Apa jadi dengan filem untuk negara
1. Semasa menjadi Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan (2003) Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir telah mengkomisenkan (commissioned) kepada empat orang untuk menulis empat buah skrip filem bagi diterbitkan oleh kementerian beliauPada masa itu Finas masih berada di bawah Kementerian Penerangan Malaysia.
2. Empat orang yang ditugaskan menulis skrip "filem untuk negara" itu ialah Hatta Azad Khan (Merdeka), Zakaria Ariffin (Mahsuri), Anuar Nor Arai (Mahawangsa) dan saya sendiri (Raja dan Sang Puteri - kisah alam perkahwinan Sultan Mansur Syah dan Hang Li Poh).
3. Sekurang-kurangnya RM300,000/- telah dibelanjakan untuk penyelidikan dan penulisan skrip-skrip berkenaan
4. Setelah lima tahun berlalu tidak ada berita mengenai penerbitan filem-filem berkenaan, walaupun Finas kini telah berada di bawah kementerian yang sama. Siapa yang patut dipertanggungjawabkan. Siapa yang patut dipersalahkan. Siapa yang patut ambil peduli. Siapa punya fasal, wang rakyat terbazir begitu sahaja
5. Saya tidak menyalahkan Finas. Sepatutnya Finas digunakan untuk menjayakan program yang dirancang kementerian, setelah ia berada didalamnya.
Sunday, 21 September 2008
Posted by MAHADI J MURAT at Sunday, September 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment