Thursday, 16 September 2010

Malaysia 47 tahun di mana kita...

Bersempena Hari Malaysia hari ini saya menyeru kerajaan untuk mengambil langkah tegas, bijak, dan tersusun memperkasakan Bahasa Malaysia di semua sektor kehidupan masyarakat dan negara.

Pemerkasaannya di sekolah hendaklah dilipatgandakan melalui program pembudayaan bahasa seperti melalui aktiviti seni persembahan, perfileman, drama dan persuratan.

Pembelajaran bahasa Inggeris hendaklah mengikut keperluan kehidupan dan bidang kerjaya seseorang individu. Penguasaan bahasa Mandarin, Arab dan , Tamil patut lebih diberi penekanan.

Selamat Hari Malaysia.  

0 comments: