ORANG RAMAI marah minyak naik 41 peratus mendadak. Bantahan pelbagai pihak menyaksikan macam-macam jawapan dan langkah diambil kerajaan untuk membetulkan keadaan seperti akan bayar gaji kakitangan kerajaan sebulan dua kali, akan beri subsidi pada kenderaan 2000cc ke bawah, akan kurangkan cukai pendapatan dan lain-lain, yang semuanya kelihatan 'tiba-tiba' dan 'seperti orang bersalah mahu membetulkan kesilapan', sedangkan semua tindakan itu ada kesan sampingan terhadap pengurusan dan budaya kehidupan orang ramai. Semua tindakan ini kelihatan dilakukan tanpa perancangan yang teratur.
Yang paling menyakitkan orang ramai ialah kenaian harga minyak yang banyak itu telah menyebabkan naiknya harga barang-barang keperluan.
Ini menjadi beban dan menekan kehidupan rakyat yang tak makan gaji, yang tak ada kenderaan dan yang tak membayar cukai pendapatan. Mereka tak dapat apa-apa bantuan untuk menghadapi kenaikan perbelanjaan ini. Mereka hanya menjadi orang yang hanya dapat "barang-barang yang naik harganya" dan "tambang kenderaan yang lebih tinggi"
Kerajaan nampaknya hanya mahu membantu kakitangannya sahaja.
Friday, 13 June 2008
Orang tak ada kereta, tak ada gaji macam mana?
Posted by MAHADI J MURAT at Friday, June 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saya setuju. Kenapalah teruk sangat mentadbir negeri
bos org yg garang kalau berkarya pasti best. apakata jadi bahan filem seterusnya "sumpah2 dan org minyak"
paling susah - orang kampung juga
Post a Comment