SELEPAS sebulan berpuasa, yakni sebulan mengawal hawa nafsu dari segala keinginan dan menjalankan amal ibadat keagamaan dengan segala doa dan perbuatan yang membawa "baraqoh", sewajarnya kita menjadi gulungan yang lebih mulia, yang lebih berjaya, yang lebih waras dan yang lebih boleh dipercayai dan dihormati.
Nilai manusia Melayu-Islam selepas Ramadhan tentu sekali boleh dan akan menganjak ke hadapan kemajuan bangsa dan negara, tanpa sebarang kekurangan dan keraguan, sebagai khalifah Allah di muka bumi (negara) ini.
Akan sampaikah darjat kita sebagai manusia beragama berbangsa, bertaraf khalifah kali ini. Lebih-lebih lagi ketika masyarakat dan bangsa sedang menghadapi pelbagai kemelut dan pancaroba kehidupan yang membimbang dan membingungkan.
Eidulfitri Al-Mubarak mendesak kita untuk membuktikan ini. Kegagalan kita beramai-ramai melakukan ini tentu boleh membuat orang memandang serung kepada kita (dan agama kita)
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN
Sunday, 20 September 2009
Selepas Ramadhan akan jadi siapa kita...
Posted by MAHADI J MURAT at Sunday, September 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment