Wednesday 3 February 2010

Antara "graduan" dan pekerja filem tak sekolah...!?

BEBERAPA waktu kebelakangan ini kerap sangat orang mempertikaikan, malah merendah-rendahkan tentang kelulusan universiti  tak dapat kerja terutama dalam bidang kesenian. Malah, dalam rancangan RTM Fenomena Seni sabtu lepas perkara sama juga dibangkitkan, seolah-oleh isu ini isu besar dan seolah-olah universiti adalah pihak yang bersalah bila graduan tak dapat kerja..

Memang cerita orang tak ke universiti tetapi mendapat tempat dalam industri, mendakwa diri telah berjaya ada sejak dahulu lagi.

Kejayaan bagi kebanyakan orang ialah apabila mendapat kerja, dan ilmu menjadi tidak perlu apabila kerja boleh diperolehi tanpa "keilmuan".

"Aku tak belajar universitipun buat filem boleh berjaya!!.." apa perlunya belajar di universiti. Orang yang belajar di universitipun tak nampak ada yang berjaya.

Begitulah simple minded atau "dangkal"nya fikiran kalangan kita. Ilmu pengetahuan dikatakan tidak penting untuk mencapai kejayaan. Kejayaan sedikit dijadikan alasan untuk menolak kepentingan ilmu sebagai sumber kejayaan dan kecemerlangan.

Untuk orang-orang seperti ini saya hanya hendak katakan, orang yang belajar secara rasmi boleh mendapat ilmu secara teratur dan lengkap. Orang yang hanya belajar mengikut pendedahan (dan pengalaman) kerja dengan cara ikut-ikut tidak mungkin memperolehi ilmu dengan sempurna dan teratur.


Fikirkanlah..

2 comments:

UstazCahaya said...

Salam ziarah.

Saya setuju sangat dengan entry ini. Adil dan bijak;-)

Anonymous said...

yes!!! semuanye benar.. tanpa ilmu dan practical, sebuah karya belum tentu sempurna hasilnye. :)