>SEORANG wartawan bertanya pendapat saya mengapa pilihanraya kecil yang diadakan di semenanjung selepas PRU12 parti-parti bukan BN menang. Apa bezanya jentera pilihanraya UMNO / BN dengan pekerja pilihanraya bukan UMNO / BN.
Saya kata, "aku mana tau; kamu patut lebih tahu, kamu "warta"wan". Dia marah saya kerana katanya saya berada pada kedudukan yang lebih bebas yang tidak dipengaruhi oleh dasar, arahan dan niat untuk membela mana-mana parti. "Engkau melihat dengan mata dan hati yang lebih betul. Fikiran engkau belum rosak lagi" katanya.
Saya menjawab ringkas. UMNO/BN kini tidak lagi menjadi sebahagian dari rakyat. Mereka tidak hidup ditengah-tengah rakyat banyak. Mereka kelihatan seperti 'makhluk asing' yang datang beramai-ramai hanya bila ada pilihanraya, atau hanya apabila ada pembesar. Tentulah payah untuk orang merasa parti itu sebahagian dari mereka, lebih-lebih lagi dengan masing-masing memakai macam-macam title, gelaran dan pangkat yang dibesar-besarkan, yang pada orang awam memang mempesonakan; tetapi semua itu menjadi pembina jarak dan jurang mengakibatkan orang-orang yang datang bermusim itu bukan sebahagian dari "gulungan mereka". Parti bukan UMNO/BN sebaliknya adalah "makhluk tidak asing" kepada orang ramai kerana mereka sentiasa berada bersama mereka di sepanjang tahun. Sebab itu kita lihat orang ramai dengan mudah memberi sumbangan dalam menjayakan "program" mereka, termasuk sumbangan dalam bentuk wang ringgit.
Dengan kata lain pemimpin UMNO dilihat orang sebagai golongan "bangsawan", kerana imej orang besar, orang berada yang dibawa mereka - (bandingkan dengan Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, misalnya). Lihatlah pemimpin-pemimpin pemuda, wanita, puteri dalam UMNO/BN yang sehingga diperingkat cawangan pun mempunyai gelaran dan penampilan yang hebat, tetapi tidak tepat. Orang bertanya apakah yang telah disumbangkan mereka; sedangkan pemimpin-pemimpin muda bukan UMNO/BN hanyalah orang kebanyakan yang akrab dan dekat dengan masyarakat dan orang ramai.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini sebagai contoh; walaupun ayahanda dan nindanya tokoh hebat, dia adalah anak bangsawan yang dilihat tidak memilikki jiwa raga orang kebanyakan. Hisham semasa tenurenya sebagai ketua pemuda kelihatan dari luar hanya pandai menghunus keris di pentas. Itupun bergetar bila disergah rakan-rakan bukan Melayu dalam BN. Cintanya terhadap bangsa (dan bahasa) tidak sampai, dan program popularnya hanyalah "pemuda masuk kampong"; yang mengesahkan dengan sendirinya ketidakberadaan pemuda dan beliau sendiri di kalangan rakyat.
Masyarakat hari ini telah berubah, sebahagian besarnya memandang orang bergelar dan gulungan bangsawan dengan sinis dan penuh kecurigaan; lebih-lebih lagi kepada orang yang tidak diketahui latarbelakang pemikiran dan jasa mereka kepada negara.
Saya katakan juga kepada kawan wartawan ini, ketua pemuda yang baru Khairi Jamaluddin yang tidak dilantik ke mana-mana jawatan kerajaan dan masih tidak mempunyai gelaran Dato' misalnya, adalah imej yang tepat bagi pemuda UMNO. Saya juga katakan, sebaiknya pemuda UMNO mengikut apa yang dibuat oleh parti-parti bukan UMNO/BN dan bergeraklah sebagai "NGO" di bahagian dan cawangan-cawangan dengan program yang kelihatan bukan politik. Lebih baik lagi kalau program-program berkenaan dijalankan tanpa terlalu jelas sangat bentuk politiknya.
Selagi imej (termasuk logo / lambang / cogankata ) UMNO/BN di kehadapankan dengan berlebihan, selagi itulah sukar bagi UMNO/BN untuk masuk ke dalam lingkungan yang bukan dari kalangan ahli mereka; sedangkan golongan inilah sasaran utama mereka. Golongan inilah yang dikategorikan sebagai golongan rakyat yang akan menentukan penerimaan terhadap UMNO / BN pada PRU 13 nanti.
Fikirkanlah bagaimana Satu Malaysia dapat menyumbang kepada objektif ini untuk menentukan ia tidak menjadi sebaliknya
Sunday, 26 April 2009
Pemuda masuk kampong, salah gambaran
Posted by MAHADI J MURAT at Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam dr mahadi,
saya amat tertarik dan bersetuju dgn komen dr tentang Pemuda UMNO hari ini yang nampak lesu dan terlalu gah dengan 'gelaran' masing2.
saya amat berharap saya dapat mengambil ulasan dr untuk dipaparkan di dalam blog saya dan saya dapat forwardkan kepada ketua pemuda bahagian saya agar dia dapat mengambil tindakan segera dan efektif.
terima kasih dr,
kadangkala fikiran yang bebas lebih mudah berfikir dan menelah situasi semasa.
salam
mohsein shariff
ketua pemuda umno cawangan
pokok machang , tasek gelugor PP
Salam Sdr Mohsein.
Terima kasih atas perhatian sdr kpd tulisan tersebut. Saya tidak ada halangan untuk saudara memanjangkannya selagi ia boleh dimenafaatkan. Malah kalau boleh difikirkan mungkin cawangan dan bahagian di mana sdr berada boleh menjadi cawangan dan bahagian contoh (untuk case study)untuk mencari jawapan kepada soalan tentang bagaimana mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO.
Post a Comment