SAYA begitu gusar dengan nasib generasi akan datang melihat kemelut di kalangan politikus, para akademia, pengamal media, budayawan dan birokrat beberapa hari, minggu dan bulan kebelakangan ini, seolah-olah tidak ada apa lagi yang harus digusarkan tentang anak bangsa. Atau kerana terlalu gusar tentang masa hadapan anak bangsa kita berantakan sampai menjadikan keadaan tambah bingung, gawat dan macet.
Semuanya bersuara lantang mahu menewaskan yang lain sedang bangsa terus kehilangan diri. Yang mahu dicari adalah kemenangan dan tempat untuk diri semata, bukan bangsa, bukan negara, bukan juga agama. Dalam pertelingkahan untuk menang kita berpuak, berpihak, ber'kaum'-kaum, dan bergelut untuk mengambil hak masing-masing. Masing-masing bimbang kehilangan hak. Perpaduan hanya menjadi tulisan di atas kertas dan pemidang.
Barangkali inilah kesan dari ketidakupayaan kita "membina suatu bangsa untuk negara", walaupun lima puluh satu tahun kita mengurus sendiri segalanya. Kita lebih senang menamakan diri kita sebagai "pelbagai kaum, pelbagai budaya, pelbagai agama". Kepelbagaian inilah yang sedang menyulitkan kita, generasi kini dan generasi akan datang
Wednesday, 17 September 2008
MAHU KE MANA KITA SEMUA
Posted by MAHADI J MURAT at Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment