Monday, 5 January 2009


Mencari Imej Melayu 1800

MENELURUSI jejak pusaka seni taridra "Mak Yong" dan usaha untuk mem"visual"kannya dalam bentuk penceritaan gambar bergerak atau moving images membuat saya akrab tiba-tiba dengan Profesor Dr Ghulam Shawar seorang scholar yang amat saya kagumi pendalaman intelektualitinya.

Ghulam adalah pengkaji Mak Yong yang ternama dan terkenal bukan sahaja di Malaysia, Dunia Melayu dan Nusantara tetapi juga di Amerika dan lain-lain alam barat. Melalui usaha beliaulah Mak Yong telah diterima sebagai "Seni Warisan Dunia" oleh UNESCO

Bersama Ghulam saya mencari dan pelajari alam Melayu dari Champa hingga ke Patani, Kelantan dan Terengganu dalam abad ke 18 di mana Mak Yong dikatakan berkembang, walaupun taridra ini telah mula berbunga pada zaman sebelum Islam di pantai timur semenanjung.

Semalam Ahad saya bersama Ghulam telah melihat sendiri bagaimana dunia architecture Melayu telah terbentuk dengan kukuhnya melalui beberapa buah rumah lama yang masih dipelihara di Terengganu.

Saya sebenarnya sedang mencari "gambaran" dunia Melayu era 1800 di pantai timur untuk digambarkan melalui sebuah screenplay yang akan dipindahkan dalam imej gambar bergerak, tidak lama lagi. Insha Allah..

3 comments:

Ajami Hashim said...

Salaam & Good Luck en. Mahadi ;-)

Aloy Paradoks said...

Bro,,bile nak mengulangi kejayaan seperti sayang salmah..?

MAHADI J MURAT said...

Inilah yang ditanya orang kemana saya pergi, dan sukar sekali saya menjawabnya. Doakanlah ada yang akan terjadi beberapa waktu terdekat ini. Apapun saya sentiasa berpesan pada diri saya sendiri, dan kawan-kawan untuk terus berfikir dan menulis, berfikir dan menulis; kerana berfikir dan menulis itu adalah perjalanan; perjalanan yang pasti membawa kita tiba di tempat yang kita impikan. . .