SAYA bersembang dengan seorang pelakon (yang juga multi-level businessman), seorang penerbit, seorang pengarah drama swasta dan seorang documentarian di restoran Deen Taman Melawati lewat petang semalam Jumaat 17 Sept 10. Perbincangan menyentuh banyak perkara sehingga akhirnya menyentuh tentang kalangan artis yang apabila menjadi veteran mengharapkan bantuan kerana hidup susah dan kerana dikatakan semasa muda tidak beringat.
Saya hanya mengatakan dalam dunia hiburan dan kegiatan bidang kesenian di Malaysia semua orang boleh masuk dan keluar tanpa sebarang keperluan terhadap ilmu pengetahuan dan persediaan. Setelah aktif dalam bidang yang diceburi pun tidak kisahkan dengan ilmu pengetahuan. Belayar sahaja dengan modal asal iaitu bakat yang antara ada dengan tidak. Tidak ada ilmu pengetahuan yang menjadi teman membantu, terutama dalam bidang pengurusan kewangan.Hidup macam kapal layar, hanya mengikut angin. Di mana angin bertiup di situlah.
Dalam keadaan yang begitu terfikir saya tentang apa peranannya persatuan-persatuan, sedangkan pemimpin-pemimpin persatuan selalu bercakap tentang kebajikan. Apakah skim kebajikan yang benar-benar telah diperkenalkan oleh persatuan-persatuan selama ini. Sukar sekali saya mencarinya. Bila orang bercakap fasasl EPF awak cakap fasasl EPF. Bila orang bercakap fasal insuran awak bercakap fasal insuran. Tapa mana dia?
Di benak saya terfikir pula persatuan setidak-tidaknya menyediakan garispanduan atau "manual menjadi artis" yang boleh dirujuk oleh penggiat-penggiat baru. Manual ini termasuklah bagaimana menguruskan perihal kewangan sekali. Itupun kalau pemimpin-pemimpin persatuan cukup cerdik untuk mengaturnya.
Tak taulah saya, sampai bila kita nak bergelap dalam terang bersama-sama persatuan-persatuan dan pemimpin-pemimpinnya ni..
Saturday, 18 September 2010
Artis dhaif..
Posted by MAHADI J MURAT at Saturday, September 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment