LEE Kuan Yew mencemuh Malaysia sebagai negara yang gagal mengikut acuan Singapura yang dilahir dibentuk dan dibina mengikut corak fikiran dan kehendak politiknya. Acuan Singapura Lee Kuan Yew hanyalah acuan yang dimaunya - yang mementingkan suku sakat dan keturunannya sahaja.
Malaysia tidak sama dengan Singapura kerana perbezaan yang ketara dalam semua perkara. Dari keluasan tanah, air, laut, udara, gunung ganang, hasil mahsul, budaya, bahasa, agama, kepercayaan, pakaian, kemudahan tempat tinggal dan prasarana semuanya tidak sama di antara satu tempat dengan yang lain dan ini tidak menyerupai Singapura yang punya hanya satu alam kehidupan sahaja (city state).
Politik di Malaysia juga berbeza dengan Singapura yang hanya ada PAP. Parti lain dicantas, ditekan dan dibengkrapkan. Di Malaysia parti-parti politik menjadi wakil kepada kaum dan kumpulan masing-masing. Melalui parti yang mewakili kaum masing-masing semua pihak mempunyai suara dalam pentadbiran dan politik negara. Sama ada parti itu BN atau PR ia tetap membawa suara kaum-kaum yang ada di negara ini melalui parti komponan di dalamnya .
Ini lebih baik dari sistem satu parti yang tidak memperdulikan kaum minoriti dalam parti mereka kerana kaum-kaum di dalamnya tidak diwakili secara berpasukan.
Lupakan Lee Kuan Yew, ahli politik semalam yang tidak penting lagi..
Wednesday, 15 September 2010
LEE KUAN YEW. SIAPA DIA?
Posted by MAHADI J MURAT at Wednesday, September 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment