HARI ini ramai orang mengutuk UMNO, terutama orang yang tak suka tengok Melayu kuat. Kumpulan yang tak suka UMNO atau Melayu kuat mahu menjadikan Melayu minoriti di negara ini dengan cara memecah belahkan orang Melayu.
Pada fikiran saya UMNO patut balik kepada asas penubuhannya. Selain dari memperkukuhkan perpaduan di dalam UMNO barangkali ada keperluan untuk UMNO membawa semua persatuan dan NGO Melayu bersamanya, mungkin dengan cara melantik wakil setiap persatuan dan NGO Melayu duduk di dalamnya. Kalau tidakpun di dalam majlis tertinggi, mungkin dalam sebuah jawatankuasa/biro khas, sebab UMNO itu sendiri lahir dari gabungan persatuan-persatuan Melayu. Gabungan inilah tunjang kepada kekuatan Melayu..Saya yakin kalau Ngo-Ngo Melayu bersama UMNO Melayu akan kembali kuat sepertimana ketika UMNO baru-baru ditubuhkan itu. Apakah UMNO masih berupa gabungan itu ?
Saturday, 25 July 2009
UMNO itu asalnya "Ngo-Ngo" Melayu
Posted by MAHADI J MURAT at Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Banyak pendapat dan input yang saya terima dari rakan rakan bloggers dan FB saya, mereka berpendapat saya UMNO kini seperti satu kelab 'eksklusif', yang mana kebanyakkan ahlinya merupakan golongan yang berkolar putih. Bukan lagi persatuan yang membantu dan menolong orang Melayu.
Penubuhan terlalu banyak NGO melayu seperti Gabungan Melayu Perak, Pewaris, nampaknya melihatkan orang Melayu sendiri sudah tidak dapat mempercayai UMNO sebagai sebuah badan mempertahankan hak melayu.
UMNO kini seperti sudah kehilangan semangat 'Onn Jaafar'
kalau NGO NGO dah masuk dalam UMNO mereka bukan NGO lagi. Jadilah mereka GO. UMNO patut menukar namanya dahulu sebelum memimpikan apa-apa perubahan yang lebih besar. Tukar nama UMNO kepada nama dalam Bahasa Malaysia / Melayu. Reka semula bendera Malaysia. Pastikan ia tidak mempunyai niat untuk meniru atau dikaitkan secara langsung dengan negara lain. Gubah lagu kebangsaan yang baru.
1. Maksud Ngo dalam konteks ini ialah persatuan-persatuan yang ada di seluruh negara, apa saja persatuan; persatuan penulis, persatuan budaya, persatuan sejarah dan lain-lain dan bukannya Ngo2 yang ditubuhkan oleh politikus tercicir yang menggunakan flatform Ngo untuk mengembalikan kedudukan politik mereka. Dahulu ada PMJ (Persatuan Melayu Johor), Seberkas dan lain-lain termasuk persatuan-persatuan bercorak agama.
2. Pandangan ini juga bukan menyarankan semua orang itu masuk UMNO. Yang dibayangkan ialah persatuan-persatuan ini menjadi semacam "rakan dialog" kepada UMNO itu sendiri.
3. Untuk mengubah UMNO itu menjadi seperti New Labour di England di mana segala-galanya di"new"kan memerlukan kecekalan politik yang lebih kuat lagi. Cadangan tersebut memang nampak baik tetapi masa yang sesuai diperlukan. Pada masa ini keutamaannya ialah keteguhan kesatuan bangsa.
Wallah hu alam..
Perlu kita ingat walau buruk manapun UMNO itu kini,ia adalah sebuah organisasi yang paling tersusun, lengkap dan menyeluruh di negara ini. Tidak ada organisasi, parti atau persatuan Melayu atau organisasi bukan Melayu yang sebesar itu pada masa ini. Kalau ada orang-orang tertentu yang "busuk" orang itulah yang perlu dinyahkan atau diperangi, bukan organisasi yang dia berada didalamnya. Melayu perlu kuat melalui organisasi yang kuat. Kekuatan Melayu bukan sahaja untuk kebaikan Melayu itu sendiri tetapi juga semua yang ada di dalam negara ini...
Just a thought, Dr Mahadi.
You mentioned, 'Apakah UMNO masih berupa gabungan itu ?'
But how many of us are what we were before?
Are we not wearing numerous cloaks and identities that we justify by our own convictions, regardless of what those convictions are.
Still, should we be able to 'go back to our roots', will Father Time be kind?
I think we don't have to be what we were before. We have to be "us", "here", "now", "everywhere" today no matter what we do, as long as we have our convictions as a race. Just like what the Jews are, for example.
Post a Comment