SATU sebab mengapa filem kita masih tidak kemana ialah kerana industri filem kita tidak ada "leadership". Kita juga tidak ada "film thinker" untuk memacu hala tuju kegiatan kita dalam bidang ini.
Tidak ada leadership bererti tidak ada orang atau pemimpin atau peneraju yang telah berjaya membawa, membimbing, menarik dan meletakkan filem kita di tempat yang sewajarnya secara jelas; sepertimana negara-negara Asean lain sepeti Thailand, Indonesia, Vietnam, Singapura, Filipina dan sebagainya. Kerana itu filem Malaysia "tidak kelihatan" di tempat-tempat lain".
Walaupun ada beberapa kerat yang telah sedikit sebanyak menyumbang secara sendiri di festival-festival antarabangsa, namun sumbangan mereka hanyalah event sesekali yang dianggap tidak cukup besar untuk menyerlahkan dengan jelas budaya filem kita di mata orang lain, atau di dunia.
Di mana salahnya?. Tanya seorang pelajar. Kita kan ada "nama-nama besar" yang telah diberi pengiktirafan dengan pelbagai anugerah sebagai tokoh. Di mana sebenarnya sumbangan mereka ini. Apa sebenarnya yang telah mereka lakukan sehingga mereka digelar "tokoh". Tokoh tanpa apa-apa bukan tokoh, kan? Takkanlah standard yang kita guna pakai serendah fikiran kanak-kanak bermain pondok-pondok.
Seorang pelajar yang membuat disertasi sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia memberitau saya agak sukar bagi dia membuat senarai pelakon utama filem Malaysia pada masa ini. Katanya bila di cari-cari, disemak-semak pelakon utama lelaki tak sampai 4 orangpun, pelakon perempuan pun tak sampai 5 orang. Pengarah filem tak sampai 5 orang, penerbit yang betul-betul penerbit hanya 3 orang sahaja. Bagaimana ini? Kata dia filem kita pun sukar nak disenaraikan. Adalah tiga empat buah filem yang ada rupa filem, katanya.
Jadi mana industrinya? Mana pencapaiannya? Bagaimana kita mengangkat tokoh tanpa industri mencapai kejayaan. Takkanlah industri filem setelah Finas berusia hampir 30 tahun masih teraba-raba?
Saya juga terfikir, apa sebenarnya yang telah disumbangkan oleh the so call tokoh-tokoh filem itu dan pemimpin-pemimpin persatuan yang dijulang sebagai tokoh oleh orang-orang kerajaan.
Saya selalu berpesan kepada pelajar-pelajar agar menghujah secara saintifik fakta-fakta (yang berbukti) dalam kerja-kerja akademik dan penyelidikan mereka. Sebarang informasi yang tidak dapat dibuktikan tidak boleh diguna pakai dalam menyimpulkan sesuatu perkara.
Kalau tidak ada bukti, tidak ada track record tidak adalah pemimpin dan tidak adalah yang telah kita capai; dan jangan sekali-kali menerima bulat-bulat apa yang digembar gemburkan oleh media atau "politician" yang sibuk membina persepsi diri mereka dengan bercakap kosong.
Jadi siapa pemimpin industri filem kita. Siapa tokoh filem kita sebenarnya ? Ada tidak.
Friday, 1 May 2009
Industri filem Malaysia tidak ada "leadership"
Posted by MAHADI J MURAT at Friday, May 01, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bukankah dr mahadi yang sering memimpin industri filem kita selain dari tan sri jins?..
tah!
Seni kita makin dirundum malap kerana
jatidiri dan nilai-nilai murni dalam seni makin terhakis angkara pengaruh kuasa besar..............Kembalikanlah nilai adab budaya bangsa dalam seni....Mengapakah makin berleluasa drama dan cerita yang menggunakan bahasa rojak sangat bahagia dan makin ramai kemunculan muzik anak muda yang menyanyi lagu Melayu berbunyi Inggeris sebutannya...Inilah saat kehancuran seni, bahasa, budaya juga bangsa itu sendiri jika masih berterusan...........
Post a Comment