Saturday 24 January 2009

Budaya Filem Pendek

BOLEH DIKATAKAN semua institusi pendidikan - awam atau swasta menerbitkan filem pendek. Hasil kerja pelajar / guru; terserlah apabila diadakan tayangan, dan festival yang berkaitan. Dalam suasana ini filem pendek telah membina komunitinya sendiri. Perkataan 'indie' tidak begitu kedengaran lagi. Komuniti filem pendek sedang melimpah ke luar kampus.

Pada umumnya cerita dan idea dalam filem pendek jauh lebih baik dari yang terdapat dalam "filem panjang" atau feature length story. Ini di Malaysia.

Kerana bentuknya yang pendek, iaitu yang tidak memakan masa tayangan yang panjang, kehadiran filem pendek yang dikatakan lebih baik itu patut dimenafaatkan, dipopular atau dimasyarakatkan. Satu cara ialah dengan mengadakan tayangan pusingan secara tetap oleh pihak tertentu di venue-venue tertentu. Satu cara lain ialah dengan memulakan langkah menayangkan filem pendek sebagai acara 'selitan' di pelbagai perhimpunan, di dalam mesyuarat-mesyuarat; dimana sahaja.

Saya sebenarnya sedang mengambil langkah untuk menubuhkan suatu team bagi mencuba perkara ini. Saya juga sedang mencari beberapa orang untuk bersama saya.

Mungkin ini antara jalan yang boleh menyumbang kepada perkembangan budaya filem di Malaysia.

Wallahualam

4 comments:

Aloy Paradoks said...

citer sikit pasal film experimentel,, sy tak faham..

Anonymous said...

bukan masa bergerak tetapi masa digunakan.

rata-rata filem pendek yang berputar itu terasa panjang apabila ditonton.

maaf mahadi.

Penchinta Ruang Gelap.

fadz said...

slm, rasanya abang tak perlu susah2 bina tim, guna beberapa kawan yg kenal dan ada "passion", buat cara DIY. Lihat hasil2 Mamat Khalid yg selamba..

MAHADI J MURAT said...

Memang benar. Boleh. Itu satu cara. Tapi saya ingin ramaikan orang yang bekerja untuk satu tujuan, walaupun dengan cara gitu gitu aja. TKasih