Monday 18 May 2009

Satu sekolah untuk semua

Saya merasa amat gembira membaca blog "Rocky's Bru" hari ini 18 Mei 2009
mengenai kempen
"Satu Sekolah Untuk Semua".

Idea mengenai satu sekolah untuk semua ini selari dengan cadangan dalam tulisan saya pada 18 April 2009, bertajuk "Satu Malaysia Apa ?..".yang disertai cadangan mengenai bentuk dan rupa wajah satu sekolah untuk semua. Saya rasa cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah oleh kerajaan kerana tidak perlu membawa usul tersebut ke parlimen, atau memerlukan undang-undang baru. Undang-undang yang sedia ada telah boleh diguna pakai.

Kandungan tulisan saya itu juga telah saya maklumkan melalui SMS kpd Menteri Pelajaran Malaysia (Timbalan Perdana Menteri) YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk perhatian beliau.

Topik yang sama juga telah saya kemukakan dalam program bual bicara di "Astro Awani" pd 19 April 2009 jam 8.00 - 9.00 mlam, dan di "Bernama TV" pada 12 Mei 2009, dalam rancangan Helo 10.00-11.00 mlm yang turut disertai perbincangan penonton pelbagai kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak. Rata-rata semua menyokongnya, kerana konsep satu sekolah untuk semua yang saya cadangkan tidak "menelan" bahasa dan budaya bukan Melayu, disamping memperkasakan bahasa, persuratan dan seni budaya tempatan.

Saya berharap semua rakyat Malaysia yang benar-benar cintakan negara ini menyokong kempen ini, dengan menyatakan sokongan anda di sini

Mudah-mudahan usaha membina bangsa dalam konsep 1Malaysia yang saya percaya semua orang mahu dapat direalisasikan


0 comments: