Wednesday, 10 February 2010

Bior Le..

BEBERAPA orang rakan mengadu tentang keputusan mahkamah semalam yang mengekalkan Dato Seri Zambri Kadir sebagai menteri besar Perak. Rakan saya ini merungut katanya keputusan mahkamah tidak adil.

Saya katakan, sebagai orang biasa; sebagai rakyat yang mementingkan kelancaran perjalanan hidup sehari-hari, dan boleh melakukan apa yang saya minat dengan baik tanpa halangan tanpa gangguan, siapa pun yang diangkat sebagai pemimpin/pentadbira saya tak kisah. Si A atau si B sama saja bagi saya. Kerana yang A itu boleh saja menjadi B atau sebaliknya pada ketika lain nanti. Begitulah.

Keputusan mahkamah semalam saya anggap baik kerana kelancaran hidup saya tidak digugat oleh keputusan itu. Bayangkanlah kalau saya ini seorang yang bergiat atau mencari makan di Ipoh, mahkamah memberi kerusi menteri besar kepada Dato' Seri Nizar misalnya. Apa akan jadi. Dalam dewan DS Nizar ada 18 penyokong sedangkan DS Zambri ada 21 orang kerana orang DS Nizar yang dulu telah berpindah menyokong DS Zambri. Kecuhlah hidup saya sebagai orang Ipoh....

Sudah-sudahlah bermain politik sempit. Huh hah ke sana sini, perkara di Perak ini sudah setahun lebih, duduknya masih sama. Orang yang menjerit, melalak masih tidak berhenti menjerit dan melalak. Jawabnya sampai bila. Kalau kita sayangkan bangsa, sayangkan agama, kita bekerjalah dengan kuat pertingkatkan apa yang kita sedia ada dan menjadi lebih mantap dan kuat lagi...

0 comments: