagai sebahagian daripada mereka, umumnya kerana mereka mengamalkan budaya hidup dan budaya bahasa yang sama, iaitu bahasa "tuan tanah" Amerika, Inggeris. Di sini pun tentu boleh diterima kalau Cina dan India Malaysia mahir dan berkeupayaan menggunakan "budaya bahasa" dan "tatacara budi" yang sama. Kalau majoriti pengundi tak faham bahasa yang dicakapkan dan kalau bunyinya sumbang macam percakapan Lim Keng Yik, atau Lim Kit Siang, macam mana hendak menarik hati penggundi majoriti, kata saya.
Bercakap mengenai ini saya teringat mendiang "Teguh Karya", sutradara tersohor Indonesia. Mendiang Teguh dalam bentuk pemikirannya, percakapannya, jiwanya, kehidupannya, malah semangatnya sepenuhnya Indonesia. Tidak ada siapa meragui ke'indonesiaan'nya, walaupun dia seorang Cina Katholik.
Penerimaan seseorang terhadap orang lain sebenarnya bukan ditentukan oleh bangsanya, tetapi nilai diri orang itu sendiri dan budaya hidupnya yang diterima baik oleh masyarakat. Lihatlah Fujimaro, bekas presiden Peru. Dia menenjadi presiden bukan kerana dia keturunan Jepun, tetapi semata-mata kerana dirinya yang begitu "Peru" tampannya dalam serba serbi.
Pada fikiran saya sekiranya Obama tinggal di Malaysia sekalipun, beliau tidak akan dipilih selagi tidak menguasai bahasa dan budaya hidup pengundi terbanyak negara ini iaitu bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Melayu. Jadilah Obama Melaysia kalau mahu jadi macam Obama Amerika, kawan
Thursday, 6 November 2008
Posted by MAHADI J MURAT at Thursday, November 06, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kalau Kaum Cina Malaysia atau India Malaysia nak jadi PM, pastikan mereka ini beragama ISLAM dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.
Obama jadi Presiden USA juga disebabkan faktor agamanya, kalau dia mengaku dia bukan Kristian pasti kalah teruk silap-silap kena bunuh.
Ini tentunya boleh dipertahankan sekiranya "majoriti pengundi" Melayu Islam
Post a Comment