Friday 17 September 2010

Perayaan Hari Kebangsaan..

Tahniah kepada Perdana Menteri dan kerajaan hari ini kerana menjadikan sambutan Hari Malaysia sebagai suatu acara penting negara. 

Selaluinya perayaan hari kemerdekaan dijalankan sebulan bermula dari 15 Ogos dan berakhir pada 15 September dengan puncak perayaan pada 31 Ogos.

Dengan sambutan hari Malaysia, dicadangkan tarikh 15 Ogos hingga 16 September menjadi tarikh bagi  "Bulan Perayaan Hari Kebangsaan" dengan  31 Ogos menjurus kepada aspek perjuangan (dan sejarah negara) dan 16 September menjurus kepada perpaduan nasional. 

Tarikh dari 15 Ogos hingga 16 September itu juga adalah tarikh bagi memperkasakan program 1Malaysia.

Sepanjang perayaan sebulan Hari Kebangsaan itu program yang berkaitan dengan "perpaduan masyarakat dan pembudayaan bahasa" boleh dijalankan dengan pelbagai aktiviti berbentuk seminar, bengkel, pertandingan antara entiti, institusi, organisasi dan jabatan.

Ini bererti dalam setahun disediakan 30 hari bagi  rakyat Malaysia memperbaharui permaufakatan dan mengukuhkan usaha pembinaan negara bangsa bagi masyarakat negara ini. .
 
Selamat Hari Malaysia   

0 comments: