Friday 21 November 2008

Tentang Majoriti...

BEBERAPA hari lalu calon naib presiden UMNO Dato' Sri Dr Rais Yatim, Menteri Luar menegaskan satu cara melindungi ketuanan Melayu ialah dengan menentukan kita ada "numbers" iaitu jumlah orang Melayu mestilah terus kekal majoriti.

Saya rasa majoriti di sini ialah majoriti sebagai pengundi. Tetapi apabila anak muda Melayu tidak kisah dengan peranan sebagai pengundi - iaitu mendaftar sebagai pengundi, kaum lain yang tidak majoriti yang begitu sistematik gerakan mereka mendaftarkan pengundi-pengundi dari generasi muda, Melayu akan menjadi "minoriti".

Mengikut The Star khamis lalu jumlah pengundi muda pada tahun 2012/13 dianggarkan seramai 6 juta orang. Merekalah golongan yang akan membuat pemilihan. Dan sekiranya sebahagian besar mereka terdiri dari kaum bukan Melayu, tentulah calon-calon bukan Melayu atau Melayu yang tidak begitu Melayu akan lebih ramai mendudukki dewan-dewan undangan negeri dan parlimen.

Dalam pilihan raya ke 12 Mac 2008 lalu, golongan wakil-wakil rakyat bukan Melayu dan Melayu yang bersekutu dengan mereka mendapat mendapat kemenangan. Sebab itu pada masa ini terdapat hampir semua kalangan pemimpin yang dikenali sebagai penentang kepada agenda Melayu atau agenda pembangunan kerajaan yang mewakili pelbagai NGOs kini berada di dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, sesetangahnya malah menjawat kedudukan kanan dalam kerajaan atau agensi kerajaan dari kumpulan yang mereka wakili.

Renungkanlah..

0 comments: