Friday, 30 October 2009

Film Training


SEPANJANG tahun ada sahaja program latihan yang berkaitan dengan filem dianjurkan oleh pelbagai pihak yang ber"kepentingan".

Finas sahaja hampir setiap bulan ada program latihan yang telah diadakan semenjak 1982. Tentunya bagus sekali. Kebelakangan ini pula semakin rancak pihak-pihak lain muncul tiba-tiba menawarkan bengkel itu dan ini, semuanya menggambarkan diri sebagai pandai filem. Macam-macam bengkel yang dipanggil "masterclass" dianjurkan, seolah-olah perkataan masterclass itu baru dijumpai. Bengkel yang tak ada rupa masterclass pun dipanggil masterclass kerana yang jadi "masternya" orang puteh, dan bukan orang Malaysia. Kalau orang Malaysia tak dipanggil master, cukup dengan pembimbing" atau "kelas bimbingan" sahaja.

Tapi benarkah kita memerlukan master-master yang tak kita kenal itu, semata-mata kerana alamat pos mereka di  Hollywood? Akan jadi Hollywood kah industri filem kita nanti, atau Hollywood kah acuan atau wajah filem yang mesti kita lakarkan untuk filem kita. .
Sebenarnya banyak sudah bengkel, seminar, masterclass, kerja-kerja lain yang telah kita berikan kepada "orang-orang" ini dengan bayaran yang sangat tinggi hingga sampai puluhan ribu. Tapi, mana satukah filem yang sudah terangkat dek bengkel dan masterclass oleh master-master Hollywood itu. Mana satu orang yang telah dilonjakkan oleh masterclass-masterclass yang sudah dekat sepuluh tahun diadakan itu? Siapa keluaran masterclass-masterclass ini dimasa lalu tolong angkat tangan. Ada ke ?

Jawabnya tak ada. Kita sebenarnya tidak memerlukan semua itu,


Yang kita perlukan ialah mengadakan ruang dan peluang kepada anak-anak kita yang dilahirkan sendiri oleh sistem latihan kita seperti yang terdapat di Aswara,  UiTM dan bengkel-bengkel Finas sendiri. Selagi peluang ini tidak diadakan, tidak akan adalah sesiapa anak bumi ini yang kenal diri, kenal bangsa; yang setia dan yang komited dengan perjuangan mendaulatkan seni perfileman negara dapat diketengahkan sebagai tanda keberhasilan kita menjalankan program latihan dan pendidikan filem di masa lalu. Para graduan dan lepasan pendidikan dalam negara patutlah kita bangunkan sendiri untuk menjadi tunjang kehebatan kita di masa hadapan..
Bengkel, seminar dan masterclass kelolaan orang luar walaupun dari Hollywood mahupun Bollywood, atau Indowood sekalipun, hanya akan menguntungkan orang yang dijemput itu sahaja, sedangkan hasilnya tidak dapat dilihat. Tanyalah siapa yang telah lahir dari bengkel, seminar atau master class ini.



Saya teringat kata seorang bekas pelajar saya, "selagi orang yang berkuasa memandang orang luar lebih baik dari bangsa sendiri, selagi itulah kita tidak akan dapat membina kekuatan sendiri. Mentaliti kelas rendah orang-orang yang menyangka orang puteh atau Jepun lebih hebat daripada anak tempatan perlu dibuang jauh-jauh sebelum segalanya menjadi lebih rosak dan akhirnya membinasa...

 (Gambar hiasan titipan dari kelas "Pengarahan Aktor" pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Filem dan Video Aswara)





4 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

salam... saya sangat bersetuju dengan pandangan yang telah dilemparkan. sampai bila kita nak memandang ke barat sampaikan bakat dan daya kreativiti anak bangsa sendiri yang lebih bagus terabai begitu sahaja.

btw, saya salah seorang pelajar skrin, uitm Shah Alam. saya dan kawan2 yang lain agak gentar juga dengan 'cabaran-cabaran' yang ada sekarang ni. kami seolah2 tak pernah dipandang langsung dan kadang kala, ada dikriminasi yang timbul terhadap kami.

sebenarnya, kita masih dijajah! belum merdeka sepenuhnya! =)

Anonymous said...

banyak karyawan kita yang gempak-gempak sebenarnya. sebagai permulaan mungkin kita boleh lihat:

http://criticine.com/main.php
http://old.rumahfilm.org/

yang dua tu banyak meliputi karyawan yang lebih muda di rantau kita.

kalau ada lagi laman berkenaan dengan lebih liputan yang menyeluruh silalah kongsi ya.

terima kasih.

- jimmy (bukan master of the universe)

Anonymous said...

bagaimana pula dengan dia, anak tempatan yang mengajar, tapi karya bikinan sendiri hancur? Lalu menyalahkan itu dan ini dengan alasan yang lazim, "kekangan dari producer, sebab budget". Lantas dia memberi juga contoh-contoh yang diambil dari filem-filem luar sebagai bahan mengajar.?

Adakah masalah ini juga wajar pernah diambil kira?

ikhlas-Penchinta Ruang Gelap.

MAHADI J MURAT said...

Kalau nak melantik seseorang menjalankan sesuatu tugas matlamatnya biar jelas. Latar belakang dan track record orang yang nak kita beri tugas itu biarlah bersesuaian dengan objektif yang hendak kita capai. Tak kira siapa. Tak semestinya orang berpelajaran tinggi bagus pengajarannya. Antara "pelajaran", "ilmu" dan "sikap" biar kita tahu perbezaannya. Yang saya gusar ialah sikap penganjur yang assume sesuatu dari kulit semata. Masalahnya kita tak kenal barang...