Monday, 17 May 2010

Kempen BN membawa persepsi salah, dan kalah

SEPOTONG ayat penting yang pernah terhambur dari molot Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, presiden MCA sekarang  mengenai politik, ialah "Politics is about making perception" atau "politik ialah tentang membina persepsi".

Saya sangat percaya itu, kerana politik itu sebenar benarnya benar tidak benar, sebaik-baiknya baik tidak baik. Yang utama bagi politik ialah apa yang orang fikir. Jadi kebolehan membina persepsi ialah kebolehan membina tanggapan  atau sudut fikir pengundi (dan orang ramai) adalah faktornya.

Lihatlah bagaimana Soi Lek membina dan menterbalikkan persepsi dirinya dari seorang yang telah tercalar oleh kelakuan sumbang di masa lalu, kini diberi kepercayaan memimpin partinya. Orang-orang yang "bersih" yang bersaing dengannya tetapi gagal membina persepsi yang baik telah ditewaskannya. Beliau telah berjaya merubah persepsi ahli MCA terhadap dirinya; dari negatif kepada positif.

Persoalan Inilah rasanya sebab kekalahan BN kepada DAP dalam pilihanraya kecil Sibu, kelmarin, dimana persepsi negatif terhadap BN begitu ketara di mata pengundi. Mungkin.

Persepsi orang ramai khususnya pengundi majoriti  - masyarakat cina di Sibu terhadap BN umumnya adalah negatif bila dilihat rekod perkhidmatan ahli parlimen BN di Sibu di masa lalu (setelah lima penggal tidak dapat menyelesaikan banyak masalah utama masyarakat), ditambah dengan persepsi negatif kepimpinan kerajaan negeri dengan wajah-wajah lama yang luntur dan tidak dapat dipercayai lagi.

Kedatangan pemimpin-pemimpin kanan BN dengan pelbagai habuan, peruntukan dan janji kebaikan bernilai berjuta-juta ringgit dalam tempuh masa lapan hari walaupun baik tetapi ini juga turut membina persepsi tentang budaya negatif amalan BN yang digunakan sebagai senjata oleh DAP. 


Kenyataan Lim Kit Siang selepas penamaan calon tempuh hari yang menyebut "kemenangan bagi DAP adalah mustahil" sebenarnya mengukuhkan persepsi negatif bagi BN dan positif bagi DAP. Komen Kit Siang selepas kemenangan "a historic victory" secara tidak langsung juga memberi kredit kepada penyokong dan pengundinya, dan ini sangat positif kesannya kepada mereka.

Masyarakat dan pengundi hari ini adalah gulungan baru yang berpengetahuan dan bermaklumat, mempunyai idealisme diri dan keinginan baru yang berbeza. Mereka tidak boleh dilayan dan diber perhatian cara lama khususnya dengan memberi habuan dengan tiba-tiba, berlebihan dan di luar jangka, sedangkan dalam tempuh yang panjang mereka tidak dipedulikan. Nampak sangatlah kerja memujuk oleh orang bersalah yang amat lawak tingkahnya. Gulongan pengundi zaman kini tidak mudah termakan pujukan cara ini.

Berubahlah seluruhnya cara kita mendekati dan memahami masyarakat.  Cara, kaedah , strategi dan budaya yang boleh membina persepsi baru perlu dicari dan digunakan sementara masih ada waktu, walaupun sebahagian besar rakyat merasakan apa pun yang berlaku mereka masih mahu mencuba sebuah kerajaan alternatif sebagai permulaan wujudnya pilihan di masa akan datang

0 comments: