Saturday 18 April 2009

Satu Malaysia Apa ?

PADA namanya Malaysia itu memang sudah satu.

2. Pada "komponan"nya Malaysia belum lagi satu, kerana sebahagian daripadanya adalah "pelbagai"; iaitu pelbagai kaum, pelbagai bahasa, pelbagai agama dan pelbagai budaya hidup.

3. Satu bahagian daripada komponan itu, iaitu +- 50% (60%) ialah Melayu, Islam, Bahasa Melayu dan Budaya hidup yang ditunjangi sejarah dan perjuangan serta sistem ke"raja"an Melayu semenjak beratus tahun dahulu.

4. Satu bahagian lagi iaitu +- 40% daripada komponan Malaysia ialah kaum-kaum bukan Melayu, bahasa bukan Melayu, budaya hidup bukan Melayu, dan agama bukan Islam yang telah diterima tanpa ragu sebagai komponan Malaysia.

5. Apabila PM Najib menggagaskan "One Malaysia" apakah yang boleh kita pegang sebagai konsep yang akan menjadi falsafah pentadbiran kerajaan Malaysia baru? Pada saya tidak ada benda lain selain daripada "Satu Bangsa Malaysia". Membina suatu banga inilah yang perlu mendahului apa-apa idea satu Malaysia yang lain, kerana tanpa satu bangsa, ke"satu"an dalam bentuk lain sukar dijayakan. Kalau boleh dijayakan pun ia adalah sementara dan begitu rapuh. Orang masih lagi akan bercakap mengenai aku, dia dan mereka. Aku, dia dan mereka bukan "satu" tapi pelbagai. Hakikat yang mesti diakui pada masa ini ialah rakyat Malaysia belum lagi bersatu, belum berpadu. Perpaduan masih belum dapat diwujudkan, kerana yang ada hanyalah sifat "toleransi" dan "sifat menerima" antara satu sama lain sahaja. Ini bukan perpaduan.

6. Membina satu kesatuan dalam kepelbagaian tidaklah mudah, dan kerapkali mustahil. Pengalaman selama 52 tahun megara di bawah parti-parti yang berasaskan kaum walaupun bermaufakat menjadi bukti. Pemimpin dari parti-parti tersebut hanya bersama untuk kepentingan kaum mereka sahaja. Sukar sekali mendengar parti-parti bukan Melayu misalnya memperkatakan tentang hak Melayu. Lihatlah mereka, apabila disentuh sedikit mereka melenting menempelak walaupun sesuatu itu datangnya dari "ketua parti komponan" mereka. Bukan mereka mahu memikirkan apa yang ditimbulkan, sebaliknya menyerang melulu.

7. Jadi apakah konsep satu Malaysia yang patut dilaksanakan? Jawabnya seperti yang saya sebutkan di atas tadi ialah melalui konsep "satu bangsa Malaysia" (walaupun agak lewat tapi masih belum telambat).

8. Bagaimana membentuk satu bangsa Malaysia sedangkan rakyat Malaysia tidak dapat disatukan melalui amalan budaya, amalan agama, amalan berbahasa, kerana antara satu sama lain sentiasa "bersaing". Jawapan yang paling saya yakini sejak dahulu ialah melalui persekolahan.

9. Dengan menjayakan
satu bentuk persekolahan sahajalah idea satu Malaysia ini boleh direalisasikan.

10. Pokok persoalannya gagasan satu sekolah ini sudah ada, iaitu gagasan sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan perlu menjadi sekolah yang "disukai" oleh semua orang, semua bangsa termasuk warga asing yang ada di negara ini. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah yang popular dikalangan seluruh rakyat Malaysia patutlah diberi keutamaan. Imej sekolah kebangsaan yang berubah menjadi sekolah agama, yang hanya menjadi "sekolah Melayu" patut segera di"hakiskan".

11. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk merubah sekolah kebangsaan benar-benar membawa imej "sekolah untuk semua" ialah dengan mewujudkan semula "lembaga sekolah" yang anggotanya terdiri dari pelbagai kaum, wakil pejabat pelajaran, wakil ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat setempat. Selain dari dasar dan garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian pelajaran lembaga sekolah adalah pihak yang menentukan "imej sekolah untuk semua ini disuburkan"

1
3. Perkara-perkara lain ialah membawa masuk mata pelajaran dan aktiviti tertentu yang popular di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ke sekolah kebangaaan.

14. Memperkasakan pengajaran Bahasa Melayu / Bahasa Kebangsaan dengan aktiviti-aktiviti kebudayaan di semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaaan Cina dan Tamil dan sekolah Antarabangsa akan juga dapat membantu usaha membina bangsa ini. Pembelajaran budaya yang diterapkan melalui pembelajaran bahasa akan menolong membina wajah bangsa Malaysia yang kita kehendakki

15. Semua perkara yang saya sebutkan di atas itu adalah perkara yang sedia ada dan boleh dilaksanakan dengan mudah tanpa perlu peruntukan undang-undang baru.

16. Yang perlu diadakan ialah kesungguhan dan tindakan yang fokus.

17. Barulah konsep "Satu Malaysia, tindakan disegerakan, rakyat didahulukan" itu jelas jejak tujuannya. Kalau tidak nanti ditempelak orang sebagai "omong kosong" sahaja.

18. Setahun sebelum pilihanraya UMUM 13 patut menjadi tarikh sasaran menjayakannya

19. Ter
pulanglah pada tuan

0 comments: