Naib Presiden dari Sabah tentukan survival UMNO
BEBERAPA hari lalu Dato’ Seri Shafie Apdal menegaskan tentang perlunya salah seorang naib presiden UMNO dipilih dari
Pada fikiran saya kenyataan Shafie itu sebagai sangat benar dan ikhlas. Ia merupakan pernyataan dari seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan mengutamakan kepentingan parti, bangsa dan negara mengatasi kepentingan politik beliau sendiri. Beliau sanggup menyuarakan pendapat sedemikian walaupun berhadapan dengan kemungkinan ditempelak sesetengah pihak sebagai bercakap untuk diri sendiri.
Pandangan beliau sebenarnya kebetulan selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Kesenian dan Kajian Media
Dapatan dari kajian inKEM menunjukkan satu-satunya cara yang boleh menentukan UMNO terus menjadi peneraju utama politik negara ialah dengan terus kukuh melalui “faktor
Pada masa ini hanya UMNO Sabah sahaja menjadi faktor kekuatan yang ada pada UMNO Malaysia. UMNO di Sabah masih belum tergugat oleh kehadiran pembangkang. Kedudukannya masih tetap dan teguh.
Justru itu melantik salah seorang pemimpin dari Sabah sebagai naib presiden parti adalah satu-satunya kaedah pemantapan kedudukan parti di
Kepentingan UMNO sebagai parti utama Melayu / Islam di dalam negara ini hendaklah terus dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Dan satu-satunya cara melakukannya ialah melalui saranan Shafie itu. Perwakilan UMNO hendaklah memikirkan kesannya sekiranya UMNO tidak berkuasa lagi. Syabas Dato' Seri.
0 comments:
Post a Comment