Sunday, 30 November 2008

Pemimpin Cina Terencat

SAYA merasa sangat hairan dengan politik terencat Chua Saw Lek, timbalan presiden MCA dan ketua wanitanya Chew Mei Fun, tentang kedudukan orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini. Walaupun sesetengah orang Melayu selama ini bercakap dengan pelbagai maksud tentang kedudukan mereka termasuk dengan perkataan ketuanan Melayu, tidakkah mereka faham tentang duduk perkara tersebut, sedangkan mereka dari kalangan orang Cina yang terlibat dalam setiap perkara yang diputuskan oleh kerajaan semenjak dari negara belum merdeka lagi.

Dari sebagai kaum pendatang di negara ini, menerima kerayatan, bebas menjalankan kegiatan perniagaan dari yang sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya, boleh memilikki tanah dan harta tanpa sekatan, boleh menubuhkan persatuan dan parti politik tanpa halangan, boleh mendapat gelaran orang besar-besar, boleh dikurnia bintang kebesaran Datuk hingga kepada Tun, boleh menjadi ketua menteri, timbalan menteri, menteri kanan, speaker di parlimen dan negeri, menjawat pakar dalam pelbagai bidang, sehingga kepada yang mahu jadi perompak, pembekal dadah, peneraju sindikit pelacuran dan perjudian pun boleh. Tiada ketuanan Melayu yang menghalang. Hatta, tak mahu jadi polis dan tak mahu mati kerana negara ini pun tiada siapa yang menghalang.

Tiada siapa menghalang bukan Melayu mendapat apa yang mereka mahukan. Kalau sudah ada penerimaan sehingga kepada menjadi ketua menteri dan menteri kanan tentulah apabila tiba masanya tiada siapa juga yang akan menghalang kalau mahu menjadi perdana menteri sekalipun. Syaratnya orang ramai suka.

Saya percaya sekiranya kita bagus dan disenangi ramai kita akan diterima sebagai pemimpin walaupun kita dari kalangan yang minoriti. Penerimaan itu kini sudah ada.

Soal penerimaan orang terhadap kita adalah soal yang ada hubungkaitnya dengan diri dan budi pekerti kita sendiri. Sekiranya kaum sendiri sukar menerima tingkah laku kita, bagaimana kita akan diterima oleh kaum-kaum lain. Tanyalah mana-mana orang yang ada sahabat baik dari kaum lain, bagaimana mereka boleh menerima rakan karib mereka untuk apa sahaja kedudukan yang lebih dari mereka. Pokoknya kepercayaan terhadap kejujuran rakan. Inilah asas dalam mana-mana bentuk perkongsian.

Ahli-ahli MCA yang ramai patut membudayakan ini agar satu hari nanti Cina dari MCA diangkat sebagai perdana menteri

1 comments:

Awang Kata said...

Cemuh. Dengan penampilan politik tidak matang. Siapa yang tidak relevan sebenarnya. Soi Lek dan Mei Fun bawa isu yang tidak membantu keperkasaan negara, justeru kedua-duanya memang tidak relevan. Jiwa capek.