ISNIN lepas saya atas nama Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (inKEM) bersama Finas dengan kerjasama UiTM telah menganjurkan forum "Bicara Pemikiran Filem Mamat Khalid" dengan A WAHAB HAMZAH, Dr ZULKIFLI MOHAMAD, NORMAN YUSOFF dan MAMAT KHALID sendiri sebagai pembicara. Saya sendiri bertindak sebagai fasilitator. Forum ini diluar dari jangkaan telah dihadiri oleh begitu ramai peserta hingga menyebabkan ramai yang terpaksa berdiri di belakang dan duduk di atas karpet pawagam Mini P Ramlee, tempat forum ini diadakan. Menurut Ketua Pengarah Finas yang berucap sebelum majlis bermula, inilah pertama kali beliau melihat pawagam tersebut dihadiri begitu ramai orang untuk sebuah majlis wacana seperti itu.
Forum tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Sebuah forum terbuka seperti itu di mana pembicara memperkatakan isu-isu yang berkaitan yang menyentuh gaya dan stail pengarahan/penulisan Mamat Khalid dari sudut teori dan aplikasi, pertimbangan budaya dan teknikal, pemikiran dan falsafah merupakan pengisian waktu petang yang sangat bermakna kepada jiwa yang mencari erti kepada nilai kehidupan sebagai manusia di muka bumi ini.
Saya ucapakan terima kasih dan syabas kepada Finas dan UiTM kerana memahami hasrat kami dan menyokong program ini.
Majlis dua jam itu telah menjadi lebih sempurna lagi apabila Finas telah menyediakan jamuan berbuka puasa dan makan malam dengan juadah yang sangat istimewa. Kawan-kawan yang datang bertanya bila kita nak buat forum macam ini lagi..
Terima kasih semua
Wednesday, 17 September 2008
PEMIKIRAN FILEM MAMAT KHALID
Posted by MAHADI J MURAT at Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment