Friday, 28 November 2008

Alahai KLIFF

SEORANG teman bertanya saya tentang KLIFF (The Kuala Lumpur International Film Festival) iaitu suatu event international di Kuala Lumpur mengenai produks popular, filem.

Pada kebiasaan kata kawan saya itu sebarang acara antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur begitu "gempak" sekali publisitinya. Di mana sahaja orang dapat melihat atau mendengar tentang program berkenaan. tetapi tidak dengan KLIFF, sedangkan KLIFF ada barang popular. Pesta lumba kuda yang dianjurkan oleh Wan Zaleha walaupun tidak memikat sebahagian besar masyarakat, lagi banyak kisahnya.

Saya memberitau beliau saya tidak terlibat dengan festival tersebut. Beliau tidak setuju, "secara langsung atau tidak langsung awak sebagai karyawan tersohor dan aktivis bidang perfileman tidak boleh berlepas tangan. Mahu tidak mahu awak terlibat"

Saya tenangkan kawan tadi. Saya kata jangan hentam sebarangan. Fahami dulu. Saya jelaskan pertama festival tersebut ialah "sebuah festival kecil yang dikendalikan oleh sebuah syarikat kecil yang masih belajar !!, bukan sebuah festival atau event yang dikendalikan oleh sebuah badan nasional". Kerajaan melalui Finas hanya membantu. Semuanya diputuskan oleh Menteri Kebudayaan yang lalu. Menteri tersebutlah yang telah memberi grant dan melantik syarikat berkenaan kerana berpendapat inilah kumpulan yang layak mengendalikan festival tersebut.

Tentang aktiviti festival pula, apabila pihak yang turut dilibatkan menjayakannya terdiri dari pihak yang itu itu juga, tentulah programnya tidak banyak berbeza dengan aktiviti festival tempatan yang lain. Sepertimana festival filem tempatan tercungap-cungap mendapatkan sokongan begitu jugalah festival filem ini. Sebagai festival bertaraf antarabangsa tentulah penyertaan antarabangsa lebih diutamakan dan barangkali kerana ini jugalah saya seperti tahun sudah tidak mendapat jemputan. Saya tidak ada masalah dengan soal tiada jemputan ini.

Saya percaya setelah kali ke dua festival ini dianjurkan tentulah mereka yang terlibat telah mula melihat diri mereka sendiri dan dapat belajar untuk memperbaikinya di masa hadapan. Saya jusga percaya apabila masuk tahun ke lima nanti festival ini pasti akan menjadi produks terkenal di seluruh dunia, walaupun mungkin bukan sebagai barang baik.

Hari ini kita sokonglah di mana perlu.

(sambung, pukul 10.50malam)

Petang tadi saya menerima telefon dari ibu pejabat Majlis Perundingan Industri Hiburan dan Kesenian (MAHKOTA) yang mengatakan kad jemputan saya untuk menghadiri KLIFF baru diterima. Majlis pembukaannya Khamis 27 Nov (telah berlalu), dan Majlis Penutupnya malam esok 29 Nov. Malangnya saya telah berjanji dengan anak-anak saya esok (malam anugerah) dan lusa kita akan bercuti di Bukit Tinggi. Tak dapatlah saya memenuhi jemputan tersebut, kerana pada saya janji dengan keluarga mesti diberi keutamaan.

2 comments:

Ajami Hashim said...

"Saya jusga percaya apabila masuk tahun ke lima nanti festival ini pasti akan menjadi produks terkenal di seluruh dunia, walaupun mungkin bukan sebagai barang baik."

posting yg penuh mana.. ini ialah cabaran utk 'syarikat' KLIFF! kita sama2 tunggu & lihat ;-)

Anonymous said...

tumpang sekaki: saya ingin mengesyorkan agar syarikat pengendali KLIFF mengambil mereka yang mempunyai ilmu perfileman (formal atau tidak) bekerja dengan mereka. satu lagi, rajin-rajin lah menjengok dan bersahabat dengan festival-festival yang lebih berpengalaman dan berkesan seperti Singapura, Jakarta, Hong Kong, Pusan dan kalau ada ongkos lebih, tentunya Venice, Berlin dan Cannes (dan banyak lagi lah.) sekian terima kasih.

http://www.filmfestivalworld.com/