KERAJAAN patut menjalankan penilaian semula semua aspek program pembangunan filem nasional yang telah dijalankan semenjak 28 tahun lalu, kerana program berkenaan telah tidak begitu berjaya merubah lanskap dan kedudukan filem nasional di negara ini.
Penilaian semula ini perlu bagi menentukan filem tempatan tidak terus hidup bagaikan menumpang di negara sendiri, kerana bilanganya yang relatif kecil dan ditonton hanya oleh sebilangan kecil masyarakat dari satu kaum, yakni kaum Melayu sahaja.
Kajian semula ini perlu dijalankan secara bebas melibatkan ahli ekonomi, kalangan seniman, cendikiawan, sarjana, tokoh dan profesional dari berbagai bidang. Objektif kajian ini ialah untuk menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk menjamin filem-filem yang dikeluarkan selaras dengan objektif membina masyarakat berciri budaya tempatan dengan mutunya yang competitive dan appealing kepada sebahagian besar masyarakat.
Ia juga perlu dijalankan memandangkan perubahan yang tersangat perlahan dari sudut pelaburan, pembangunan kandungan dan pentebaran (penetration) di dalam dan di luar negara.
Filem perlu dimajukan setara dengan pembangunan di sektor yang lain di dalam negara.
Kajian ini juga perlu untuk mencari jalan menampung pekerjaan kira-kira 1,000 orang graduan bidang perfileman, penyiaran dan media baru setiap tahun yang dilahirkan oleh tidak kurang dari 100 IPTA / IPTS yang menawarkan program dan kursus yang berkaitan.
Jika langkah untuk memperbaikai program pembangunan ini tidak diambil dikhuatiri industri pengeluaran filem tempatan akan menjadi stagnant, bertaraf sub-standard dan merosot. Ia juga boleh mempengaruhi dan menjejaskan perkembangan bidang komunikasi (termasuk teknologi broadband dan IPTV), content industry dan perkomputeran.
Semenjak 28 tahun lalu Finas yang diletakan di bawah Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, kemudian berpindah ke Kementerian Penerangan dan kini di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan telah menjalankan program pembangunan filem berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam akta Finas dengan kapisiti dan sumber yang terbatas.
Hasil kajian ini jika dilakukan akan membantu Finas dalam merangka program yang lebih kondusif dengan matlamat baru negara.
Wednesday, 17 September 2008
NILAI SEMULA PROGRAM PEMBANGUNAN FILEM KITA
Posted by MAHADI J MURAT at Wednesday, September 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dear mr Mahadi,
Saya bersetuju dengan pendapat anda yg mengatakan bahawa pembangunan filem di malaysia harus dinilai semula. Sebagai seorang peminat filem, saya agak kecewa dengan keadaan perkembangan filem di Malaysia. Kerajaan seharusnya memberi sedikit perhatian terhadap isu ini kerana filem boleh dijadikan salah satu daripada sumber pendapatan negara. Lihat Contoh Industri Perfileman Bollywood yang mampu menjana berbilion hasil kepada ekonomi India. Pada pendapat saya, industri perfileman di negara kita ini tidak dititikberatkan dari segi kewangan kerana bagi Orang Malaysia industri perfileman tidak mempunyai keupayaan untuk membantu menjana hasil dalam negara kita. Sepertimana Industri pembuatan industri, kita memerlukan sumber kapital yg besar dan sumber kemahiran teknikal dan bukan teknikal untuk menghasilkan suatu produk berkualiti yg dipasarkan di pasaran. Seperti itu juga Industri Perfileman negara. Penekanan harus diberikan lebih dari segi bantuan kewangan dan pembangunan sumber manusia dalam bidang ini. Selain itu, pengetahuan mengenai teknologi pembuatan filem juga harus digarap dalam diri setiap pembuat filem. Dan untuk melakukan ini, kita memerlukan satu dana yang mencukupi dan satu kuasa galakan dari kerajaan untuk mebangunkan Industri Perfileman Malaysia. Kita tidak seharusnya hanya menganggap filem itu hanya sekadar hasil kerja insan seni, malah harus juga dilihat sabagai satu produk yg mempunyai nilai komersial dan nilai estetika yang tinggi. Oleh itu, wujudkanlah satu persekitaran yg menggalakkan di Malaysia ini terhadap pembangunan dan apresiasi terhadap filem Malaysia.
ps:ini hanyalah pendapat dari golongan generasi muda, yakni saya. Masih muda pengetahuan tentang dunia. harap dikritik sekira tidak cukup matang.
Terima kasih. Pendapat anda selari dengan usaha kami
Post a Comment