Sunday, 24 May 2009

OBAMA bumiputera Amerika ?

SAYA pelik mengetahui pejuang perkauman Hindraf yang juga ahli dewan undangan negeri DAP di Selangor; yang baru dibebaskan dari tahanan ISA, S Manoharan mendesak agar status kaumnya (dan kaum-kaum bukan Melayu lain) yang lahir selepas merdeka ditakrifkan sebagai bumiputera.

Rasa pelik saya disebabkan pertama; manusia yang berbangga dengan keturunan, warisan dan budaya hidup yang mereka pusakai biasanya mahukan budaya dan peradaban kaum mereka terus dikekalkan, khususnya pada "nama" dan "wajah" mereka. Kedua; wajah (atau looks) dan perawakan sesuatu kaum itu tidak akan berubah dengan menjadi bumiputera misalnya; hanya kerana status yang diberi kepadanya. Tidakkah dia atau kita semua dari kaum yang berbeza mahu terus menjadi "kita" walau dimanapun kita berada?

Mengambil contoh di Amerika Syarikat misalnya. Presiden Barack Obama sendiri mengaku beliau adalah "African American", walaupun ibunya orang tempatan dan beliau sendiri dibesarkan oleh nenek kulit putihnya. African American, Jews American, Arab American, Asian American, Chinese American, Latino masih kekal dengan "nama" kaum mereka. Mereka berbangga terus menjadi kaum emak ayah, nenek moyang mereka walaupun nama kaum African American misalnya rendah martabatnya sebagai gulungan hamba abdi asalnya.Tetap mereka tetap berbangga dengan kaum dan keturunan mereka dan tidak mahu menjadi "orang lain".

Untuk status seperti di Amerka itu kita sudah ada. Cina dan India di negara ini adalah "Cina Malaysia" dan "India Malaysia", atau di Singapura "Cina Singapura" atau "Melayu Singapura". Status dan panggilan itu adalah status yang terjadi dengan sendirinya. Berbangga dengan apa yang ada pada kum sendiri, lebih-lebih lagi bagi kaum Cina dan India yang mempunyai warisan tamadun dan kebudayaan yang begitu kaya, panjang dan sangat pelbagai.

Tolong jangan silap Obama menjadi presiden Amerika bukan kerana dia bumiputera Amerika atau kerana dia African American. Dia menjadi presidan kerana "kesetiaannya, kebolehannya, serta ciri-ciri Americannya" yang meyakinkan sebahagian besar rakyat Amerika. Pada namanya pun Obama sangat tidak American bunyinya. Dia juga tidak dipilih menjadi presiden kerana memperjuangkan sekolah dalam bahasa "sawahili", iaitu bahasa pusaka Africannya..kerana yang demikian itu tidak kena pada tempatnya. .

5 comments:

Unknown said...

Setuju tu Dr...
Jgn hanya ingin brubah pada nama tapi sebaliknya cermin diri dulu agar jadi yg terbaik...

Anonymous said...

Terima kasih. Perkara yang sama juga terjadi kepada bekas presiden Peru,NAKAMURA - seorang berketurunan Jepun, memakai nama Jepun; yang tidak pun mendesak bodoh agar dia dianggap sebagai "bumiputera" Peru. Nyatanya Manoharan hanya hendak menjadi champion kepada kaum India; itu sahaja

Unknown said...

Kayveas bakal disingkirkan dari PPP...Itu petanda kepada bangsa lain,jangan membuat huru hara di Malaysia...

Anonymous said...

Ia Melayu perlu menggunakan kuasa politik yang ada padanya "secara cerdik" dengan "melindungi" kepentingan yang boleh membawa kekuatan Melayu, disamping memberi "dengan sewajarnya" keperluan kaum-kaum lain; terutama keperluan kehidupan yang tidak memberi kekuatan melampau kepada mereka...

IDAHAM

Anonymous said...

best gak kalau orang India boleh dapat title bumiputra, pelajar India boleh masuk UiTM dan bersaing dengan pelajar Melayu...